Statistik Terkini
Malaysia
Dunia
Disahkan
Pulih
Kematian
Adakah anda berisiko menghidapi jangkitan Novel Coronavirus (COVID-2019)?
Hanya 1 minit untuk mengetahui risiko anda
Nilai Risiko Anda
Setiap Hari 8.30am - 12.00am
Dapatkan Nasihat Doktor secara Percuma
Risau tentang simptom yang anda alami? Bercakap dengan doktor sekarang.
Setiap Hari 8.30am - 12.00am

Artikel Kesihatan COVID-19

Layari Artikel Kesihatan

Berita Terkini COVID-19

Lihat Berita Lagi
Lihat Berita Lagi

Pertanyaan Novel Coronavirus (COVID-19)?

Kami mempunyai doktor yang bersedia untuk menjawab soalan anda secara PERCUMA.
Layari Forum Kesihatan

Pertanyaan Lazim Novel Coronavirus (COVID-19)

Ketahui langkah-langkah untuk mengurangkan risiko jangkitan Novel Coronavirus (COVID-19).
Apakah itu 2019 Novel Coronavirus (COVID-19)?
COVID-19 merupakan virus baru dalam keluarga coronavirus yang pernah menyebabkan Sindrom Pernafasan Akut Yang Teruk (SARS) pada tahun 2002 dan Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS) pada tahun 2014.
Kenapakah ia dipanggil sebagai Novel Coronavirus?
Novel membawa erti sesuatu yang baru ataupun tidak pernah dijumpai sebelum ini. Manakala, Corona merujuk kepada bentuk virus ini yang seakan-akan crown ataupun tiara.
Dari manakah virus ini berasal?
Virus ini mula dijumpai pada pertengahan Disember 2019 di pasar yang menjual makanan laut di Wuhan, China. Ia dipercayai berasal daripada haiwan eksotik seperti ular dan juga kelawar.
Bagaimanakah virus ini menjangkiti manusia?
Virus ini dikelaskan sebagai virus zoonotik yang membawa maksud organisma yang merebak melalui haiwan kepada manusia. Virus yang pada mulanya hanya terdapat pada haiwan eksotik ini boleh merebak kepada manusia dengan pelbagai cara iaitu sentuhan, pengendalian sebagai haiwan ternakan ataupun makanan.
Bolehkah virus ini tersebar dari manusia ke manusia?
Virus ini boleh tersebar dari manusia ke manusia melalui cara berikut:
  • Bersin ataupun batuk.
  • Rembesan cecair daripada badan seperti hingus.
  • Sentuhan seperti bersalaman.
  • Sentuhan terhadap barangan seperti tombol pintu yang telah dicemari virus.
  • Terkena najis yang telah dijangkiti virus ini.
Berapa lamakah tempoh pengeraman virus ini?
Tempoh pengeraman bermaksud jangka masa seorang terdedah kepada virus sehinggalah menunjukkan simptom. Tempoh pengeraman Coronavirus adalah dalam jangka masa 2 hingga 14 hari.
Adakah ia boleh berjangkit semasa tempoh pengeraman?
Setakat ini, belum ada kajian perubatan yang sahih membuktikan bahawa virus ini boleh menjangkiti seseorang ketika tempoh pengeraman. Namun berdasarkan kajian terbitan Jurnal Lancet, virus ini berpotensi untuk menjangkiti seseorang ketika tempoh pengeraman.
Adakah virus ini sama dengan virus MERs-Cov atau SARS?
Tidak. Kedua-dua virus ini adalah berbeza cumanya mereka datang dari keluarga yang sama iaitu Coronavirus yang juga menyebabkan wabak MERs-CoV, SARS dan kini COVID-19.
Adakah ia sama dengan virus influenza?
Tidak. Coronavirus adalah berbeza dengan virus influenza dan datang daripada keluarga virus yang berlainan walaupun kedua-duanya menunjukkan simptom yang hampir sama pada pesakit.
Bagaimanakah saya boleh melindungi diri saya daripada dijangkiti oleh virus ini?
Berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia, anda digalakkan untuk melakukan langkah pencegahan seperti berikut:
  • Mencuci tangan dengan sabun dan air.
  • Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
  • Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
  • Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
  • Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
  • Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
  • Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Bolehkah saya mendapat vaksin bagi COVID-19?
Setakat ini, belum ada vaksin yang boleh diberikan untuk mencegah virus ini.
Adakah virus ini berasal daripada vaksin?
Virus ini bukan berasal daripada vaksin. Ia dipercayai berevolusi dari virus yang sebelum ini hanya dijumpai pada haiwan eksotik seperti ular dan kelawar yang kemudiannya menjangkiti manusia.
Adakah topeng muka boleh melindungi saya daripada virus ini?
Topeng muka tidak melindungi anda sepenuhnya kerana jangkitan ini boleh berlaku dari medium lain selain pernafasan. Namun pemakaian topeng dapat mengurangkan risiko jangkitan.
Topeng muka mana yang harus saya gunakan untuk melindungi diri saya?
Topeng muka yang ideal bagi mencegah virus ini adalah topeng muka jenis 3ply yang juga digunakan untuk pembedahan dan ia merupakan topeng muka jenis pakai buang. Selain itu, topeng N95 juga boleh digunakan dan ia boleh digunakan secara berulang.
Apa yang perlu saya lakukan jika saya telah terdedah dengan seseorang yang telah dijangkiti virus ini?
Anda dinasihatkan agar sentiasa peka dan memerhatikan tanda-tanda jangkitan seperti sesak nafas ataupun demam sekurang-kurangnya selama 14 hari. Jika anda mula untuk menunjukkan simptom Coronavirus, anda perlulah melaporkan diri ke hospital ataupun klinik dengan kadar segera.
Apakah tanda-tanda seseorang yang telah dijangkiti?
Pesakit akan mengalami simptom seperti berikut:
  1. Sakit tekak
  2. Batuk
  3. Selsema
  4. Demam
  5. Sesak nafas
  6. Sakit badan
Berapa lamakah masa yang diambil untuk gejala jangkitan ini timbul?
Gejala jangkitan akan timbul dalam jangka masa 14 hari.
Apa yang perlu saya lakukan jika saya mempunyai gejala jangkitan ini?
Anda perlulah untuk mendapatkan khidmat perubatan dan melaporkan diri ke klinik ataupun hospital terdekat. Anda juga ditegah daripada pergi ke tempat kerja ataupun sekolah bagi mengelakkan anda menjangkiti orang lain.
Apakah komplikasi yang boleh berlaku kepada seseorang yang dijangkiti oleh COVID-19?
Antara komplikasi yang boleh berlaku adalah seperti kegagalan buah pinggang, jangkitan paru-paru, kegagalan sistem pernafasan dan juga kematian.
Bagaimanakah ujian untuk mengesan COVID-19 dijalankan?
Darah pesakit akan diambil dan genetik virus dalam badan akan diperiksa melalui kaedah Polymerase Chain Reaction.
Perlukah saya mendapatkan ujian bagi mengesan virus ini?
Pengendalian ujian ini adalah bergantung kepada pengamatan dan evaluasi daripada doktor setelah melakukan pemerhatian klinikal, pemeriksaan serta mengetahui sejarah sakit. Jika anda menunjukkan simptom jangkitan dan pernah berkunjung ataupun berada dekat dengan penduduk dari Wuhan, China dalam jangka masa yang panjang, sebaiknya anda mendapatkan ujian ini.
Bagaimanakah saya boleh diuji untuk COVID-19?
Pengendalian ujian ini bergantung kepada pengamatan dan evaluasi daripada doktor setelah melakukan pemerhatian klinikal, pemeriksaan serta mengetahui sejarah sakit. Jika anda menunjukkan simptom jangkitan dan pernah berkunjung ataupun berada dekat dengan penduduk dari Wuhan, China dalam jangka masa yang panjang, sebaiknya anda mendapatkan ujian ini. Darah anda akan diambil untuk tujuan pengesanan virus.
Adakah selamat untuk saya ke China?
