Syarat Perkhidmatan DoctorOnCall
- 1. UMUM
- 1.1 Dokumen ini diterbitkan untuk menetapkan syarat-syarat dan peraturan-peraturan, polisi privasi, dan syarat-syarat kepenggunaan bagi akses atau penggunaan DoctorOnCall.com.my mahupun aplikasi "DoctorOnCall".
- 1.2 Dokumen ini diterbitkan untuk menetapkan syarat-syarat dan peraturan-peraturan, polisi privasi, dan syarat-syarat kepenggunaan bagi akses atau penggunaan DoctorOnCall.com.my mahupun aplikasi "DoctorOnCall".
- 1.3 Dokumen ini diterbitkan untuk menetapkan syarat-syarat dan peraturan-peraturan, polisi privasi, dan syarat-syarat kepenggunaan bagi akses atau penggunaan DoctorOnCall.com.my mahupun aplikasi “DoctorOnCall".
- 1.3.1 Dengan memuat turun dan memasang App ini, Anda adalah tertakluk kepada Syarat-Syarat Perkhidmatan dan sebarang dokumen yang mengikat sepertimana yang telah diputuskan oleh Syarikat. Adalah perlu untuk anda membaca dengan teliti sebelum menerima dan meneruskan penggunaan App ini.
- 1.3.2 Terma ‘Kami’/ ‘Kita’/ ‘Bersama’ adalah bermaksud DoctorOnCall.com.my dan aplikasi mudah alih milik kami DoctorOnCall. Penggunaan App ini oleh Anda adalah ditadbir sepenuhnya oleh Syarat-Syarat Perkhidmatan dan sebarang terma atau polisi yang diterbitkan oleh kami. Sehabis melayari halaman utama di laman web atau memuat turun App dan menggunakan sebarang perkhidmatan adalah bermaksud bahawa Anda telah membaca dan bersetuju dengan syarat-syarat dan peraturan-peraturan sebagaimana seperti telah termaktub dalam syarat-syarat ini.
- 1.3.3 Anda adalah tertakluk kepada peraturan, garis panduan, polisi, terma, dan syarat-syarat yang telah ditetapkan ke atas sebarang perkhidmatan yang diberikan oleh App ini, dan ia adalah termaktub di dalam Syarat-Syarat Perkhidmatan dan hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada Syarat-Syarat Perkhidmatan ini. Kami mempunyai hak sepenuhnya untuk mengubah Syarat-Syarat Perkhidmatan tanpa kebenaran Anda atau makluman Anda.
- 1.3.4 Hubungan bersama Kami ini mewajibkan Anda untuk memeriksa Syarat-Syarat secara berkala dan sedia maklum dengan keperluannya. Sekiranya Anda terus menggunakan Laman Web/ App setelah perubahan dilakukan, ini adalah dianggap sebagai kebenaran yang Anda berikan terhadap polisi-polisi yang telah diubah oleh Kami. Selagi Anda mematuhi Syarat-Syarat Penggunaan, Kami membenarkan Anda untuk memasuki dan menggunakan App secara peribadi, tidak ekslusif, tidak dipindahmilik , dan terhad.
- 1.3.5 Menerusi Laman Web, Pengguna memilih kepakaran (contohnya: Kesihatan Lelaki). Kepakaran lain yang turut disertakan termasuklah Telekonsultasi, Farmasi Atas Talian, Pemeriksaan Kesihatan dan Perkhidmatan-perkhidmatan Lain, Kepakaran dan Carian Hospital, dan maklumat penuh perkhidmatan lain yang disenaraikan di Laman Web. Kami akan memuat naik perkhidmatan khusus lain yang mungkin terdapat dari semasa ke semasa di Laman Web Kami, Semua perkhidmatan khusus yang disediakan adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan-peraturan pengunaan yang diberikan oleh penyedia perkhidmatan terbabit dan Pengguna dikehendaki untuk membaca terma dan syarat yang terdapat di dalamnya. Sebagai contoh, Pengguna yang mahu berjumpa dengan Profesional Perubatan boleh memilih untuk berjumpa dengan segera atau membuat temujanji kemudian. Profesional Perubatan akan dijadualkan kepada Pengguna berdasarkan kepada kelapangan Profesional Perubatan.
- 1.3.6 Perkhidmatan Telekonsultasi
- 1.3.6.1 Bagi Pengguna yang memerlukan Khidmat Telekonsultasi, Pengguna perlu memuat naik rekod perubatan dan maklumat kesihatan yang berkaitan ke dalam Laman Web/ App bagi menyokong konsultasi dengan Profesional Perubatan. Semua rekod perubatan ini perlu dimuat naik ke platform DoctorOnCall.com.my yang selamat selepas pendaftaran berjaya dan kekal log masuk agar kekal dilindungi dan dirahsiakan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang rekod, maklumat, gambar, atau dokumen yang dihantar melalui kaedah lain seperti emel peribadi, telefon, SMS, atau sebarang platform pesanan.
- 1.3.6.2 App/ Lama Web ini bertujuan untuk membantu Profesional Perubatan untuk memberikan perkhidmatan kepada pesakit yang telah mendaftar dengan App/ Laman Web ini. Profesional Perubatan yang hendak memberikan perkhidmatan dalam App/ Laman Web akan terlebih dahulu disahkan sebelum menyertai dengan menyediakan dokumen yang sewajarnya yang perlu disahkan oleh Syarikat. Profesional Perubatan akan disenaraikan di dalam App/ Laman Web hanya selepas pengesahan dan kebenaran diberikan.
- 1.3.7 Farmasi Atas Talian
- 1.3.7.1 Bagi Pengguna yang ingin membeli ubat-ubatan, makanan tambahan, atau ubatan lain yang disediakan di kaunter atau produk perubatan (“Produk Perubatan”), Pengguna boleh membeli Produk Perubatan tertakluk kepada terma pembayaran dan polisi pengeluaran Kami. Pengguna perlu memahami kategori ‘dalam risiko’ seperti yang tertera di Laman Web.
- 1.3.7.2 Kecuali jenis-jenis ubat yang boleh di beli di kaunter, semua ubat-ubatan boleh dibeli berdasarkan preskripsi yang diberikan oleh doktor dan Kami tidak akan bertanggungjawab keatas penyalahgunaan atau salah preskripsi. Pengguna perlu merujuk kepada Profesional Perubatan ke atas pengambilan.
- 1.3.8 Pemeriksaan Kesihatan dan Pemberi Perkhidmatan Lain
- 1.3.8.1 Semua pemeriksaan kesihatan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang diberikan adalah berdasarkan senarai di Laman Web
- 1.3.8.2 Pemeriksaan kesihatan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain diberikan berdasarkan temujanji dan akan ditentukan di makmal/ hospital/ lokasi perkhidmatan atau di lokasi tertentu pilihan peribadi.
- 1.3.8.3 Untuk pemeriksaan kesihatan dan lain-lain yang memerlukan perkhidmatan jururawat dan penjaga, perkara tersebut hendaklah diuruskan secara serentak semasa proses penjadualan oleh Pengguna.
- 1.3.9 Sama ada secara tersirat atau tersurat menerima Syarat-Syarat Perkhidmatan, Anda juga telah menerima dan bersetuju untuk tertakluk di bawah Polisi-Polisi Syarikat antara lain termasuklah Polisi Privasi, yang juga, akan diubah dari semasa ke semasa dan polisi-polisi dan terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan oleh pemberi perkhidmatan masing-masing iaitu, Profesional Perubatan, Farmasi, Hospital, Pemeriksaan Kesihatan, dan Pemberi Perkhidmatan Lain dan definisinya yang mungkin akan diubah dari semasa ke semasa untuk merangkumi penyedia kepakaran baru atau pengecualian kepada mereka yang tidak lagi memberikan perkhidmatan dalam Laman Web/ App Kami.
