Bagaimana Vaksin Denggi Berfungsi: Penjelasan Ringkas

Bagaimana vaksin denggi berfungsi?

Tindak balas badan terhadap vaksinasi

Vaksin denggi berfungsi dengan menyuntik badan dengan cecair yang menghasilkan antibodi untuk sistem imun badan terhadap virus denggi. Vaksinasi merangsang sistem imun dengan memasukkan bahagian kecil virus yang selamat ke dalam badan, supaya apabila virus denggi muncul semula pada masa hadapan, sistem imun akan dapat mengenal pasti virus tersebut dan menghapuskannya dengan cepat.1

Tempoh Perlindungan

Berapa lama ia memberikan perlindungan

Tempoh perlindungan vaksin denggi bergantung pada vaksinasi tertentu yang diberikan. Sesetengah vaksin menyediakan perlindungan seumur hidup, manakala beberapa vaksin memerlukan suntikan penggalak untuk mengekalkan imuniti vaksin tersebut. Selepas vaksinasi, individu yang divaksin berkemungkinan akan mendapat perlindungan daripada denggi selama beberapa tahun. 

Adakah saya akan mendapat sebarang kesan sampingan yang serius?

Reaksi yang dijangkakan selepas vaksinasi

Selepas vaksinasi, individu mungkin mengalami reaksi seperti:

  • Sakit, kemerahan, atau bengkak pada kawasan suntikan
  • Sakit kepala ringan
  • Demam tahap rendah
  • Keletihan atau sakit otot

Reaksi ini kebiasaannya tidak serius dan akan baik seperti sedia kala dalam beberapa hari. Pengambilan air dan rehat yang cukup dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan selepas divaksin.

Reaksi yang serius tetapi sangat jarang berlaku selepas divaksin

Walaupun kesan sampingan utama daripada vaksinasi denggi jarang berlaku, sesetengah orang mungkin mempunyai kesan sampingan yang luar biasa tetapi serius, seperti:

  • bengkak di bawah kulit di kawasan seperti muka, tekak, lengan, dan kaki

Reaksi ini sangat jarang berlaku dan berlaku dalam peratusan kecil individu yang divaksinasi. Walau bagaimanapun, adalah sangat penting untuk berunding dengan doktor anda dan mendapatkan rawatan perubatan segera jika sebarang tindak balas berlaku. Terutamanya bagi mereka yang mempunyai sejarah alahan yang teruk harus berunding dengan doktor sebelum mendapatkan suntikan.

Di mana Untuk Mendapatkan Vaksinasi Denggi

Di Mana Saya Boleh Dapatkannya?

Anda boleh mendapatkan vaksin denggi di hospital, klinik, program imunisasi, atau DoctorOnCall. Walau bagaimanapun, lokasi dan sistem penjagaan kesihatan mungkin memberi kesan kepada kebolehcapaian dan ketersediaan vaksin denggi. Di sesebuah negara tertentu, vaksin denggi boleh menjadi lebih mudah diakses dengan mengintegrasikannya ke dalam jadual vaksinasi kebangsaan rasmi mereka.

Di Malaysia, vaksin denggi boleh didapati melalui pelbagai kemudahan dan klinik penjagaan kesihatan, memberikan penduduk peluang untuk melindungi diri mereka daripada demam denggi. Di sebalik usaha untuk memerangi penyakit itu, kes denggi di Malaysia masih memberi kesan kepada kesihatan awam. Jadi, penting bagi setiap individu untuk mendapatkan vaksin denggi sebagai langkah mencegah denggi. 

Untuk mendapatkan pelan imunisasi yang paling berkesan, individu yang berniat untuk mendapatkan vaksin denggi boleh berunding dengan profesional penjagaan kesihatan masing-masing.

Rujuk doktor dan dapatkan nasihat untuk terus dilindungi daripada penyakit maut ini. Anda juga boleh mendapatkan vaksin denggi dengan kami.

Klik Di Sini untuk Tempah Vaksin Denggi anda Hari Ini!

References 

  1. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC8620506/

* Inisiatif konsultasi doktor percuma disokong dan ditanggung sepenuhnya oleh DoctorOnCall