Menurut World Health Organisation WHO jumlah jangkitan serta kematian akibat wabak ini semakin meningkat. Oleh itu, anda disarankan untuk tidak berkunjung ke China dalam masa terdekat kecuali untuk urusan penting yang tidak dapat dielakkan.
Adakah selamat untuk saya pergi ke negara lain?
Walaupun wabak ini sudah mula merebak ke negara lain namun anda masih boleh untuk berkunjung ke negara lain dan setiap negara juga ada kawalan kesihatan masing-masing.
Bolehkah anak saya pergi ke sekolah?
Anak anda masih boleh untuk menghadiri kelas seperti biasa kecuali jika anak anda menunjukkan simptom ataupun rakan sekolahnya telah disahkan dijangkiti virus ini. Anda dinasihati agar mengikut perkembangan terkini sekolah terutamanya berita tengan jangkitan virus ini.
Saya baru pulang dari lawatan ke China dan jatuh sakit. Apa yang patut saya buat?
Sebagai langkah berjaga-jaga anda perlulah melapor diri ke hospital ataupun klinik terdekat dengan kadar segera.
Adakah saya perlu mengasingkan diri sekiranya saya baru pulang dari China?
Anda dinasihatkan agar sentiasa peka dan memerhatikan tanda-tanda jangkitan seperti sesak nafas ataupun demam sekurang-kurangnya selama 14 hari. Jika anda mula untuk menunjukkan simptom Coronavirus, anda perlulah melaporkan diri ke hospital ataupun klinik dengan kadar segera.
Apakah risiko mendapat jangkitan dari pakej atau produk yang diterima dari China?
Setakat ini masih belum ada bukti mengatakan bahawa virus ini boleh hidup lama di luar badan manusia iaitu lebih daripada 24 jam. Namun anda masih perlu untuk melakukan langkah pencegahan iaitu dengan mengelap permukaan barangan dengan menggunakan tisu yang diletakkan ‘sanitizer’.
Adakah selamat untuk mengambil produk haiwan atau makan daging haiwan yang diimport dari China?
Setakat ini, tiada bukti sahih mengatakan bahawa pengambilan produk haiwan atau makanan daging dari China boleh untuk menyebabkan jangkitan. Namun sebagai langkah berjaga-jaga anda dinasihati agar mengurangkan pengambilan produk haiwan yang diimport dari China.
Bolehkah binatang peliharaan atau haiwan lain menyebarkan COVID-19?
Kes pertama yang dilaporkan adalah jangkitan daripada haiwan kepada manusia namun kini ia boleh merebak sesama manusia. Setakat ini, masih belum ada bukti mengatakan bahawa ia boleh disebarkan daripada bintang peliharaan.
Bolehkah haiwan dijangkiti virus ini daripada manusia?
Setakat ini, belum ada bukti mengatakan bahawa manusia yang dijangkiti virus ini boleh untuk menyebarkan ia kepada haiwan.
Adakah virus ini boleh meragut nyawa?
Ya, virus ini boleh menyebabkan banyak komplikasi kesihatan seperti kegagalan sistem pernafasan, kegagalan buah pinggang dan akhirnya menyebabkan kematian.
Adakah terdapat rawatan atau ubat untuk menyembuhkan jangkitan virus ini?
Setakat ini, pesakit Coronavirus di China dirawat menggunakan ubat yang sama digunkan untuk merawat pesakit HIV.
Berapa banyak kematian yang telah disebabkan oleh virus ini?
Setakat 30 Januari 2020, jumlah kematian yang telah direkod dan disahkan oleh WHO adalah sebanyak 170 orang.
Adakah seseorang pasti akan mati jika dijangkiti virus ini?
Pesakit yang dijangkiti virus ini tidak semestinya berakhir dengan kematian dan kini hanya 170 pesakit yang telah meninggal dunia daripada 8000 jumlah jangkitan yang dilaporkan.
Siapakah yang berisiko untuk dijangkiti virus ini?
Golongan yang berisiko adalah golongan yang mempunyai daya tahan badan yang rendah seperti pesakit HIV, pesakit cancer, pesakit kronik seperti kencing manis, kanak-kanak, golongan emas, ibu mengandung dan juga seseorang yang berkunjung ke Wuhan,China dalam sebulan dua yang lepas.
