Najis saya warna tanah liat

Najis saya warna tanah liat
0

#1

Sy ada perasan masa buang air besar najis saya warna tanah liat.Perut saya juga makin sakit 2-3 hari ini. Apakah keadaan ini doktor?


#2

Selamat petang! Terima kasih kerana bertanyakan soalan.

Anda berkemungkinan besar telah menghidap penyakit batu hempedu.

Air besar anda adalah berwarna tanah liat kerana batu hempedu telah menyumbat saluran cecair hempedu dan cecair hempedu tidak dapat masuk ke dalam usus anda.

Batu hempedu atau gallstones merupakan sejenis kondisi di mana batu keras telah terbentuk di dalam hempedu.

Batu hempedu biasanya disebabkan oleh kandungan kolesterol yang terlalu tinggi di dalam cecair hempedu. Orang yang mempunyai berat badan berlebihan, kolesterol tinggi atau berusia mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit batu hempedu.

Anda digalakkan untuk berjumpa dengan secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan agar komplikasi serius seperti radang pankreas dan radang hempedu boleh dielakkan.

Penyakit batu hempedu biasanya dirawat dengan pembedahan kecil untuk mengeluarkan pundi hempedu bersama dengan batu-batu karang di dalam hempedu tersebut.


#3

Selamat petang! Terima kasih atas soalan anda.

Anda berkemungkinan menghidap penyakit batu karang hempedu. Batu karang hempedu yang menghalang aliran hempedu dari hati ke duodenum boleh menyebabkan hati dipenuhi dengan hempedu yang berlebihan dan ia akan melimpah ke peredaran sistemik lalu menyebabkan:

  • Jaundis atau mata, kulit dan membran mukus menjadi kekuningan
  • Sakit perut
  • Najis yang berwarna kelabu
  • Loya
  • Muntah

Anda boleh menjalani ujian ultrasound untuk mengesan penyakit batu karang hempedu. Kaedah ini juga boleh menentukan jika terdapat halangan pada aliran hempedu.

Rawatan batu karang hempedu bergantung kepada gejala dan lokasi batu karang hempedu. Sekiranya pesakit tidak mempunyai simptom maka dia tidak memerlukan rawatan.

Sekiranya pesakit adalah simptomatik, maka pesakit dinasihatkan prosedur membuang pundi hempedu.

Dapatkan rawatan doktor secepat mungkin.


Chills, headache, cough
Kesan tidak buang air besar dalam tempoh 6-8 hari
Hidung Tersumbat dan hilang deria
Sakit tekak selepas menghadiri PRN sabah
Tapak tangan kiri kebas
Kuku jari berwarna hitam
Sakit membuang air kecil selepas bersama suami