Pencegahan pedih ulu hati
Pedih ulu hati merupakan salah satu masalah kesihatan yang sering ditemui oleh pihak doktor di klinik-kinik kesihatan. Walaupun begitu, pedih ulu hati bukanlah satu diagnosis tetapi hanyalah satu simptom. Penentuan punca-punca pedih ulu hati amatlah penting dalam rawatan dan pencegahannya. Simptom ini juga sering menjejaskan kualiti hidup para pesakit. Secara umumnya, pedih ulu hati boleh dikawal dengan mengamalkan cara hidup sihat.
Tabiat pemakanan
- Cara mengatasi sakit ulu hati tanpa obat bermula dengan pengubahsuaian tabiat pemakanan.
- Elakkan makan dalam jumlah yang besar tiga hingga empat jam sebelum tidur dan janganlah baring selama tiga jam selepas makan.
- Dengan cara ini, perut berpeluang untuk mengosongkan kandungannya dan mengurangkan risiko pedih ulu hati. Anda juga digalakkan supaya mengawal saiz hidangan anda. Kurangkan jumlah makanan yang anda ambil setiap kali anda makan.
- Jika perlu, ambillah makanan yang sedikit tetapi lebih kerap.
- Selain itu, anda disarankan supaya makan dengan perlahan-lahan dan mengambil masa untuk mengunyah makanan sehingga halus. Jika perlu, letakkan sudu dan garpu anda sebelum suap yang seterusnya. Dengan cara ini, makanan menjadi lebih mudah dihadam. Minuman suam seperti teh herba didapati boleh membantu mengurangkan kejadian pedih ulu hati.
- Jenis makanan yang anda pilih juga amatlah penting kerana sesetengah makanan boleh menyebabkan pedih ulu hati bertambah teruk.
- Walaupun begitu, jenis-jenis makanan ini berbeza bagi setiap pesakit. Anda digalakkan supaya mencatatkan jenis-jenis makanan yang memberi kesan kepada anda.
- Terdapat beberapa makanan yang sering dikaitkan dengan pedih ulu hati. Antaranya ialah makanan yang pedas dan berempah terutamanya kari, minuman berkarbonat dan makanan yang diawet.
- Pedih ulu hati minum susu mungkin berlaku bagi sesetengah pesakit. Para pesakit juga harus mengelakkan makanan bergoreng dan berlemak. Makanan-makanan ini boleh menyebabkan kembung perut kerana lemak melambatkan proses penghadaman.
Amalan gaya hidup sihat
- Petua hilangkan pedih ulu hati dengan mengamalkan gaya hidup sihat adalah seperti berikut.
- Obesiti telah dikenalpasti sebagai salah satu penyebab pedih ulu hati. Hal ini kerana berat badan yang berlebihan memberi tekanan pada bahagian abdomen, lalu menyebabkan asid perut mengalir ke arah esofagus. Oleh sebab itu, para pesakit disarankan mengurangkan berat badan dengan pemakanan seimbang dan aktiviti fizikal.
- Berhentilah merokok sekiranya anda merokok. Hal ini kerana nikotin yang didapati di dalam rokok boleh melemahkan bahagian bawah esofagus yang mencegah pengaliran asid perut ke dalam esofagus.
- Elakkan minuman arak. Gunakan masa minum ini untuk aktiviti yang lain seperti senaman, meditasi dan terapi relaksasi untuk mengurangkan stres. Anda juga digalakkan supaya mencatatkan aktiviti-aktiviti yang menyebabkan masalah pedih ulu hati. Akhir sekali, pakailah pakaian yang longgar kerana pakaian yang ketat memudahkan pengaliran asid perut ke dalam esofagus.
Written by: Sri Viknarajan A/L Puvendran
Universiti Hasanuddin, Indonesia – MEDICAL DEGREE (DR)
18 Aug 2018