Baca Soalan
Pengenalan
- Sifilis merupakan sejenis penyakit berjangkit. Ia boleh merebak melalui hubungan seks dan daripada ibu kepada bayi dalam kandungan.
- Baru-baru ini, terdapat kenaikan dalam kadar dan jumlah kes yang dipastikan sebagai sifilis.
- Mengikut kajian yang dilakukan, hal ini disebabkan oleh perubahan dalam tabiat seksual komuniti (termasuk hubungan seks sama jenis dan tingkah laku seks yang berisiko tinggi).
- Sifilis dan penyakit kelamin, secara am selalunya diselubungi stigma masyarakat yang negatif. Ini membuatkan pesakit lebih cenderung untuk tidak mendapatkan bantuan yang diperlukan.
- Penyakit ini boleh menyebabkan pelbagai komplikasi jika dibiarkan dan tidak dirawat. Langkah - langkah proaktif harus diambil sebagai pencegahan penyakit sifilis.
Simptom - Simptom Sifilis
- Sifilis agak berbeza daripada penyakit kelamin yang lain. Ia mempunyai perkembangan yang unik dalam tubuh badan. Penyakit ini boleh dikenalpasti melalui peringkat - peringkatnya.
- Pesakit akan mengalami luka sekitar mulut atau di sekitar kawasan kemaluan pada peringkat pertama penyakit. Luka ini berpotensi untuk sembuh tanpa rawatan dalam masa 6 minggu.
- Pesakit akan mengalami:
- Ruam pada badan
- Ketuat di sekitar kawasan kemaluan
- Tompok putih dalam mulut
- Demam
- Berat badan berkurangan
- Sifilis sekunder juga akan reda tanpa rawatan. Tanpa rawatan, sifilis sekunder akan menjadi ‘latent’ sifilis.
- Pada peringkat ini, pesakit tidak akan mengalami simptom. Pesakit mungkin tidak akan mengalami sebarang simptom lagi atau jangkitan akan berubah menjadi sifilis tertiari.
- Pada peringkat tertiari, sifilis boleh merosakkan:
- Otak
- Saraf
- Mata
- Jantung
- Saluran darah
- Hati
- Tulang
- Sendi
Rawatan dan Pencegahan Sifilis
- Penyakit ini boleh dirawat dengan antibiotik pada peringkat awal penyakit. Pesakit akan dinasihatkan untuk tidak mengadakan hubungan seks sehingga rawatan antibiotik tamat dan ujian darah pesakit negatif untuk penyakit sifilis yang aktif.
- Pencegahan sifilis amat mudah. Pastikan luka sifilis anda sembuh sepenuhnya sebelum anda melakukan hubungan seks. Jika anda positif sifilis, anda mempunyai tanggungjawab sosial untuk memberitahu semua pasangan seks anda.
- Hal ini amat penting agar pasangan anda boleh mendapatkan rawatan yang diperlukan secepat mungkin dan menyelamatkan orang lain daripada penyakit ini.
- Pastikan pasangan anda tamat rawatan dan sembuh sebelum anda melakukan hubungan seks.
- Individu yang aktif dalam tingkah laku seks yang berisiko tinggi, terutamanya hubungan seks sama jenis, adalah disarankan untuk mendapatkan ujian saringan penyakit kelamin setiap tahun.
- Gunakan perlindungan seperti kondom atau ‘dental dam’ setiap kali sebagai langkah pencegahan sifilis dan penyakit kelamin yang lain.
Amalan Seks Selamat
- Amalan seks selamat merupakan langkah pertama dalam pencegahan sifilis dan penyakit kelamin yang lain, secara amnya. Gunakan perlindungan setiap kali anda bersama.
- Ini akan membantu menghalang pelbagai bakteria dan virus yang boleh mendatangkan penyakit daripada pasangan seks anda. Hubungan seks merupakan pengalaman yang amat intim untuk anda dan pasangan anda.
- Jauhkan diri daripada dadah dan alkohol yang kerterlaluan. Dibawah pengaruh bahan yang melalaikan, anda mungkin lebih cenderung membuat pilihan yang tidak selamat.
- Jalani ujian saringan penyakit kelamin sekurang-kurangnya setahun sekali.
Written by: Dr Ilias Yee
MB BCh BAO (NUI), LRCPI, LRCSI, Fellow Open Medical Institute (Addiction), Fellow ASHM Leadership (Sexual Health & HIV Medicine)
18 Aug 2018