Disclaimer
1. Laman sesawang ini adalah khas untuk mengatur temu janji bagi sesi konsultasi dengan doktor. Tempahan temu janji bagai sebarang prosedur rawatan, penambahan bekalan ubat-ubatan dan masalah pergigian tidak akan dilayan.
2. Semua pesakit yang disyaki menghidap penyakit berjangkit akan terus dirujuk ke Klinik Penyakit Berjangkit. Oleh itu, masa temu janji tidak tertakluk bagi kes sebegini.
3. Sistem temu janji ini tidak merangkumi penjagaan sebelum kehamilan, ketika hamil, selepas bersalin, vaksin atau pemeriksaan rutin bagi kanak-kanak.
4. Laman sesawang ini tidak berfungsi sebagai talian kecemasan. Pengguna tidak seharusnya menggunakan laman ini untuk mendapatkan bantuan perubatan kecemasan.
5. Setiap konsultasi akan berlangsung selama 15 minit. Namun begitu, jangka masa konsultasi adalah bergantung kepada keadaan pesakit dan sebarang prosedur atau ujian yang perlu dilakukan (Seperti EKG, sedutan nebuliser, ujian darah dan imejan). Kami akan cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik berdasarkan masa temu janji, namun ia mungkin berubah atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
6. Pesakit perlu mematuhi masa temu janji yang diatur dan dinasihatkan untuk datang 30 minit lebih awal dari masa temu janji atau sekurang-kurangnya 15 minit awal. Pesakit yang tidak mematuhi masa temu janji akan ditukar status sebagai pesakit yang datang tanpa temu janji.
7. Setiap pesakit diwajibkan untuk jujur dan telus dalam memaklumkan masalah kesihatan utama anda.
8. Sila tunjukkan email aturan temujanji anda di kaunter informasi.