- Penyakit kuning atau lebih dikenali sebagai jaundice merupakan sebuah keadaan di mana kulit pada badan akan berwarna kuning serta sklera di mata juga akan berwarna kuning.
- Selain itu, mukosa pada mulut serta hidung juga akan berwarna kuning.
- Masalah demam kuning ini boleh datang bukan sahaja kepada orang dewasa malah kanak-kanak atau bayi yang baru lahir juga boleh mempunyai masalah demam kuning ini.
- Bilirubin merupakan sebuah pigmen yang dihasilkan apabila berlaku kepecahan sel darah merah dalam badan.
- Bagi bayi, proses ini normal kerana sel darah merah melalui proses transformasi selepas dilahirkan dan ini menyebabkan pelepasan bilirubin. Ini dipanggil ‘physiological jaundice’.
- Terdapat juga jenis jaundice yang disebabkan oleh masalah kesihatan. Untuk merawat masalah ini kita haruslah merawat punca terjadinya penyakit kuning ini.
Berapakah bacaan normal bilirubin bagi bayi jaundis (Normal Jaundice Readings in Babies)?
Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya berumur 27 tahun dan bekerja sebagai seorang pelayan di sebuah restoran. Suami saya pula seorang anggota polis dan berumur 30 tahun. Kami dikurniakan seorang anak beberapa hari yang lalu sahaja. Pada mulanya anak saya kelihatan sihat sahaja selepas bersalin tetapi baru-baru ini saya perasan anak saya kelihatan kuning pada kulitnya. Awalnya saya ingat ianya akan hilang dengan sendiri tetapi bila dibiarkan begitu sahaja saya mendapati kuning di kulitnya bertambah teruk. Saya segera memberitahu jururawat di hospital dan doktor memberitahu saya anak saya mempunyai masalah jaundice.
Saya tanpa mengetahui apa itu jaundice mengangguk sahaja kepada apa sahaja yang diberitahu oleh doktor tersebut. Mereka kemudiannya meletakkan bayi saya di bawah sebuah mesin bercahaya biru. Apabila meletakannya d bawah cahaya tersebut, mata dan tempat sulit baya saya ditutup dengan plaster. Selepas beberapa hari di bawah lampu tersebut, anak saya semakin sembuh dan sudah tidak kelihatan kuning lagi. Doktor memberitahu saya bahawa bacaan bilirubin anak saya telah mencecah tahap normal dan boleh dibawa pulang dan sekiranya ada apa-apa masalah lain dikehendaki datang ke hospital dengan segera.
Bolehkah doktor menerangkan kepada saya apa masalah anak saya? Bolehkah juga doktor memberitahu saya apakah bacaan normal jaundice bayi?
Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya berumur 27 tahun dan bekerja sebagai seorang pelayan di sebuah restoran. Suami saya pula... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMATerima kasih puan atas soalan tersebut. Jaundice merupakan sebuah masalah di mana kulit bayi tersebut akan menjadi kuning disebabkan bilirubin berlebihan dalam badan. Bilirubin merupakan sebuah pigmen yang dihasilkan apabila berlaku kepecahan sel darah merah dalam badan. Masalah kuning ini boleh didapati bukan sahaja di kulit tetapi juga boleh ditemui pada bahagian putih mata iaitu sklera atau mukosa hidung dan mulut.
<!--block-->Terima kasih puan atas soalan tersebut. Jaundice merupakan sebuah masalah di mana kulit bayi tersebut a... See More
Apakah itu penyakit kuning
Apakah penyebab jaundice
Jaundice boleh disebabkan oleh pelbagai jenis masalah dalam badan yang melibatkan organ penting seperti hati dan pundi hempedu. Penyebab terjadinya jaundice bolehlah dikelaskan kepada tiga bahagian iaitu ‘pre-hepatic’, ‘intra-hepatic’ serta ‘post hepatic’. Selalunya orang dewasa akan mempunyai masalah jaundice yang disebabkan oleh masalah ‘intra-hepatic’ atau ‘post hepatic’ manakala anak kecil atau bayi yang lebih terjebak kepada ‘pre-hepatic’ jaundice.
Penyebab jaundice pada bayi
- Bilirubin yang berlebihan dalam darah mereka. Hal ini kerana organ hati masih belum dapat berfungsi dengan sempurna untuk membantu membuangkan bilirubin berlebihan dalam badan. Selain itu, masalah jaundice ini dipanggil jaundice fisiologikal. Ini selalunya akan berlaku 24 jam selepas bayi dilahirkan. Ianya akan beransur pulih biasanya dalam masa seminggu ke dua minggu.
