Ciri-ciri ejakulasi pramatang
- Masalah pancut awal yang berlaku boleh mengakibatkan banyak perkara yang lebih serius. Sebelum mengetahui cara-cara untuk merawat atau mengelakkannya, adalah lebih penting untuk masyarakat mengenal pasti beberapa gejala pancut awal ini.
- Mengikut definisi, ejakulasi pramatang merujuk kepada ejakulasi yang awal atau cepat semasa hubungan kelamin berlangsung antara pasangan. Ia kini diletakkan di dalam kumpulan masalah seksual lelaki.
- Ciri-cirinya adalah:
Ejakulasi yang hampir setiap masa atau selalu berlaku ketika dalam tempoh seminit semasa kemaluan lelaki dimasukkan ke dalam faraj wanita. Masalah ini boleh timbul semasa pengalaman hubungan seksual yang pertama atau ketika bila-bila masa sahaja.
Kegagalan untuk lelaki melambatkan pancutan atau ejakulasi kepada setiap atau hampir semua penetrasi ke dalam faraj wanita.
Masalah ini membawa kepada kesan negatif terhadap lelaki seperti tekanan, kekecewaan, masalah dengan pasangan dan suka mengelak daripada melakukan seks.
- Dengan itu, walaupun kadangkala anda mengalami ejakulasi yang lebih awal dari biasa atau lebih awal dari yang pasangan anda jangkakan, ia bukanlah suatu masalah selagi anda tidak menepati ciri-ciri yang telah diberikan.
- Walau bagaimanapun, jika anda mendapati prestasi anda di kamar semakin menurun, maka tidak salah untuk anda segera berjumpa dengan doktor bagi mendapat nasihat dan bimbingan yang lebih lanjut.
- Hal ini kerana salah satu dari jenis ejakulasi pramatang bersifat semulajadi dan tidak menentu. Untuk situasi ini, kadangkala lelaki boleh mencapai klimaks seperti yang diinginkan dan kadangkala, ejakulasi berlaku pada tahap awal aktiviti seksual.
Berikut merupakan jenis-jenis ejakulasi pramatang yang perlu diketahui oleh kaum lelaki.
Ejakulasi pramatang primari:
Diagnosis untuk jenis ini dibuat mengikut ciri yang pertama seperti yang telah dijelaskan di atas. Lelaki yang mengalaminya tidak akan kekal di dalam hubungan seksual lebih dari seminit dan ia disebabkan oleh faktor keturunan dan masalah di dalam sistem saraf.
Ejakulasi pramatang ‘secondary’:
Pesakit yang menghidapi masalah ini hanya akan mendapat ejakulasi pramatang selepas terdapat faktor lain yang terlebih dahulu tiba seperti radang prostat, mati pucuk, kadar tiroid yang tinggi dalam badan dan masalah hubungan dengan pasangan.
Jenis subjektif:
Lelaki yang terjejas dengan jenis ini sebenarnya tidak mempunyai sebarang masalah dengan masa ejakulasi. Sebaliknya ia disebabkan oleh lelaki tersebut yang mempunyai bayangan untuk mencapai dengan lebih awal agar klimaks dapat dinikmati dengan secepat mungkin.
Jenis berubah-ubah dan tidak menentu:
Perkara ini sedikit sebanyak boleh mengganggu hubungan kelamin walaupun ia tidak selalunya terjadi. Ia bersifat normal dan semulajadi. Namun, rawatan tetap diperlukan oleh lelaki yang mengalaminya.
Masalah pancut awal ini biasa berlaku. Walaupun masih dianggap sebagai perkara yang peribadi oleh sesetengah orang, kajian telah menunjukkan bahawa lebih 30% dari populasi lelaki terjejas dengan keadaan ini.