- Terapi impotensi bermula dengan rawatan bagi sebarang penyakit yang telah dikenal pasti sebagai penyebab impotensi. Sebagai contoh, pesakit diabetes disarankan mengambil ubat mengikut arahan doktor dan mengamalkan gaya hidup sihat supaya tahap gula sentiasa berada di tahap normal.
- Kawalan tahap gula yang bagus merendahkan risiko impotensi.
- Selain dari rawatan penyebabnya, terdapat juga ubat dan terapi lain yang boleh digunakan untuk merawat impotensi itu sendiri.
- Setiap rawatan ini mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Oleh itu, para pesakit disarankan supaya berbincang dengan doktor dan pasangan tentang impotensi dan cara untuk mengubatnya.
Ubat-ubat impotensi
- Secara umumnya, tiada ubat impoten paling berkesan. Bagi kebanyakan pesakit, sildenafil (Viagra, Iqnyde) ialah cara mengubati impoten yang pertama kerana kita mempunyai lebih banyak pengalaman dengan ubat ini dan kesan sampingan serta interaksinya dengan makanan sudah lama dikenali.
- Ubat-ubatan lain yang mungkin digunakan termasuklah:
- Tadalafil (Cialis)
- Vardenafil (Levitra, Staxyn)
- Avanafil (Stendra)
- Kesemua ubat ini memperbaiki pengaliran darah ke zakar lalu menghasilkan ereksi yang memuaskan. Namun begitu, stimulasi seksual masih diperlukan.
- Kesan sampingan yang mungkin dialami oleh para pesakit selepas mengambil ubat-ubatan ini adalah:
- Merah muka
- Hidung tersumbat
- Sakit kepala
- Gangguan penglihatan
- Sakit belakang
- Doktor mungkin akan menukar jenis atau dos ubat anda sekiranya ubat yang anda ambil itu tidak berkesan. Para pesakit disarankan berbincang dengan doktor sebelum menggunakan ubat-ubatan ini kerana ia kurang berkesan untuk sesetengah pesakit seperti mereka yang mempunyai diabetes atau telah menjalani pembedahan prostat.
- Malahan, ubat-ubatan ini amat berbahaya jika anda:
Sedang mengambil ubat nitrat untuk sakit dada
Mempunyai penyakit jantung atau kegagalan jantung
Mempunyai tekanan darah rendah
Rawatan lain
- Ubat suntikan seperti alprostadil, atau kombinasi ubat suntikan seperti bimix dan trimix juga merupakan cara menyembuhkan impotensi. Suntikan ini dilakukan di bahagian tepi zakar dengan jarum yang halus.
- Ereksi yang dihasilkan selalunya tidak melebihi satu jam.
- Ubat supositori alprostadil pula diletakkan di dalam zakar dengan alat yang direka khusus untuk tujuan ini.
- Ereksi akan bermula dalam 10 minit dan akan bertahan selama 30 hingga 60 minit. Kedua-dua cara di atas mungkin mengakibatkan pendarahan yang selalunya tidak serius dan pembentukan parut di zakar.
- Sekiranya impotensi disebabkan oleh kekurangan hormon testosterone, terapi hormon boleh digunakan.
- Selain itu, alat vakum dan pam juga mungkin membantu pesakit impotensi. Bagi sesetengah kes di mana ubat dan alat vakum didapati kurang berkesan, implan zakar menjadi pilihan.
- Implan zakar diletakkan di dalam zakar dengan pembedahan tetapi rawatan ini biasanya agak selamat dan berkesan bagi pesakit yang terlibat.
- Akhir sekali, gaya hidup sihat seperti:
- Berhenti merokok
- Mengurangkan pengambilan arak
- Mengamalkan pemakanan seimbang juga membantu
- Tidak wujud makanan penyembuh lemah syahwat tetapi makanan yang berkemungkinan mengurangkan risiko impotensi termasuklah:
- Sayur-sayuran
- Ikan
- Minyak buah zaitun
Written by: Dr Ilias Yee
MB BCh BAO (NUI), LRCPI, LRCSI, Fellow Open Medical Institute (Addiction), Fellow ASHM Leadership (Sexual Health & HIV Medicine)
18 Aug 2018