- Jaundice susu ibu. Hal ini kerana bayi tidak mendapat susu ibu yang mencukupi lalu mendatangkan masalah jaundice ini. Jadi, sebagai penyelesaian bayi tersebut haruslah diberikan susu ibu secara lebih konsisten supaya dapat meredakan keadaan tersebut. Dalam bahasa Inggeris terdapat dua istilah yang hampir sama iaitu ‘breast milk jaundice’ dan ‘breastfeeding jaundice’. Artikel ini merujuk kepada istilah ‘breastfeeding jaundice’.
- Seterusnya, bayi tersebut juga akan mempunyai masalah ini sekiranya mereka memiliki masalah dalam sistem penghadaman mereka. Hal ini kerana apabila sistem penghadaman mereka bermasalah maka ianya akan mendorong bilirubin untuk berkumpul secara berlebihan dalam darah dan tidak dapat dihadamkan.
- Masalah demam kuning ini juga akan wujud apabila didapati ibu dan anak memiliki kumpulan darah ‘rhesus’ yang berlainan. Hal ini sememangnya sangat bahaya dan harus di periksa dengan teliti dan mengambil langkah-langkah pencegahan dengan betul supaya dapat mengelakkan masalah yang tidak diingini.
Penyebab jaundice pada dewasa
- Jaundice juga boleh datang kepada golongan dewasa. Penyebab jaundice pada orang dewasa selalunya melibatkan hati. Sekiranya organ hati telah dijangkiti virus seperti ‘hepatitis’, maka seseorang itu akan mengalami penyakit kuning kerana hati tidak dapat membuangkan bilirubin yang berlebihan dalam badan.
- Selain jangkitan virus pada hati, terdapat juga masalah batu karang yang terdapat dalam saluran pundi hempedu yang akan menghalang bilirubin untuk dipecahkan dan memudahkan proses penghadaman oleh enzim-enzim tertentu. Ini selalunya masalah yang berlaku pada orang dewasa dan jarang pada budak kecil atau bayi.
Apakah itu gejala jaundice
Gejala jaundice ini akan datang membawa sedikit petunjuk yang dapat memudahkan kita mengenal pastinya dengan lebih baik. Antara gejala masalah jaundice ialah yang dapat dilihat pada bayi ialah:
- Kulit berwarna kuning
- Sklera (bahagian putih mata) berwarna kuning
- Mukosa mulut dan hidung berwarna kuning
- Cepat menangis
- Tidak suka apabila diangkat
- Tangisan bernada ‘high pitch’
- Kegatalan kulit
Apakah rawatan jaundice
Rawatan yang boleh diberikan kepada bayi untuk masalah jaundice ini ialah fototerapi. Ini merupakan sebuah mesin yang memancarkan cahaya UV. Cahaya UV tersebut berwarna biru. Bayi akan diletakkan di bawah cahaya tersebut untuk beberapa jam. Ini akan membantu memecahkan bilirubin berlebihan di dalam badan sekali gus menghilangkan warna kekuningan yang tertinggal di kulit bayi tersebut. Dalam masa beberapa hari sahaja, masalah jaundice ini akan pulih dan bayi boleh dibawa balik ke rumah oleh ibu bapa mereka.
Selain itu, sekiranya bayi tersebut mendapat jaundice susu ibu maka rawatan untuk masalah tersebut hanyalah satu iaitu ibu harus memberikan susu ibu dengan lebih kerap kepada bayi supaya masalah tersebut dapat diselesaikan. Dengan ini, kekuningan di kulit akan dapat ditangani dengan lebih cepat dan mudah.
Apakah bacaan normal jaundice bayi
Bacaan normal bagi jaundice bayi ialah kurang daripada 5 mg/dL. Sebarang bacaan lebih daripada 5 mg/dL dianggap sebagai jaundice. Fototerapi diberi jika bacaan jauh lebih tiggi dan mengambil kira berapa hari bayi sudah lahir, kadar kenaikan bacaan bilirubin, berat badan bayi dan lain-lain lagi. Anda memerlukan nasihat doktor untuk memastikan jika anak anda memerlukan fototerapi.
Bagaimanakah doktor akan mengetahui jika bayi anda mempunyai jaundice
Para doktor dapat mengesahkan bahawa bayi anda mempunyai masalah jaundice dengan mencucuk pada tapak kaki bayi dan meletakkan darah tersebut pada sebuah tiub untuk dibacakan oleh alat tertentu. Ini dipanggil ‘serum bilirubin’. Ianya digunakan untuk membaca kuantiti bilirubin dalam darah bayi tersebut.
Puan tidak perlu bimbang kerana anak puan sudah sihat dan masalah ini tidak akan berlaku lagi. Sekiranya berlaku puan dikehendaki segera ke hospital untuk merawatnya. Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor kami di laman www.doctoroncall.com.my
References