- KEAHLIAN/PENGGUNAAN
- 2.1 Keahlian/ penggunaan Laman Web/ App adalah terhad kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas, atau golongan seumpamanya yang sudah ditakrifkan sebagai 'majoriti' di bawah undang-undang dalam bidang kuasa masing-masing di mana Laman Web/ App ini boleh dilihat dan dilayari, atau kepada kanak-kanak yang telah mendapat kebebasan, atau mereka yang mempunyai pesetujuan dari ibu bapa atau penjaga yang sah, atau berada di dalam posisi tersebut di mana mereka mampu sepenuhnya dan layak untuk menyetujui terma-terma, syarat-syarat, tanggungjawab, penegasan, perwakilan, dan jaminan yang telah ditetapkan di dalam Syarat-Syarat Perkhidmatan, dan mampu mematuhi Syarat-Syarat Perkhidmatan ini.
- 2.2 Lanjutan dari ini, Anda adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk melindungi kerahsiaan nama pengguna dan kata laluan milik Anda dan sebarang aktiviti di bawah akaun akan dianggap telah dilakukan oleh Anda. Sekiranya Anda telah memberikan maklumat yang salah dan tidak tepat, Kami mempunyai hak untuk menangguhkan dan/ atau menamatkan Perjanjian ini tanpa perlu bertanggungjawab.
- 2.3 Anda perlu mengambil maklum bahawa App yang telah dimuat turun ke dalam telefon atau tablet Anda adalah kepunyaan Kami dan Kami boleh menaiktaraf App ini secara automatik dan Syarat-Syarat ini adalah termasuk bersama.
- 2.4 Pengguna perlu mengambil maklum bahawa Laman Web/ App DoctorOnCall hanyalah merupakan platform untuk Pemberi Perkhidmatan menyenaraikan perkhidmatan mereka dan menjual produk masing-masing di dalamnya dan walaupun kami berusaha memastikan kelayakan dan kesahihan Pemberi-Pemberi Perkhidmatan di Laman Web/ App, kami tidak mewakili mahupun memberi jaminan dalam sebarang bentuk, sama ada tersurat atau tersirat, bagi tindakan, nasihat, kualiti, keupayaan, produk-produk untuk tujuan tertentu, kecukupan, pengesahan, kebolehpercayaan dan/ atau ketersediaan Pemberi-pemberi Perkhidmatan dalam sebarang bentuk termasuklah tetapi tidak terhad kepada Produk-produk Perubatan yang dijual dan Anda adalah dinasihatkan untuk melakukan penyelidikan Anda sendiri dan/ atau mendapatkan nasihat sewajarnya (sekiranya perlu) sebelum pembelian dilakukan dan/ atau mendapatkan perkhidmatan dari Pemberi-pemberi Perkhidmatan di Laman Web/ App kami.
- KOMUNIKASI
- 3.1 Dengan menggunakan Laman Web/ App ini, anda adalah dianggap telah bersetuju untuk menerima panggilan telefon, panggilan automatik dan/ atau mesej pra-rakaman atau panggilan dari Kami pada sebarang waktu dengan menggunakan nombor telefon yang telah diberikan oleh Anda untuk kegunaan Laman Web/ App, tertakluk kepada Polisi Privasi. Ini adalah termasuk menghubungi Anda melalui maklumat yang diterima menerusi pihak-pihak lain dan menghubungi pihak-pihak lain berdasarkan maklumat yang Anda berikan kepada Kami.
- 3.2 Penggunaan Laman Web/ App ini juga merupakan pengesahan dari Anda untuk menerima komunikasi-komunikasi (contohnya: SMS, emel, dsb) dari Kami pada sebarang waktu yang Kami rasakan sesuai. Kebenaran untuk dihubungi ini adalah bagi tujuan yang termasuk tetapi tidak terhad kepada panggilan pengesahan dan komunikasi pemasaran. Sekiranya Anda ingin menghentikan perhubungan, Anda boleh menghantarkan emel pada bila-bila masa ke contact@doctoroncall.com.my.
- 3.3 Anda mungkin juga dihubungi oleh Pemberi-pemberi Perkhidmatan yang terikat dengan kontrak bersama Kami sekaligus melangsungkan hak, tanggungjawab, dan peranan Kami di bawah perjanjian, kontrak, dan polisi-polisi yang Kami turuti. Perhubungan ini hanya akan dijalankan berdasarkan kontrak, perjanjian dan/ atau polisi-polisi yang berkaitan.
- 3.4 Perkongsian maklumat yang telah diberikan oleh Anda adalah termaktub di bawah Dasar Privasi. Kami tidak akan memberikan informasi perhubungan Anda kepada pihak ketiga yang tidak berkaitan dengan Laman Web/ App dan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan olehnya, dan/ atau bagi tujuan yang tidak melangsungkan aktiviti-aktiviti dan tujuan-tujuan Syarikat. Sila rujuk “Polisi Privasi” untuk maklumat lanjut.
- PEMBAYARAN
- 4.1 Pemasangan dan penggunaan Laman Web/ App ini adalah percuma dan ini adalah termasuk penggunaan sebahagian daripada perkhidmatan yang terdapat di Laman Web/ App ini. Anda perlu mengambil maklum bahawa perkhidmatan-perkhidmatan percuma/ iringan ini mungkin akan berubah pada bila-bila masa tertakluk kepada budi bicara Syarikat.
- 4.2 Walaubagaimanapun, sekiranya Anda menggunakan Laman Web/ App bagi perkhidmatan berbayar seperti konsultasi bersama Profesional Perubatan, atau pembelian Produk-produk Perubatan, dan Pemeriksaan Kesihatan atau Perkhidmatan-perkhidmatan Lain, adalah perlu untuk Anda membayar bagi khidmat nasihat sepertimana yang tertera di mukasurat pembayaran semasa penggunaan. Sekiranya terdapat preskripsi perubatan diberikan oleh Profesional Perubatan, Anda perlulah membuat pembayaran di mukasurat pembayaran jika Anda ingin membeli ubat-ubatan tersebut, bersama dengan kos penghantaran sekiranya perlu. Walau bagaimanapun, jumlah pembayaran yang tertera di mukasurat pembayaran tidak menggambarkan harga sebenar perkhidmatan untuk pengguna-pengguna Korporat. Pembayaran badan korporat/ organisasi akan dilaksanakan berdasarkan perjanjian komersil penggunaan perkhidmatan yang telah dipersetujui. Pada masa yang sama, kepakaran lain yang diberikan di Laman Web dan khidmat nasihat akan diputuskan oleh Pemberi-Pemberi Perkhidmatan masing-masing.
- 4.3 Bagi tujuan seksyen ini, Pembeli adalah termasuk sebarang Pengguna yang memilih untuk menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan di Laman Web/ App Kami. Penjual bermaksud Kami/ Laman Web/ Syarikat.
- 4.4 Walaupun membenarkan sebarang kaedah pembayaran di Laman Web/ App, Kami tidak akan bertanggungjawab atau menanggung sebarang liabiliti, sekiranya terdapat kerugian atau kerosakan yang terjadi secara langsung atau tidak langsung kepada Anda kerana:
- 4.4.1 Tidak mendapat keizinan untuk menjalankan sebarang transaksi, atau
- 4.4.2 Melangkaui hak yang telah ditetapkan bersama di antara Anda dan ‘Bank’ atau pemberi perkhidmatan kewangan, atau
- 4.4.3 Sebarang isu-isu yang bersabit dengan transaksi, atau
- 4.4.4 Penolakan transaksi di atas sebab-sebab lain
- MAKLUMAT PIHAK KETIGA
- 5.1Isi kandungan Laman Web/ App termasuklah teks, grafik, antara muka pengguna, antara muka visual, gambar-gambar, hakmilik, logo, bunyi, muzik, dokumen rekaan, dan karya seni adalah ini kandungan Kami (seterusnya di rujuk sebagai ‘Isi Kandungan’).
