Kadang-kadang abses yang berisi nanah membentuk di luar appendix yang meradang. Tisu parut kemudian "menanggalkan" appendix dari seluruh bahagian perut untuk mencegah jangkitan daripada merebak. Appendix yang bernanah adalah keadaan yang kurang penting, tetapi malangnya, ia tidak dapat dikenal pasti tanpa pembedahan. Atas sebab ini, semua kes sakit appendix dianggap sebagai kecemasan yang memerlukan pembedahan.
Tolong terangkan apa simptom sakit appendix (Appendicitis) dan perlukah rawatan seperti pembedahan?
Selamat pagi, doktor. Saya seorang ibu kepada 4 orang anak. Anak pertama saya berumur 15 tahun. Kebanyakan diet dia mengandungi masakan lemak dan berminyak. Sejak beberapa hari yang lalu, dia berkata bahawa dia mengalami sakit perut, khususnya bahagian kanan perutnya. Sakit tersebut tidak selesa dan tidak menyenangkan. Selera makan dia juga telah kurang. Pada hari semalam pula, dia mengalami demam yang tinggi dan sakit perut menjadi sangat teruk sehingga dia tidak dapat tidur pada waktu malam. Dia juga telah muntah beberapa kali. Saya telah memberikan ubat demam dan ubat tahan sakit tetapi ia tidak berapa berkesan. Saya amat bimbang akan keadaan anak saya, doktor. Adakah gejala yang dia hadapi menandakan sakit appendix?
Apakah itu sakit appendix
Apakah penyebab sakit appendix
- Folikel limfoid yang membesar
- Cacing
- Trauma
- Tumor
Apakah gejala sakit appendix
Simptom klasik sakit appendix adalah termasuk kesakitan yang tidak menyenangkan berhampiran pusat atau perut bahagian atas yang menjadi tajam apabila kesakitan beralih ke bahagian bawah perut sebelah kanan. Lokasi ini dikenali sebagai “McBurney Point”. Ini biasanya merupakan tanda pertama.
Anda mungkin mengalami satu atau lebih gejala yang berikut seperti:
- Hilang selera makan
- Loya
- Muntah
- Cirit-birit
- Sembelit
- Ketidakupayaan untuk kentut
- Perut kembung
- Demam
- Kekejangan perut
- Sakit semasa membuang air kencing
Sesiapa yang mengalami kesakitan yang semakin teruk di bahagian perut harus mendapatkan perhatian perubatan dengan segera. Terdapatlah penyakit-penyakit yang lain mungkin manifes dengan gejala-gejala tersebut seperti jangkitan saluran kencing. Oleh itu, kepakaran doktor diperlukan untuk menyingkirkan diagnosa yang lain.
Apakah rawatan sakit appendix
- Appendix telah pecah, dan jangkitan telah merebak
- Jangkitan appendix telah menyebabkan abses
- Pesakit mempunyai tumor dalam sistem pencernaan
- Pesakit adalah wanita yang mengandung
- Pesakit yang pernah menjalani pembedahan perut sebelum ini
Sekiranya masalah telah berlarutan sekurang-kurangnya 5 hari, doktor mungkin akan mencadangkan kursus antibiotik untuk mengecilkan appendix dan membasmikan jangkitan di sekelilingnya. Pembedahan mungkin akan dijalani kemudian nanti.
Apakah komplikasi sakit appendix
Komplikasi jangkitan appendix adalah “sepsis” iaitu keadaan di mana jangkitan bakteria ini merebak ke dalam saluran darah dan organ yang lain. Ini adalah komplikasi yang sangat serius yang boleh mengancam nyawa.
Oleh kerana sakit appendix merupakan keadaan kecemasan yang memerlukan rawatan perubatan segera, anda haruslah perhatikan gejala yang dialami dengan teliti dan dapatkan rawatan dengan segera supaya komplikasi yang tidak diingini boleh dielakkan. Anda juga boleh mendapatkan nasihat dari doktor kami dengan melayani laman www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.
References