Bolehkah ia menjangkiti orang yang sihat?
Ya, virus ini boleh menjangkiti orang sihat.
Adakah saya perlu mengelakkan makanan tertentu?
Anda dinasihati untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang dan elakkan daripada mengambil makanan dariapda haiwan eksotik.
Adakah saya perlu mengelak daripada memakan makanan yang diimport dari China?
Setakat ini, tiada bukti sahih mengatakan bahawa pengambilan makanan yang diimport dari China boleh untuk menyebabkan jangkitan. Namun sebagai langkah berjaga-jaga anda dinasihati agar mengurangkan pengambilan produk haiwan yang diimport dari China.
Adakah pengambilan vitamin C boleh membantu merawat atau mencegah jangkitan virus ini?
Setakat ini tiada kajian mengatakan bahawa Vitamin C berpotensi untuk membunuh virus ini.
Apakah jenis makanan tambahan yang perlu saya ambil untuk mencegah jangkitan?
Tiada makanan tambahan ataupun suplemen yang terbukti oleh mana-mana badan perubatan untuk membantu menangani Coronavirus ini.
Apakah status jangkitan ini di Malaysia?
Setakat ini terdapat 7 kes dilaporkan positif coronavirus namun tiada kematian berlaku.
Bagaimana saya dapat menilai tahap kesihatan saya dari rumah sebelum ke hospital jika saya tidak sihat?
Anda boleh untuk memeriksa suhu badan menggunakan termometer untuk mengetahui suhu badan. Anda juga perlu peka jika pernah berkunjung ke China dalam jangka masa sebulan dua ini dan juga mengalami simptom jangkitan.
Hospital mana yang boleh saya pergi jika saya berasa tidak sihat?
Anda boleh pergi ke mana-mana hospital dan klinik berdekatan tidak kira kerajaan mahupun swasta
Bolehkah saya mengumpul kahak saya sendiri untuk dihantar untuk ujian makmal?
Anda tidak perlu untuk mengumpul kahak kerana proses ini perlulah dijalankan dengan teliti bagi mengelakkan pencemaran yang akhirnya mempengaruhi ketepatan keputusan. Pihak pengamal perubatan akan melakukan pengumpulan ini untuk anda.
Bolehkan virus ini dibasmi dengan memasak daging haiwan yang telah dijangkiti?
Setakat ini belum ada bukti atau kajian menunjukkan bahawa virus ini boleh dibasmi jika dimasak atau dibunuh menggunakan suhu yang tinggi.
Bolehkah saya pergi ke China atau Hong Kong?
Anda dinasihati agar tidak berkunjung ke China buat masa kini. Bagi negara lain yang juga mencatatkan kes tinggi jangkitan Coronavirus seperti Hong Kong, anda juga tidak digalakkan untuk ke negara tersebut sehingga wabak ini reda.
Adakah antibiotik boleh membunuh virus ini?
Antibiotik tidak berupaya untuk membunuh mana -mana virus kerana ia hanya bertindak keatas kuman ataupun bakteria.
Apakah peranan DoctorOnCall semasa wabak ini?
DoctorOnCall menjalankan kolaborasi bersama Kementerian kesihatan Malayasia KKM dalam menyediakan fakta yang benar, sahih dan terkini berkenaan dengan Wabak Coronavirus 2019.
Di mana saya boleh mendapatkan lebih banyak maklumat dan status terkini mengenai COVID-19?
Anda boleh berkunjung ke laman sesawang atau protal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga laman facebook Kesihatan Awam Malaysia. Selain itu, sila ikut perkembangan lanjut berkenaan dengan isu ini di www.doctoroncall.com.my/coronavirus untuk mendapatkan informasi tepat lagi terkini.
Lihat Lagi

Terima Kasih Kepada Wira Negara

Kirimkan pesanan untuk doktor, jururawat dan pekhidmat kesihatan dalam perjuangan COVID-19
Sampaikan Penghargaan
Ujian COVID-19 Semak Risiko Anda
Perlu Bantuan?