Tahun 2020 adalah tahun bersejarah yang akan sentiasa segar dalam ingatan kita sepanjang hayat sebagai tahun yang mengubah dunia. Oleh itu, kami mengalu alukan semua lapisan masyarakat untuk turut serta bersama kami dalam mengucapkan penghargaan dan terima kasih buat 270,000 wira yang berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia serta mereka yang turut menyumbang tenaga membantu mereka sebagai benteng pertahanan utama dalam peperangan dengan wabak COVID-19. Jutaan terima kasih di atas pengorbanan yang tidak ternilai serta penat lelah anda semua sepanjang menangani krisis global ini.
Sebagai langkah menyokong Kementerian Kesihatan Malaysia, DoctorOnCall sentiasa komited dalam usaha memastikan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berpatutan dapat dinikmati semua. Bagi melindungi semua dari virus yang tidak mengenal siapa mangsanya, rakyat Malaysia boleh menikmati akses kepada perkhidmatan kesihatan digital dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia.