Kencing Manis

Cara Diagnosis Penyakit Diabetes Jenis 2

Baca Soalan


Cara mendiagnos kencing manis jenis 2

  • Secara amnya, diagnosis kencing manis akan dibuat oleh doktor. Diagnosis kencing manis biasanya dibuat dengan menggunakan bacaan gula daripada sampel darah pesakit. Bacaan tersebut akan dirujuk kepada satu set kriteria yang telah ditetapkan.
  • Kriteria bagi bacaan kencing manis jenis 1 dan jenis 2 adalah sama. Kriteria daripada organisasi WHO merupakan kriteria yang paling biasa digunakan di seluruh dunia.

Jadual bacaan gula dalam darah untuk diagnosis kencing manis

  • Untuk membantu doktor-doktor membuat diagnosis kencing manis, WHO telah menetapkan beberapa sukatan yang mengkategorikan paras gula dalam darah kepada normal, rintangan insulin dan kencing manis.
  • Rintangan insulin bermaksud seseorang itu telah mengalami peringkat awal kencing manis di mana sel-sel badan sudah menjadi kurang sensitif kepada kesan insulin dan paras gula dalam darah mula meningkat.
  • Mengikut kriteria WHO, terdapat 4 cara yang boleh digunakan untuk membuat diagnosis kencing manis:
    • Satu bacaan gula dalam darah rambang yang melebihi 11.1 mmol/l dan tanda-tanda kencing manis seperti dahaga, rasa lapar, pembuangan air kencing yang banyak dan keletihan.

    • 2 bacaan OGTT dalam kategori kencing manis

    • 2 bacaan gula darah ketika berpuasa dalam kategori kencing manis

    • Satu bacaan HbA1c dalam kategori kencing manis

  • Oleh itu, jika pesakit didapati memenuhi salah satu daripada 4 kriteria di atas, dia akan disahkan menghidap kencing manis.
  • Rawatan harus dimulakan serta-merta untuk mencegah komplikasi kencing manis.

Pemeriksaan gula dalam darah untuk golongan ibu mengandung

  • Gestational diabetes atau kencing manis semasa mengandung merupakan kondisi yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan ibu dan bayi jika ia tidak dikawal dengan baik.
  • Di Malaysia, setiap ibu yang berdaftar di klinik kerajaan akan menjalankan ujian OGTT pada minggu 24 hingga 28. Untuk ibu yang berisiko tinggi, ujian OGTT akan dijalankan semasa ibu tersebut menjalankan pendaftaran atau booking.
  • Ujian OGTT akan diulangi semula pada minggu 24 hingga 29 sekiranya keputusan ujian OGTT pertama adalah normal.
  • Kaedah ini membolehkan doktor untuk mengenal pasti kencing manis pada peringkat yang lebih awal dan memberi rawatan sesuai kepada ibu sebelum kencing manis mendatangkan kesan negatif kepada ibu dan anak.
  • Bacaan gula dalam darah yang normal untuk ibu mengandung adalah sama dengan pesakit orang biasa, iaitu dengan menggunakan kriteria WHO seperti yang tertera pada jadual di atas.

Written by: SASHINI A/P SEENIVASAGAM

MBBS (Melaka-Manipal)

18 Aug 2018
Perlu Bantuan?