- 5.2 Laman Web/ App ini mungkin mengandungi pautan ke/ Isi Kandungan laman web pihak ketiga yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kami. Kami tidak mempunyai sebarang kawalan terhadap sebarang Isi Kandungan yang dikeluarkan oleh pihak ketiga kerana Kami hanyalah perantara untuk tujuan Isi Kandungan tersebut.
- 5.3 Sekiranya terdapat penyalahgunaan hakmilik dalam Isi Kandungan pihak ketiga yang melibatkan sebarang individu, pihak ketiga tersebut akan bertanggungjawab sepenuhnya di atas sebarang kerugian yang ditanggung dan Kami tidak akan dipertanggungjawabkan sama sekali. Anda boleh menghantarkan emel ke contact@doctoroncall.com.my untuk melaporkan Isi Kandungan yang berkenaan.
- 5.4 Selain dari kebenaran yang dinyatakan secara jelas, sebarang penggunaan Isi Kandungan Kami yang diterbitkan semula, dipaparkan semula, diterbitkan, dipaparkan secara umum, dikodkan, diterjemahkan, diedarkan, atau dipasarkan dalam sebarang cara (termasuk “secara cerminan”) ke sebarang komputer, pelayan, laman web, medium penerbitan lain, atau pemasaran untuk sebarang syarikat komersil tanpa memohon kebenaran bertulis yang jelas dari kami adalah tidak dibenarkan.
- 5.5 Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang jaminan, perwakilan, dan pengambilalihan yang dilakukan oleh Pemberi-pemberi Perkhidmatan. Pengguna dinasihatkan agar mendapatkan khidmat nasihat dari profesional atau mengelak dari menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan yang meragukan.
- ISI KANDUNGAN PENGGUNA
- 6.1 Isi Kandungan yang Anda muat naik atau hantar akan menjadi milik Kami dan Anda memberikan Kami hak seluruh dunia, berkekalan, dan boleh dipindah milik terhadap Isi Kandungannya. Kami berhak untuk, selari dengan Polisi Privasi Kami sepertimana yang termaktub berdasarkan undang-undang yang berkaitan, menggunakan Isi Kandungan atau sebarang elemennya untuk sebarang jenis kegunaan selama-lamanya, termasuk tetapi tidak terhad kepada tujuan promosi dan pengiklanan dan di dalam sebarang media sama ada yang dikenali sekarang atau dihasilkan selepas ini, termasuklah penghasilan karya yang mungkin merangkum sebarang isi kandungan yang Anda berikan dan Anda tidak berhak untuk mendapat sebarang pembayaran atau ganti rugi hasil dari penggunaan tersebut. Anda juga telah memberikan Kami hak untuk melesenkan hak ini, dan kebenaran untuk mengemukakan tindakan sekiranya terdapat salahguna terhadap hak-hak ini. Kami mempunyai hak untuk menggubah atau mengeluarkan sebarang material yang di hantar ke Laman Web/ App, atau disimpan di dalam pelayan Kami, atau dihoskan atau diterbitkan ke Laman Web/ App ini.
- 6.2 Mereka yang menghantar Isi Kandungan Pengguna ke Laman Web/ App mestilah mengesahkan kebenaran dan ketulenan maklumat di dalam Isi Kandungan, termasuklah masa, tempat, dan persekitaran. Sebelum membenarkan sebarang Isi Kandungan di hantar ke Laman Web/ App, kami berhak dan pihak berkuasa akan mengesahkan ketepatan maklumat yang berkaitan Isi Kandungan dengan sumber-sumber yang diberikan oleh Pengguna yang menghantar Isi Kandungan tersebut, sekiranya kami merasakan keperluan bagi memeriksa ketepatannya.
- 6.3 Kami mempunyai hak untuk memuat naik Isi Kandungan bagi pihak ketiga, selepas mengumpul informasi dan mengesahkannya sekiranya dirasakan perlu. Walaubagaimanapun, Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang maklumat yang salah mahupun mengelirukan.
- 6.4Sekiranya terdapat Isi Kandungan yang salah di sisi undang-undang atau melanggar bidang kuasa undang-undang di mana Laman Web/ App Kami boleh dilihat dan diakses, ia perlu dikeluarkan oleh kerana menyalahi pihak berkuasa di bawah bidang kuasa masing-masing yang yang menganggap Isi Kandungan tersebut menyalahi undang-undang. Kami tidak boleh dipertanggungjawabkan atau dipersoalkan di atas perkara yang sama.
- KEWAJIPAN PENGGUNA
- 7.1 Anda merupakan pengguna terhad kepada Laman Web/ App ini.
- 7.2 Anda tidak seharusnya memotong, menyalin, mengedar, mengubah, menghasilkan semula, mereka balik, menyebarkan, menghantar, menerbitkan, atau menghasilkan karya dari, mengalih, atau menjual sebarang maklumat, atau perisian yang diperolehi dari Laman Web/ App ini.
- 7.3 Berdasarkan kebenaran yang diberikan oleh kami sebelumnya, penggunaan secara terhad adalah dibenarkan. Untuk mengelakkan keraguan, adalah dijelaskan bahawa penghasilan semula tanpa had atau secara pukal, penyalinan isi kandungan untuk kegunaan komersil mahupun tidak-komersil dan pengubahsuaian data dan maklumat di dalam isi kandungan Laman Web/ App ini adalah tidak dibenarkan.
- 7.4 Anda tidak sepatutnya, mahupun membenarkan pihak ketiga bagi pihak Anda untuk (i) menghasilkan dan mengedarkan Salinan Laman Web/ App (ii) cuba untuk meniru, menghasilkan semula, mengubah, mengubah semula, mereka bentuk semula, membongkar, menguraikan, mengalih, menukar, atau menterjemah Laman Web/ App; atau (iii) menghasilkan karya terbitan Laman Web/ App ini dalam bentuk apa juga sekalipun.
- 7.5 Anda bersetuju untuk tidak mengakses (atau cuba untuk mengakses) Laman Web/ App dan/ atau material atau perkhidmatan-perkhidmatan melalui apa juga cara melainkan melalui antara muka yang telah disediakan oleh Laman Web/ App ini.
- 7.6 Penggunaan pautan dalam, robot, lelabah, atau peranti automatik lain, program, algoritma atau kaedah, atau sebarang proses manual yang sama atau bersamaan, untuk mengakses, mendapatkan, meniru atau mengawasi sebarang bahagian Laman Web/ App atau Isi Kandungan, atau sebarang cara yang mampu menghasilkan semula atau memintas struktur pelayaran atau pameran di Laman Web/ App, material atau sebarang Isi Kandungan, untuk mendapatkan atau percubaan mendapatkan sebarang material, dokumen, atau informasi menerusi sebarang cara yang tidak semestinya terdapat terdapat di dalam Laman Web/ App.
- 7.7 Anda mengaku dan bersetuju bahawa dengan mengakses atau menggunakan Laman Web/ App atau Perkhidmatan-perkhidmatan, Anda mungkin telah terdedah kepada Isi Kandungan daripada pengguna lain yang mungkin Anda anggap menghina, keterlaluan, atau dari segi lain boleh mendatangkan bangkangan.
