Penyakit Gonore ialah sejenis penyakit kelamin. Bakteria Neisseria gonorrhea adalah penyebab penyakit gonore. Walaupun golongan lelaki yang kerap dikaitkan dengan penyakit gonore, tetapi kedua - dua golongan lelaki dan wanita yang aktif melakukan aktiviti seks tanpa perlindungan mempunyai risiko tinggi untuk mendapatkannya.
Anda boleh mendapat gonorrhea dari sebarang jenis hubungan seksual, termasuk:
- Persetubuhan faraj
- Persetubuhan dubur
- Hubungan seks oral
Neisseria gonorrhea boleh menyebabkan jangkitan pada bahagian sulit, rektum, tekak dan serviks. Seperti kuman lain, anda boleh dijangkiti bakteria Neisseria gonorrhea dengan hanya menyentuh kawasan yang dijangkiti pada orang lain. Anda tidak boleh mendapatkan penyakit gonorrhea dengan menyentuh objek seperti tempat duduk di tandas atau pakaian kerana bakteria ini tidak boleh hidup lebih dari beberapa saat di luar badan. Wanita yang dijangkiti penyakit gonorrhea boleh menyebarkan kuman ini kepada bayi mereka semasa melahirkan anak secara semula jadi (melalui faraj). Tetapi bayi yang dilahirkan secara C-seksyen (Ceaserian section) tidak boleh mendapatkannya dari ibu mereka.