Denggi dan Malaria: Adakah Ia Sama?
Denggi dan malaria merupakan dua penyakit yang disebarkan oleh nyamuk dan boleh menjadi maut sekiranya tidak dirawat dengan baik.[1] Baca lanjut untuk memahami perbezaan antara denggi dan malaria.
Apa Itu Denggi?
Denggi adalah penyakit yang disebabkan oleh virus dan ditularkan melalui gigitan nyamuk Aedes.[2] Di Malaysia, kes denggi meningkat daripada 66,102 kes pada tahun 2022 kepada 123,133 kes pada tahun 2023, peningkatan sebanyak 86%. Wabak ini sering berlaku di kawasan yang padat penduduk seperti Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya.[3]
Apa Itu Malaria?
Malaria pula adalah penyakit yang disebabkan oleh parasit dan ditularkan oleh nyamuk Anopheles. Walaupun Malaysia berjaya menghapuskan jangkitan malaria manusia dari tahun 2018 hingga 2021, kes malaria kembali dilaporkan pada tahun 2023 di Kelantan dan Sabah. Ini menunjukkan pentingnya usaha pencegahan yang berterusan.[4],[5]
Malaria vs Denggi: Apakah Gejalanya?
Kedua-dua malaria dan denggi boleh membawa kepada komplikasi kesihatan yang serius. Walaupun malaria boleh dirawat dengan ubat-ubatan tertentu, tidak ada rawatan khusus untuk denggi. Oleh itu, penting untuk mengenal pasti gejala-gejala kedua-dua penyakit ini agar rawatan yang tepat dapat diberikan secepat mungkin.
Malaria[6],[7],[8] | Denggi[9],[10],[11] |
---|---|
Gejala mula muncul pada | |
10 hingga 15 hari atau sehingga setahun | 4-10 hari |
Perbezaan gejala | |
|
|
Komplikasi | |
|
|
Rawatan | |
Pemilihan ubat bergantung kepada jenis malaria, sensitiviti parasit, serta faktor-faktor lain yang ditentukan oleh penasihat kesihatan. | Tiada rawatan khusus untuk denggi. Doktor mungkin akan beri rawatan sokongan dengan memastikan pengambilan cecair yang cukup atau dengan merawat kesakitan. |
Bagaimana Kita Boleh Mencegah Penyakit Ini dengan Berkesan?
Memandangkan malaria dan denggi ditularkan oleh nyamuk, pencegahan adalah langkah utama untuk mengurangkan risiko gigitan. Pendekatan menyeluruh untuk mencegah penyakit bawaan nyamuk termasuk:
- Mengurangkan tempat pembiakan nyamuk dengan menghapuskan air yang bertakung dan memastikan saliran air yang baik.[12]
- Mengawal populasi nyamuk melalui aktiviti pengabusan (fogging).
- Melindungi diri dengan menggunakan kelambu, sapuan penghalau nyamuk, dan memakai pakaian berlengan panjang.[12]
WHO mencadangkan pemberian vaksin malaria kepada kanak-kanak di kawasan dengan penularan P. falciparum yang tinggi.[6] Vaksin untuk denggi pula disyorkan kepada kanak-kanak berumur 6 hingga 16 tahun di kawasan dengan kadar jangkitan yang tinggi.[13]
Dengan mengamalkan langkah pencegahan yang menyeluruh, anda dapat membantu mengurangkan penularan penyakit seperti malaria dan denggi. Dapatkan nasihat doktor untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kaedah pencegahan termasuk vaksinasi.
Rujukan
- CureusArsalan, Q., Qadar, L. T., Ochani, R. K., Tahir, F., & Majid, Z. (2019). Collateral Presentation of Malaria and Dengue Viral Hemorrhagic Fever: A Rare Case. , 11(2), e4050. https://doi.org/10.7759/cureus.4050
- Centers for Disease Control and Prevention. (2023). Dengue - How Dengue is Spread. Diperoleh pada 17 Disember 2023, dari CDC: https://www.cdc.gov/dengue/transmission/index.html
- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). i-Dengue: Dengue Surveillance System. | https://idengue.mysa.gov.my/did_/ | Diakses pada 2 Januari 2025.
- “Malaria makes a scary comeback.”, 2 Oktober 2023. Diperoleh pada 4 Disember 2023, dari The Star: https://www.thestar.com.my/news/nation/2023/10/02/malaria-makes-a-scary-comeback.
- Malaria JournalAbdul Rahim, F. A., Md Yatim, M. F., Abdul Mutalip, M. H., & Mahmud, M. A. F. (2023). , 22(1). https://doi.org/10.1186/s12936-023-04704-1
- World Health Organization. (2023). Malaria. Diperoleh pada 29 September 2023, dari WHO: https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/malaria
- Centers for Disease Control and Prevention. (2023). Malaria - About Malaria - Biology. Diperoleh pada 29 September 2023, dari CDC: https://cdc.gov/malaria/about/index.html
- Centers for Disease Control and Prevention. (2023). Malaria - Symptoms of Malaria. Diperoleh pada 29 September 2023, dari CDC: https://www.cdc.gov/malaria/symptoms/
- World Health Organization. (2023). Dengue and severe dengue. Diperoleh pada 29 September 2023, dari WHO: https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/dengue-and-severe-dengue
- Open MedHeilman, J. M., De Wolff, J., Beards, G. M., & Basden, B. J. (2014). , 8(4), 105–115.
- CDC. Symptoms and Treatment | Dengue. Diperoleh pada 4 Disember 2023, dari CDC: https://www.cdc.gov/dengue/symptoms/index.html.
- Centers for Disease Control and Prevention. (2023). Avoid Dengue by Preventing Mosquito Bites. Diperoleh pada 27 September 2023, dari CDC: https://www.cdc.gov/ncezid/dvbd/media/avoid-dengue.html
- World Health Organization. (2024). WHO prequalifies new dengue vaccine. Diperoleh pada 17 Disember 2024, dari WHO: https://www.who.int/news/item/15-05-2024-who-prequalifies-new-dengue-vaccine
Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Takeda Malaysia Sdn. Bhd. 200901025887 (868989-K)
Penafian: Maklumat ini tersedia untuk orang awam bagi tujuan informasi sahaja; ia tidak boleh digunakan untuk mendiagnosis atau merawat masalah atau penyakit kesihatan. Ia tidak bertujuan untuk menggantikan perundingan dengan penyedia penjagaan kesihatan. Sila berunding dengan penyedia penjagaan kesihatan anda untuk nasihat.
C-ANPROM/MY/DENV/0391 FEB 2025