- 7.8 Kami menolak semua jenis liabiliti yang terhasil dari Isi Kandungan yang menghina yang terdapat di dalam Laman Web/ App. Selanjutnya, Anda boleh melaporkan Isi Kandungan yang menghina tersebut dengan menghantar emel ke contact@doctoroncall.com.my.
- 7.9 Laman Web/ App ini secara amnya membenarkan anda untuk memuat naik maklumat; Anda bertanggungjawab memastikan bahawa material terbabit adalah menurut undang-undang yang berkaitan. Tambahan lagi, Anda bertanggungjawab untuk tidak:
- 7.9.1 Menyalahguna, mengganggu, mengancam, memfitnah, mengecewakan, menghakis, membatalkan, menghina, atau dalam kata lain melanggar hak undang-undang orang lain;
- 7.9.2 Terbabit dengan sebarang aktiviti yang mengganggu atau mengacau akses ke Laman Web/ App atau perkhidmatan-perkhidmatan (atau pelayan dan jaringan yang menghubungkan Laman Web/ App);
- 7.9.3 Meniru sebarang individu atau entiti, atau dengan sengaja salah menyatakan ataupun menyalahgunakan hubungan Anda dengan seseorang atau entiti;
- 7.9.4 Menerbitkan, menghantar, mengedar, sebarang maklumat yang membahayakan, mengacau, memfitnah, menghina, lucah, grafik porno, pedofilia, mengecam, mengganggu privasi orang lain, penuh kebencian, atau berbaur perkauman, etnik tidak berasas, remeh, atau berkaitan penggubahan wang haram atau perjudian, atau erti kata lainnya, dari segala sudut salah di sisi undang-undang; atau mengancam atau mengganggu secara tidah sah di sisi undang-undang.
- 7.9.5 Menghantar sebarang fail yang melanggar hakcipta, paten, atau cap dagangan entiti-entiti undang-undang yang lain.
- 7.9.6 Memuat naik atau mengedarkan fail yang mengandungi virus-virus, fail-fail yang rosak, atau sebarang perisian, atau program-program yang serupa yang boleh merosakkan operasi Laman Web/ App atau komputer lain;
- 7.9.7 Memuat turun sebarang fail yang dihantar oleh pengguna lain dari perkhidmatan yang anda ketahui, atau anda sepatutnya tahu, yang tidak mungkin boleh diedarkan secara sah;
- 7.9.8 Siasat, imbas, atau uji ketahanan Laman Web/ App atau sebarang rangkaian yang bersambung ke Laman Web/ App, mahupun melanggar keselamatan atau langkah-langkah pengesahan pada Laman Web/ App. Anda tidak boleh melakukan carian terbalik, menjejak, atau mencari jalan untuk menjejak sebarang informasi berkaitan pengguna lain, atau pelawat yang tiba ke Laman Web/ App, atau sebarang pelanggan Laman Web/ App, termasuklah sebarang akaun yang bukan kepunyaan Anda, ke sumbernya, atau mengeksploitasi Laman Web/ App atau Perkhidmatan atau maklumat yang dibenarkan atau ditawarkan oleh atau menerusi Laman Web/ App, dalam sebarang cara sama ada tujuannya untuk mendedahkan sebarang maklumat, termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat identiti peribadi, selain dari maklumat milik Anda sendiri, seperti mana yang diberikan oleh Laman Web/ App;
- 7.9.9. Mengganggu atau menghasilkan gangguan terhadap keselamatan, ataupun mendatangkan bahaya kepada Laman Web/ App, sumber-sumber sistem, akaun-akaun, kata laluan, pelayan, atau rangkaian yang disambungkan atau diakses melalui Laman Web/ App atau sebarang perkaitan atau laman yang dipautkan;
- 7.9.10. Mengumpulkan atau menyimpan data berkenaan pengguna-pengguna lain yang berkaitan dengan tingkah laku dan aktiviti-aktiviti yang dinyatakan di bahagian ini.
- 7.9.11. Menggunakan Laman Web/ App atau sebarang material atau Isi Kandungan bagi tujuan yang melanggar undang-undang atau dilarang oleh Syarat-Syarat Perkhidmatan ini atau meminta pelaksanaan sebarang aktiviti yang salah di sisi undang-undang atau aktiviti lain yang melanggar hak Laman Web/ App ini atau pihak ketiga yang lain;
- 7.9.12 Melanggar tatalaku atau garis panduan lain yang mungkin diperlukan untuk sebarang perkhidmatan tertentu;
- 7.9.13 Melanggar sebarang undang-undang yang boleh diguna pakai atau peraturan-peraturan yang dilaksanakan pada masa ini di dalam atau di luar Malaysia;
- 7.9.14 Melanggar Syarat-Syarat Perkhidmatan yang termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang Syarat-Syarat Tambahan yang digunakan di Laman Web/ App yang terdapat di sini atau tempat lain;
- 7.9.16 Mengancam perpaduan, integriti, pertahanan, keselamatan, atau kebebasan Malaysia, hubungan mesra yang terjalin dengan negeri-negeri asing, atau ketenteraman awam atau mencetuskan hasutan sehingga menyebabkan kesalahan yang diketahui atau menghalang penyiasatan bagi sebarang kesalahan atau menghina mana-mana negara lain.
- 7.9.17 Menerbitkan, menghantar, mengedarkan maklumat yang salah, tidak tepat, atau mengelirukan; melanggar sebarang undang-undang yang berkenaan atau peraturan-peraturan yang dilaksanakan pada masa ini di dalam mahupun di luar Malaysia;
- 7.9.18 Secara langsung atau tidak langsung, menawarkan, cuba untuk menawarkan, menjual, atau percubaan untuk menjual sebarang bahan, urusan yang dilarang atau dihadkan dalam apa cara sekalipun di bawah bidang kuasa undang-undang yang berkaitan, peraturan, ketetapan, atau garis panduan yang dilaksanakan pada masa ini.
- 7.9.19 Menyebabkan liabiliti kepada Kami atau menyebabkan Kami kehilangan (secara keseluruhan atau sebahagian) perkhidmatan-perkhidmatan pembekal servis internet ("ISP") atau pembekal-pembekal lain;
- 7.10 Walaupun Kami tidak dipertanggungjawabkan atau perlu menjawab kepada Pengguna terhadap tindak-tanduk di pihak Anda, pelanggaran klausa ini berpotensi dalam menyebabkan tindakan undang-undang jenayah dilakukan ke atas Anda, sama ada oleh Pengguna lain Laman Web ini atau oleh Kami. Kami boleh (dan anda dengan ini secara jelas membenarkan Kami untuk) menyertakan sebarang maklumat berkenaan Anda kepada penguasa undang-undang atau pegawai-pegawai lain kerajaan, kerana Kami, mengikut budi bicara Kami sendiri, percaya akan keperluan atau kesesuaian berkaitan penyiasatan dan/ atau penyelesaian jenayah yang mungkin terjadi, terutamanya jika ia melibatkan kecederaan diri.
- 7.11 Anda faham bahawa Kami mempunyai hak sepanjang masa untuk memberikan sebarang informasi (termasuklah identiti orang perseorangan yang memberikan informasi atau material ke Laman Web/ App) sebagai keperluan untuk memenuhi apa-apa undang-undang, peraturan, atau permohonan yang sah dari kerajaan. Ini mungkin termasuk, tanpa had, pendedahan informasi yang berkaitan dengan penyiasatan pendakwaan aktiviti haram atau keterbabitan dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang atau sebagai tindak balas terhadap perintah mahkamah atau sapina.
