attention
Visit DoctorOnCall Singapore

Vitamin D

Penerangan Tentang Vitamin D

Kegunaan Vitamin D

Vitamin D is commonly used to treat or to prevent Rickets.

Bagaimana Vitamin D Berfungsi

Vitamin D adalah vitamin larut lipid dan melibatkan dalam kalsium dan metabolisme hormon paratiroid. Ia akan menentang hormon paratiroid yang boleh menyebabkan pelepasan kalsium daripada tulang dan boleh meningkatkan penyerapan kalsium daripada usus.

Kesan Sampingan Vitamin D

Loya, muntah, sembelit, kurang selera makan, sakit tulang, lemah otot, Celaru, batu dalam buah pinggang, haus, kencing yang kerap, kegagalan buah pinggang

Dikemaskinikan pada : Fri Jul 08 2022 11:34:42 GMT+0800 (Malaysia Time)

Amaran Tentang Vitamin D

Arak Selamat

Tidak ada interaksi yang diketahui antara alkohol dan vitamin D.

Kehamilan Data Terhad

Kajian ke atas haiwan yang mengambil dos yang tinggi menunjukkan kesan teratogenik tetapi tiada data terkawal untuk wanita hamil. Ia perlu diberi sebagai vitamin tambahan beberapa bulan sebelum mengandung kerana kekurangan berkaitk rapat dengan pertumbuhan janin, hypocalcemia neonatal, riket, dan kerosakkan enamel gigi.

Penyusuan Selamat

Vitamin D boleh dikeluarkan di dalam susu ibu. Walau bagaimanapun, pengambilan dos besar vitamin D oleh ibu menyusu boleh menyebabkan hypercalcemia dalam bayi yang diberi susu ibu. Jadi, pemantauan serum kalsium bayi perlu dibuat jika ibu menyusu mengambil dos farmakologi vitamin D.

Memandu Kenderaan Selamat

Vitamin D tidak mempunyai kesan ke atas keupayaan untuk memandu.

Buah Pinggang Guna Dengan Berhati-hati

Vitamin D harus digunakan dengan berhati-hati untuk pesakit yang tidak mengalami kekurangan vitamin ini kerana ia boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang. pelarasan dos Vitamin D mungkin diperlukan. Sila dapatkan nasihat doktor.

Hati Selamat

Vitamin D adalah selamat untuk digunakan untuk pesakit dengan penyakit hati.

Home
Category
Reward
Cart
Account