attention
Visit DoctorOnCall Singapore

Timolol

Penerangan Tentang Timolol

Kegunaan Timolol

Timolol is commonly used in the treatment of glaucoma and ocular hypertension.

Bagaimana Timolol Berfungsi

Timolol ialah reseptor blocker beta-adrenergic. Walau bagaimanapun, mekanisme untuk mengurangkan tekanan okular tidak diketahui tetapi hipotesis menyatakan pengurangan rembesan humor akueus dalam mata.

Kesan Sampingan Timolol

Rasa pedih sensasi mata, Pengurangan tekanan darah, degupan jantung yang tidak teratur, kegagalan jantung kongestif, Sakit kepala, pening, keletihan, sakit perut dan rasa tidak selesa, paras gula darah rendah, Sembelit.

Dikemaskinikan pada : Fri Jul 08 2022 11:34:42 GMT+0800 (Malaysia Time)

Amaran Tentang Timolol

Arak Tidak Disarankan

Minum arak semasa mengambil Timolol boleh menyebabkan pening dan mengantuk yang boleh menjadi punca kecederaan sampingan.

Kehamilan Tidak Disarankan

Kajian timolol di kalangan wanita hamil tidak mencukupi tetapi ada insiden perenecatan pertumbuhan rahim yang menyebabkan pertumbuhan janin terjejas jika diambil secara lisan. Oleh itu, penggunaan timolol perlu dihadkan semasa hamil melainkan jika ia adalah jelas diperlukan. Sila dapatkan nasihat doktor.

Penyusuan Tidak Disarankan

Timolol dikeluarkan dalam susu ibu. Walau bagaimanapun, tidak mungkin jumlah dos terapeutik timolol dalam titisan mata yang besar akan didapati dalam susu ibu akan menghasilkan gejala klinikal dalam bayi.

Memandu Kenderaan Tidak Disarankan

Jangan memandu kecuali anda sihat. Timolol boleh menyebabkan kesan sampingan seperti pening, sakit kepala, loya atau palpitasi, semua yang boleh menjejaskan keupayaan untuk menumpukan perhatian dan memandu.

Buah Pinggang Guna Dengan Berhati-hati

Timolol dieksresi terutamanya melalui buah pinggang. Oleh itu pengurangan dos perlu dalam pesakit yang mempunyai fungsi buah pinggang yang kurang

Hati Guna Dengan Berhati-hati

Timolol dimetabolismekan sebahagiannya dalam hati. Oleh itu, pengurangan dos perlu diambilkira untuk mereka yang mempunyai kekuarngan fungsi hati.

Home
Category
Reward
Cart
Account