- 7.12 Kami tidak berkewajipan untuk memantau material yang di hantar ke Laman Web/ App. Kami bagaimanapun mempunyai hak untuk mengeluarkan atau mengubah sebarang Isi Kandungan berdasarkan budi bicara Kami sepenuhnya yang melanggar, atau dituduh melanggar, sebarang undang-undang yang dilaksanakan atau menurut intipati surat Syarat-Syarat Perkhidmatan ini. Walau bagaimanapun, ANDA ADALAH BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA UNTUK ISI KANDUNGAN MATERIAL YANG ANDA HANTARKAN KE LAMAN WEB/ APP INI.
- 7.13 Kami tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan atau mempunyai sebarang liabiliti terhadap sebarang Isi Kandungan yang dihantar atau sebarang tuntutan, kerosakan, atau kehilangan yang diperolehi hasil daripada penggunaan Isi Kandungan dan/ atau paparan Isi Kandungan di dalam App.
- 7.14 Anda dengan ini mewakili dan menjamin bahawa Anda mempunyai segala hak yang diperlukan dalam atau untuk semua Isi Kandungan di mana Anda memberikan dan semua maklumat yang terkandung dan Isi Kandungan tersebut tidak melanggar hakmilik atau hak-hak lain kepunyaan pihak ketiga atau mengandungi sebarang maklumat yang memfitnah, berlaku kejam, atau sebaliknya informasi yang tidak mengikut lunas undang-undang.
- PEMBATALAN DAN BAYARAN SEMULA
- 8.1 Laman Web/ App hanyalah merupakan perantara yang menyambungkan Pengguna dengan Profesional Perubatan/ Farmasi/ Pemeriksaan Kesihatan di Hospital dan pemberi-pemberi perkhidmatan lain/ dsb. mengikut tempahan perkhidmatan. Apabila temujanji telah dibuat dan pengesahan telah diberi kepada Pengguna, Syarikat akan memaklumkan kepada Pemberi Perkhidmatan yang terbabit yang akan menjalankan konsultasi/ memberikan perkhidmatan mengikut masayang dipersetujui, lokasi, dan mod yang disediakan pada masa tempahan perkhidmatan. Ini adalah termasuk pengeluaran preskripsi ubat-ubatan oleh Profesional Perubatan dan juga penghantaran ubat-ubatan selanjutnya kepada Pengguna.
- 8.2 Bagi perkhidmatan telekonsultasi, apabila temujanji telah dibuat dan ditetapkan di pihak Kami, tiada amaun yang akan dipulangkan, sekiranya pembatalan adalah dilakukan oleh Pengguna.
- 8.3 Sekiranya preskripsi ubat-ubatan telah diberikan oleh Profesional Perubatan dan Pengguna membuat keputusan untuk membeli sendiri ubat-ubatan di mana tempahan telah ditetapkan di pihak Kami, tiada amaun yang akan dipulangkan, sekiranya pembatalan adalah dilakukan oleh Pengguna.
- 8.4 Walaubagaimanapun, terdapat keadaan-keadaan tertentu, Syarikat mengikut budi bicaranya akan membenarkan pemulangan semula amaun penuh atau sebahagian amaun sekiranya Profesional Perubatan tidak berkelapangan, atau sekiranya Profesional Perubatan alternatif yang diberikan untuk konsultasi atau tiada ubat-ubatan gantian yang boleh dikeluarkan (termasuk kos penghantaran sekiranya perlu). Keputusan Syarikat adalah muktamad berdasarkan kes-kes sebegini.
- 8.5 Untuk Pemberi Perkhidmatan selain daripada Profesional Perubatan, syarat dan terma pembatalan adalah menurut polisi-polisi mereka sendiri. Pengguna dinasihatkan untuk membaca dan memahami polisi-polisi ini sebelum melakukan komitmen.
- LOKASI
- 9.1 Buat masa ini, Kami menyediakan ruangan chat, panggilan telefon, panggilan video, dan servis penghantaran ubat-ubatan di dalam Malaysia. Walaupun kami boleh menerima permintaan konsultasi dari mana-mana lokasi di dunia, kami hanya boleh menghantar ubat-ubatan dan/ atau servis yang dinyatakan di sini di Malaysia sahaja buat masa ini.
- PENAFIAN
- 10.1 Anda memahami bahawa Laman Web/ App ini merupakan sebuah platform di mana Pengguna menggunakan perkhidmatan/ kepakaran yang disediakan di sini.
- 10.2 Khidmat Telekonsultasi
- 10.2.1 Laman Web/ App Kami merupakan sebuah platform untuk Pengguna mengenalpasti Profesional Perubatan dan membuat temujanji untuk chat, panggilan telefon, atau konsultasi melalui video. Walaupun Kami telah mengambil semua langkah-langkah yang perlu untuk mengesahkan ketulenan Profesional Perubatan, Anda perlu mengambil maklum bahawasanya Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kekurangan yang termasuk tetapi tidak terhad kepada salahlaku, menyebabkan kecederaan, atau kekurangan pengetahuan dari sudut Profesional Perubatan. Kami bukanlah pihak yang terbabit di dalam interaksi tersebut dan kami tidak mengambil sebarang liabiliti yang terhasil daripada tindak-tanduk Profesional Perubatan;
- 10.2.2 Izin Maklum:
- 10.2.2.1 DoctorOnCall menyediakan sebuah platform yang menyampaikan perkhidmatan telekonsultasi yang menggunakan audio interaktif dan teknologi video, di mana pesakit dan Profesional Perubatan tidak berada di lokasi fizikal yang sama. Semasa telekonsultasi Anda bersama profesional perubatan, maklumat terperinci berkaitan sejarah kesihatan dan maklumat kesihatan diri boleh dibincangkan bersama anda menerusi penggunaan video interaktif, audio, dan teknologi telekomunikasi yang lain, dan Profesional Perubatan anda boleh melakukan pemeriksaan fizikal melalui teknologi-teknologi ini.
- 10.2.2.2 Perkhidmatan telekonsultasi yang anda terima daripada Profesional Perubatan bukanlah bertujuan untuk menggantikan hubungan bersama doktor penjagaan peribadi atau menjadi rumah perubatan kekal anda.
- 10.2.2.3 Anda perlu mendapatkan bantuan kecemasan atau penjagaan lanjutan sepertimana yang dicadangkan oleh Profesional Perubatan atau apabila diperlukan, dan terus menerus mendapatkan konsultasi doktor penjagaan peribadi anda dan profesional perubatan lain seperti yang dicadangkan.
- 10.2.2.4 Anda mempunyai akses langsung ke perkhidmatan sokongan pelanggan untuk mendapatkan lanjutan reaksi ubat-ubatan, kesan sampingan, atau kejadian yang tidak diinginkan yang lain.
- 10.2.2.5 Di antara faedah-faedah perkhidmatan kami adalah memperbaiki akses untuk profesional kesihatan dan kemudahan. Walau bagaimanapun, seperti mana perkhidmatan kesihatan yang lain, terdapat potensi risiko yang dikaitkan dengan penggunaan telekesihatan. Risiko-risiko ini termasuklah, tetapi tidak terhad kepada:
- (i) Dalam kes terpencil, maklumat yang disalurkan mungkin tidak mencukupi (contohnya: resolusi imej adalah rendah) bagi membolehkan keputusan di buat berkenaan penjagaan kesihatan yang sewajarnya oleh Profesional Kesihatan;
- (ii) Kelewatan dalam penilaian atau rawatan mungkin berlaku kerana kegagalan barangan elektronik. Sekiranya ini terjadi, anda mungkin dihubungi melalui telefon atau kaedah-kaedah komunikasi yang lain.
- (iii) Dalam kes terpencil, kekurangan akses terhadap semua rekod kesihatan mungkin menyebabkan kesan-kesan interaksi ubat-ubatan yang tidak diingini atau reaksi alergi atau penilaian yang salah;
- (iv) Walaupun sistem elektronik yang kami gunakan akan menggabungkan jaringan dan protokol keselamatan perisian untuk melindungi privasi dan keselamatan maklumat kesihatan, walaupun jarang berlaku, protokol keselamatan mungkin gagal, menyebabkan pelanggaran privasi maklumat kesihatan peribadi.
- 10.3 Farmasi Atas Talian
- 10.3.1 Kami menyediakan Pengguna dengan akses untuk membeli produk-produk kesihatan dari mana-mana farmasi yang terdapat di Laman Web/ App;
- 10.3.2 Untuk Farmasi Atas Talian, Lama Web/ App kami merupakan sebuah platform untuk Pengguna membeli ubat-ubatan dan produk-produk kesihatan yang telah ditetapkan Profesional Perubatan.
- 10.3.3 Pengguna boleh membeli sebarang ubat-ubatan atau produk-produk kesihatan tersebut di kaunter.
- 10.3.4Pengguna dinasihatkan untuk membaca preskripsi, petunjuk kontra, dan membeli berdasarkan preskripsi yang diberikan Profesional Perubatan sebelum membeli produk-produk kesihatan dari atas talian.
- 10.3.5 Dengan pembelian daripada farmasi atas talian kami, Pengguna memaklumi bahawa ubat-ubatan dan produk-produk kesihatan yang dibeli akan dihantar melalui servis kurier yang dipilih oleh DoctorOnCall dan rakan farmasinya.
- 10.3.6Pengguna perlu mematuhi polisi-polisi pembatalan/ pengembalian/ pemulangan wang yang tertera di mukasurat produk di farmasi atas talian.
- 10.4 Pemeriksaan kesihatan dan Perkhidmatan-Perkhidmatan Lain yang kami sediakan kepada pengguna dengan akses seperti yang dinyatakan.
- 10.4.1 Pengguna yang berhasrat untuk melalukan pemeriksaan kesihatan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain untuk dijalankan di hospital/ pusat pemeriksaan kesihatan/ kemudahan perkhidmatan masing-masing/ lokasi terpilih/ rumah perlu:
- 10.4.1.1 Klik pada pautan yang berkenaan di mana anda akan diberi panduan dan arahan sewajarnya untuk menempah jenis perkhidmatan yang diperlukan;
- 10.4.1.2 Pilih ujian yang dimahukan/ perkhimatan yang dikehendaki;
Masukkan maklumat yang diperlukan – Contohnya; nama, maklumat perhubungan, waktu temujanji yang diingini, dsb. pada kolum yang betul;
- 10.4.1.3 Temujanji akan ditetapkan oleh pemberi perkhidmatan pada masa yang dipersetujui bersama.
- 10.4.1.4 Perkhidmatan akan diberikan pada lokasi/ di rumah (untuk DOC@Pakej Rumah), atau di klinik/ makmal tertentu (untuk pakej-pakej lain).
- 10.4.1.5 Seorang Profesional Perubatan akan menghubungi Pengguna untuk mengkaji/ menafsir keputusan pemeriksaan kesihatan (sekiranya perlu) dan menasihati Pengguna sekiranya rawatan lanjut/ ubat-ubatan diperlukan.
- 10.4.2 Oleh yang demikian, Pengguna boleh memilih untuk menerima rawatan lanjut/ ubat-ubatan sepertimana yang dinasihatkan oleh Profesional Perubatan sebagai sebahagian keputusan penafsiran.
- 10.5 Dengan menerima Syarat-Syarat Penggunaan ini, anda mengambil maklum dan anda faham serta bersetuju dengan perkara-perkara berikut:
- 10.5.1 Anda faham bahawa anda mungkin menjangkakan faedah-faedah daripada penggunaan telekesihatan dalam penjagaan anda, tetapi tiada keputusan yang mendapat jaminan atau kepastian.
- 10.5.2 Anda faham bahawa undang-undang yang melindungi privasi dan keselamatan maklumat kesihatan juga merangkumi telekesihatan, dan anda telah menerima Notis Amalan Privasi dari DoctorOnCall, di mana perlindungan-perlindungan ini telah dijelaskan secara lebih mendalam.
- 10.5.3 Komunikasi elektronik yang ditujukan kepada Profesional Kesihatan anda dan mereka di awasi melalui antara muka video yang dilindungi, selamat dan rekod kesihatan elektronik.
- 10.5.4 Profesional Perubatan anda mungkin merasakan bahawa sebahagian atau keseluruhan perkhidmatan adalah tidak bersesuaian dengan rawatan yang anda perlukan, dan mungkin memilih untuk tidak memberikan perkhidmatan telekesihatan kepada anda melalui laman web ini.
- 10.5.5 Semua Profesional Kesihatan yang berkhidmat melalui DoctorOnCall adalah Profesional Perubatan bebas yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perkhidmatan yang diberikan kepada anda.
- 10.5.6 DoctorOnCall bukanlah pengamal perubatan ataupun menonjolkan diri sebagai salah satu profession berlesen yang lain dan tidak akan mencampuri urusan pengamal perubatan atau sebarang profesion berlesen yang lain kerana mereka bertanggungjawab ke atas perkhidmatan, dan pematuhan peraturan-peraturan yang dikehendaki oleh profesion dan lesen masing-masing.
- 10.5.7 DoctorOnCall atau mana-mana pihak ketiga lain yang mempromosikan perkhidmatan atau memberikan anda dengan pautan yang berkaitan dengan perkhidmatan adalah tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang khidmat nasihat profesional yang diperolehi dari Profesional Perubatan melalui perkhidmatan ini
- 10.5.8 Semua komunikasi di antara pemberi perkhidmatan dan Anda adalah merupakan transaksi yang berbeza termasuklah tanpa sebarang had semua jaminan yang berkaitan konsultasi dan perkhidmatan selepas konsultasi yang berkaitan dengan konsultasi yang telah diberikan. Kami tidak mempunyai kawalan di atas maklumat tersebut dan kami tidak memainkan sebarang peranan yang nyata dalam mencapai penyelesaian yang sama dan makanya kami tidak bertanggungjawab di atas komunikasi yang telah berlaku.
- 10.5.9 Kami akan memastikan semua Profesional Perubatan menyediakan audio/ video konsultasi dan e-preskripsi adalah layak sepenuhnya dan berdaftar dengan Malaysia Medical Council (MMC) dan mempunyai Annual Practicing Certificate (APC) yang sah. Ahli farmasi yang diwakili adalah berdaftar sebagai pemegang lesen Type A Poison Licences holder sepertimana peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi dengan Lembaga Farmasi Malaysia.
- 10.5.10 Untuk perkhidmatan chat percuma, kebanyakan persoalan dan perbualan asas akan dikendalikan oleh konsultan penjagaan pesakit kami. Konsultan penjagaan pesakit berperanan untuk menjawab soalan-soalan asas anda bagi tujuan saringan sebelum meneruskan konsultasi perubatan dengan Profesional Perubatan. Sebarang maklumat yang didapati dari konsultan penjagaan pesakit tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan.
- 10.5.11 Kami tidak menyokong mana-mana Profesional Perubatan tertentu di App mahupun meletakkan sebarang jaminan ke atas kualiti dan nilai servis atau nasihat yang diberikan. Sebarang syor yang dilakukan oleh pengguna lain adalah tidak disahkan atau mendapat maklum Syarikat.
- 10.5.12 Tambahan lagi, kami mungkin menyarankan rawatan atau perkhidmatan yang sesuai dengan maklumat anda berdasarkan pengetahuan kami tetapi Kami tidak menjamin sebarang keberkesanan atau kejayaan dengan penggunaan perkhidmatan-perkhidmatan ini.
- 10.5.13 Tertakluk kepada sub-klausa di atas, wujudnya perjanjian di antara Profesional Perubatan dan Anda dan sebarang pelanggaran perjanjian dan dengan demikian, sekiranya terdapat sebarang tuntutan yang terjadi dari pelanggaran tersebut adalah di antara Profesional Perubatan dan Anda sahaja dan kami adalah pihak yang tidak termasuk sama sekali dengan pelanggaran tersebut atau terlibat dengan saman-menyaman yang terjadi dari pelanggaran tersebut.
- 10.5.14 Isi Kandungan Laman Web/ App adalah bersifat umum dan ringkas dan disediakan bagi tujuan informasi semata-mata. Isi Kandungan Laman Web dan App, merangkumi dan tidak terhad kepada, teks, salinan, audio, video, gambar-gambar, ilustrasi, grafik, dan visual-visual lain, adalah bagi tujuan informasi sahaja dan bukanlah merupakan nasihat profesional atau cadangan dalam sebarang bentuk.
- 10.5.15 Kebergantungan kepada sebarang Isi Kandungan yang diberikan di Laman Web/ App atau sebarang pautan di Laman Web/ App DoctorOnCall adalah risiko anda sendiri. Kami mempunyai hak untuk menukar atau menghentikan, pada sebarang waktu, mana-mana aspek atau ciri-ciri Laman Web/ App ini.
- 10.5.16 Anda dengan ini memberikan Kami hak bukan-ekslusif, seluruh dunia, kekal, tidak boleh ditarik semula, tanpa royalti, hak separa-berlesen untuk hakcipta, publisiti, dan hak pangkalan data yang anda punyai di bawah informasi anda, di sebarang media sama ada yang diketahui sekarang atau kini tidak diketahui, berkenaan maklumat Anda bagi membolehkan kami menggunakannya bagi tujuan memberikan perkhidmatan.
- 10.5.17 Anda dengan ini tanpa syarat dan dengan persetujuan yang tidak boleh ditarik semula telah memberikan Kami kebenaran untuk mengumpul, memegang, menggunakan, memadam, menyertakan, memindahkan, mentadbir, menyimpan, dan memproses (di dalam atau di luar Malaysia) dengan cara lain, semua maklumat peribadi anda (termasuk maklumat peribadi yang sensitif dan data peribadi pihak lain yang anda berikan) sama ada diberikan sekarang ataupun didapatkan secara berterusan dari semasa ke semasa, yang mungkin mengandungi tetapi tidak terhad kepada nama, nombor IC/ nombor Passport, maklumat perhubungan, maklumat berkaitan perubatan bagi kegunaan dalaman dan rekod kami.
- 10.5.18 Anda dengan ini tanpa syarat dan dengan persetujuan yang tidak boleh ditarik semula telah memberikan Kami kebenaran untuk mendedahkan dan mengeluarkan data peribadi anda kepada pemberi perkhidmatan pihak ketiga, ejen-ejen, dan organisasi-organisasi lain yang bekerjasama dengan kami bagi menjalankan mana-mana fungsi atau perkhidmatan kepada anda.
- 10.5.19 Anda dengan ini bersetuju tanpa syarat dan tidak boleh ditarik balik membenarkan Kami mendedahkan dan mengeluarkan data peribadi anda bagi tujuan yang diperlukan peraturan dan undang-undang.
- 10.5.20 Anda melepaskan dan membayar ganti rugi kepada Kami dan/ atau mana-mana pegawai dan wakil dari dikenakan sebarang bayaran, kerosakan, liabiliti, atau akibat-akibat lain yang terjadi dari salah laku Pengguna Laman Web/ App terutamanya mengenepikan sebarang tuntutan yang mungkin anda punyai di bawah undang-undang yang berkaitan. Sila ambil maklum bahawa terdapat risiko dalam berurusan dengan orang yang di bawah umur atau orang yang bertindak menggunakan alasan palsu.
- MEMATUHI UNDANG-UNDANG
- 11.1 Pengguna Laman Web/ App perlu mematuhi semua undang-undang yang relevan untuk mereka dalam penggunaan Kemudahan Pembayaran dan Laman Web ini.
- PENAFIAN JAMINAN DAN LIABILITI
- 12.1Anda secara jelas faham dan bersetuju, tahap maksima yang dibenarkan oleh undang-undang berkaitan:
- 12.1.1 Laman web, perkhidmatan, dan material-material lain yang ada di laman web ini adalah berdasarkan “sebagai mana adanya” tanpa jaminan dalam sebarang bentuk, tersurat, tersirat, berkanun, atau sebaliknya, termasuklah jaminan tersirat hak milik, tanpa pelanggaran, kebolehdagangan, atau ketetapan bagi tujuan tertentu. Tanpa mengehadkan perkara di atas, kami tidak menjamin bahawa:
- 12.1.1.1 Keperluan Anda akan dipenuhi atau perkhidmatan yang diberikan adalah tanpa gangguan, tepat pada masanya, selamat dan tanpa kesalahan;
- 12.1.1.2 Material dan maklumat yang diperolehi dan keputusan adalah efektif, tepat, atau boleh dipercayai;
- 12.1.1.3 Sebarang kesilapan atau kerosakan pada Laman Web, perkhidmatan, atau material lain akan diperbetulkan.
- 12.1.2 Kami tidak menanggung sebarang liabiliti yang berkaitan dengan isi kandungan pengguna yang timbul di bawah hak harta intelek, fitnah, privasi, publisiti, kelucahan, atau undang-undang lain. Kami juga menolak semua tanggungjawab berkenaan penyalahgunaan, kehilangan, penggubahan, atau ketidakadaan Isi Kandungan mana-mana pengguna.
- 12.1.3 Pengguna faham dan bersetuju bahawa sebarang material atau data yang dimuat turun atau di ambil dari Laman Web adalah dilakukan oleh mereka sendiri dan risiko dan hanya mereka sahaja yang akan bertanggungjawab sekiranya terjadi sebarang kerosakan kepada sistem komputer atau kehilangan data yang terhasil dari muat turun material atau data tersebut.
- 12.1.4 Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kesalahan ejaan yang menyebabkan kupon tidak boleh digunakan. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kesilapan atau pengecualian, berkenaan mana-mana maklumat yang diberikan kepada anda sama ada mewakili kami atau pihak ketiga.
- 12.1.5 Kami tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang produk atau perkhidmatan dari pihak ketiga.
- INDEMNIFIKASI DAN PEMBATASAN TANGGUNGJAWAB
- 13.1 Anda bersetuju untuk membayar ganti rugi, membela, dan tidak membahayakan Laman Web ini termasuk tetapi tidak terhad kepada pembekal berkaitan, ejen, dan pekerja dari dan terhadap sebarang dan semua kerugian, liabiliti, tuntutan, kerosakan, permintaan, kos, dan perbelanjaan (termasuk yuran guaman dan pengeluaran yang berkaitannya dan faedah yang dikenakan keatasnya) dikerahkan ke atas atau ditanggung oleh kami yang timbul dari, terhasil daripada, atau mungkin dibayar berdasarkan, sebarang pelanggaran atau ketidakpatuhan perwakilan, jaminan, kuatkuasa, atau perjanjian yang dibuat atau kewajipan yang perlu dilaksanakan oleh anda berdasarkan syarat-syarat penggunaan ini.
- 13.2 Lanjutan itu, anda bersetuju untuk melepaskan kami dari sebarang bahaya terhadap sebarang tuntutan yang dibuat oleh pihak ketiga oleh kerana, terhasil dari, atau berkaitan dengan, penggunaan laman web, sebarang tuntutan yang mengatakan material anda menyebabkan kerosakan kepada pihak ketiga, pelanggaran syarat-syarat perkhidmatan oleh anda, atau pelanggaran mana-mana hak pihak lain, termasuklah sebarang hak harta intelek, adalah tidak mungkin kami, pegawai-pegawai kami, pengarah-pengarah, pekerja, rakan kongsi, atau pembekal akan dipertanggungjawabkan kepada anda atau mana-mana pihak ketiga untuk apa-apa yang khas, kemalangan, tidak langsung, berterusan, atau sebarang bentuk hukuman setimpal, termasuklah yang disebabkan oleh kehilangan hak penggunaan, data atau keuntungan, atau berlandaskan sebarang teori liabiliti, termasuk pelanggaran perjanjian atau jaminan, kecuaian atau tindakan lain yang menyakitkan, atau tuntutan lain yang timbul atau berkaitan dengan penggunaan atau akses anda ke laman web, perkhidmatan, atau bahan.
- 13.3Had dan pengecualian dalam bahagian ini berlaku sejauh yang dibenarkan oleh undang-undang semasa.
.
- KEBOLEHCAPAIAN
- 14.1 Sekiranya peruntukan terma-terma dan syarat-syarat ini ditentukan oleh sebarang mahkamah atau pihak berkuasa yang kompeten sebagai tidak sah dan/ atau tidak boleh dilaksanakan, peruntukan-peruntukan lain akan terus dilaksanakan. Sekiranya ada peruntukan yang tidak sah dan/ atau tidak dapat dilaksanakan akan sah atau dapat dilaksanakan jika sebahagian daripadanya dipadam, maka bahagian tersebut akan dianggap sebagai padam, dan peruntukan lainnya akan diteruskan.
- PELANGGARAN TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT
- 15.1 Tanpa menjejaskan hak kami yang lain di bawah Terma-Terma Penggunaan ini, hak anda di bawah Perjanjian ini akan berakhir secara automatik tanpa notis sekiranya Anda gagal mematuhi syarat-syaratnya. Sekiranya Anda tidak mematuhi syarat-syarat, Kami berhak mengambil sebarang tindakan yang Kami anggap sesuai. Kami mungkin menamatkan Perjanjian atau menghadkan, menangguhkan, atau menghentikan akses Anda ke laman web atau penggunaan perkhidmatan oleh anda mengikut budi bicara Kami tanpa notis pada bila-bila masa dan/ atau membawa prosiding pengadilan terhadap Anda, termasuk jika Kami mengenalpasti bahawa penggunaan oleh Anda melanggar Perjanjian, tidak wajar, secara terus melebihi atau berbeza dari penggunaan biasa oleh pengguna lain, atau melibatkan penipuan atau penyalahgunaan perkhidmatan atau merosakkan kepentingan kami atau kepentingan pengguna perkhidmatan atau pihak ketiga yang lain.
- TANPA PENGABAIAN
- 16.1 Kegagalan kami untuk memastikan atau menegaskan pematuhan ketat oleh anda terhadap perjanjian ini tidak mengabaikan sebarang hak kami.
- PENYELESAIAN KEPADA PERTIKAIAN
- 17.1 Syarat-Syarat Perkhidmatan ini akan dilaksanakan oleh dan ditafsirkan sesuai dengan undang-undang Malaysia tanpa mempedulikan pertikaian peruntukan undang-undang. Sebarang kegagalan Laman Web/ App/ Syarikat untuk menguatkuasakan atau menjalankan peruntukan Perjanjian ini atau hak yang berkaitan tidak akan menjadi pengabaian hak atau peruntukan tersebut. Tajuk bahagian yang digunakan dalam perjanjian ini adalah untuk kemudahan semata-mata dan tidak membawa kesan undang-undang atau perjanjian. Sekiranya Perjanjian ini ditamatkan dengan alasan apa pun, anda bersetuju bahawa ketentuan berikut akan diteruskan: peruntukan berkaitan had penggunaan isi kandungan oleh anda, lesen-lesen yang telah anda berikan kepada Laman Web/ App/ Syarikat, dan semua peruntukan lain yang mana kelangsungan adalah adil atau bersesuaian.
- 17.2 Sekiranya terdapat konflik di antara syarat-syarat ini dan syarat-syarat mana-mana pernyataan atau polisi yang boleh dibaca elektronik atau mesin, Syarat Perkhidmatan ini akan menerajui. Begitu juga, sekiranya berlaku konflik di antara syarat-syarat ini dan Polisi Privasi kami, Syarat-Syarat Perkhidmatan ini akan menerajui.
- 17.3 Semua Pihak dengan jelas bersetuju bahawa Syarat-syarat, Polisi, dan perjanjian lain yang dimeterai di antara semua pihak dilindungi di bawah undang-undang, panduan-panduan, dan peraturan-peraturan di Malaysia, dan akan memiliki bidang kuasa eksklusif ke atas sebarang perselisihan yang timbul di antara semua pihak.
- PELBAGAI
- 18.1 Kami mempunyai hak untuk menukar Syarat-Syarat Perkhidmatan pada bila-bila masa mengikut budi bicara kami dan untuk memaklumkan Pengguna bahawa sebarang perubahan dengan hanya menukar Syarat-syarat Perkhidmatan. Penggunaan berterusan Laman Web/ App oleh anda selepas makluman perubahan Terma-Terma Perkhidmatan diberikan menandakan anda bersetuju dengan perubahan yang dilaksanakan.
- 18.2 Penggunaan Laman Web/ App ini sebelum Terma-Terma Perkhidmatan dihantar akan ditentukan oleh Terma-Terma Perkhidmatan yang berkuatkuasa semasa penggunaan anda. Kami boleh mengubah, menangguhkan, menghentikan, atau menyekat penggunaan mana-mana bahagian, termasuklah bahagian isi kandungan sedia ada pada bila-bila masa, tanpa notis, atau liabiliti.
- 18.3 Kami boleh menyekat akses mana-mana orang atau pengguna pada bila-bila masa menggunakan mana-mana alasan. Sebagai tambahan, kami pada bila-bila masa mengubah hak-hak dan tanggungjawab di bawah Perjanjian kepada pihak yang berkaitan, subsidiari atau unit perniagaan, atau syarikat-syarikat berkaitan atau bahagian-bahagian atau sebarang entiti yang mengambil alih Kami atau aset-aset mereka.
- 18.4 Kami dengan ini berhak untuk menyekat penggunaan Laman Web/ App sekiranya terdapat pelanggaran Syarat-syarat Perkhidmatan yang disebabkan oleh Pengguna. Ini sama sekali tidak boleh ditafsirkan sebagai pengabaian hak undang-undang di bawah undang-undang Malaysia untuk menuntut sebarang kerosakan atau memulakan prosiding undang-undang terhadap Pengguna.
Dengan menggunakan DoctorOnCall, anda dengan jelas mengakui bahawa anda telah membaca, memahami, dan mengambil langkah-langkah untuk mempertimbangkan kesan Perjanjian ini, anda juga bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat Perjanjian ini, dan anda layak untuk menandatangani Perjanjian ini dengan DoctorOnCall.
In the event of any conflict between the version in English and other language versions, the English version shall prevail.
Sekiranya berlaku apa-apa percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa lain, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
Tarikh kemas kini: 15 June 2021