Penyakit Batu Hempedu, Cholelithiasis- Kenali gejala, penyebabnya.

Penyakit Batu Hempedu (Cholelithiasis) Ketahui Penyebab & Gejala- DoctorOncall
Anonymous
Salam sejahtera doktor. Nama saya Marziah dan saya berusia 43 tahun. Saya seorang cikgu dan mempunyai 2 orang anak. Sejak semalam, saya mengalami sakit pada bahagian kanan atas perut saya. Saya pernah mengalami sakit sebegini 6 bulan yang lalu. Namun, sakit tersebut selalunya datang dan pergi. Sakit ini akan lebih teruk jika saya menarik nafas dengan dalam dan selepas makan makanan seperti burger dan ayam goreng. Saya juga berasa loya tapi tidak muntah. Kadang-kadang, sakit ini boleh dirasakan pada tulang belikat saya. Saya sebenarnya takut untuk pergi berjumpa dengan doktor kerana pernah mengalami pengalaman pahit dahulu. Bolehkah doktor jelaskan apa masalah yang saya hadapi?
Anonymous
Salam sejahtera doktor. Nama saya Marziah dan saya berusia 43 tahun. Saya seorang cikgu dan mempunyai 2 orang anak. Sej... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami. Untuk makluman anda, gejala yang anda hadapi menjurus kepada radang hempedu. Hal ini kerana, ciri-ciri sakit yang berterusan pada bahagian atas kanan perut dan semakin teruk sewaktu menarik nafas serta selepas makan makanan yang tinggi kandungan lemak merupakan ciri-ciri klasik penyakit radang hempedu. Selain itu, sakit yang anda hadapi ini juga didahului dengan sakit yang sesekali berlaku sejak 6 bulan lalu yang berkemungkinan merujuk kepada batu hempedu. Batu hempedu tersebut mungkin telah bergerak ke leher hempedu dan menutupi aliran keluar jus hempedu sehingga menyebabkan keradangan. Walaubagaimanapun, ujian lanjut harus dilaksanakan untuk mengesahkan masalah yang anda hadapi.
Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami. Untuk makluman anda, gejala yang anda hadapi menjurus kepada ra... See More

Apakah Itu Batu Hempedu?

Setiap orang mungkin akan menjadi musykil tentang kejadian batu hempedu yang boleh menyebabkan keradangan hempedu sehingga memerlukan rawatan pembedahan. Kebanyakannya tertanya-tanya tentang bagaimana batu yang keras boleh wujud dalam badan manusia. Sebenarnya, batu hempedu atau nama saintifiknya Cholelithiasis wujud daripada jus hempedu yang berubah menjadi kristal.Terdapat dua jenis batu hempedu yang boleh terhasil iaitu jenis kolesterol dan jenis batu berwarna gelap. Batu ini normal untuk wujud dalam badan manusia. Walaubagaimanapun, jika ia terlalu besar dan menyebabkan keradangan kepada hempedu atau bergerak menutupi aliran jus hempedu, ia boleh menjadi penyakit yang merbahaya kepada manusia. 

Apakah Gejala Batu Hempedu?

Kebanyakan batu hempedu tidak memberi sebarang gejala. Jika ia menyebabkan gejala, kebiasaannya ia sudah mengalami keradangan dan batu tersebut telah tersumbat pada bahagian saluran biliari. Apabila hal ini berlaku, pesakit akan mengalami gejala seperti: 

  • Sakit perut pada bahagian kanan atas yang sangat teruk dan sakit tersebut boleh merebak kebahagian belakang seperti tulang belikat
  • Demam sehingga menggigil
  • Mual dan muntah 
  • Demam kuning
  • Najis yang berwarna coklat pudar dan air kencing yang berwarna gelap

Apabila batu hempedu bergerak di dalam hempedu daripada badan ke leher dan ia berlaku secara berkala, hal ini dinamakan kolik biliari “biliary colic”. Pergerakan ini biasanya berlaku kerana kelenjar hempedu mengecut selepas pesakit makan makanan yang berlemak seperti burger, ayam goreng, kentang goreng dan sebagainya.

Apakah Penyebab Batu Hempedu?

Wanita berusia 40-an, memiliki anak, berat badan berlebihan dan kulit putih merupakan golongan yang sering mendapat penyakit batu hempedu ini. 

  • Wanita

Wanita lebih berisiko mengalami penyakit ini kerana kandungan estrogen yang tinggi. Estrogen pula berfungsi untuk meningkatkan kandungan kolesterol biliari yang menyumbang kepada penghasilan batu hempedu. 

  • 40-an

Apabila usia mencecah 40-an, wanita akan berada pada usia sebelum menopaus. Pada waktu ini, kandungan estrogen akan meningkat dan menyebabkan kolesterol biliari meningkat. Maka, batu hempedu akan terhasil. 

  • Berat badan berlebihan

Berat badan yang berlebihan akan menyebabkan kandungan kolesterol meningkat. Hal ini juga menyebabkan kondisi batu hempedu.

  • Kehamilan

Seperti yang kita sedia maklum, kehamilan menyebabkan hormon estrogen meningkat. Hal ini menyebabkan kolesterol meningkat dan risiko penyakit batu hempedu berlaku. Semakin banyak bilangan kehamilan, semakin tinggi risiko untuk mengalami penyakit ini. 

Walaubagaimanapun, perkara seperti kencing manis, berat badan yang turun secara mendadak, mengambil ubat-ubatan yang tinggi kandungan hormon estrogen, sejarah keluarga, penyakit hati berparut seperti sirosis “liver cirrhosis” dan kesan sampingan ubat-ubatan termasuk ubat yang mengurangkan kandungan kolesterol turut boleh menyebabkan masalah batu hempedu.

Apakah Komplikasi Batu Hempedu?

Setiap penyakit mempunyai risiko komplikasi jika tidak dirawat dengan segera. Apakah yang menyebabkan penyakit ini digeruni? Apakah perkara yang boleh berlaku jika batu hempedu dibiarkan berlanjutan? Persoalan-persoalan ini sering diajukan kepada doktor kerana pesakit takut akan kebarangkalian untuk komplikasi berlaku. 

  • Radang kelenjar hempedu (Cholecystitis)
  • Radang saluran biliari yang berisiko (Cholangitis) 
  • Radang pankreas (Pancreatitis)
  • Batu hempedu daripada kelenjar hempedu berpindah kepada saluran usus (Gallstone illeus)
  • Kanser kelenjar hempedu (Carcinoma of gallbladder) 
  • Kebocoran pada kelenjar hempedu (Perforation)

Apakah Rawatan Batu Hempedu?

Seperti yang dinyatakan di atas, memandangkan penyakit ini selalunya tidak menyebabkan sebarang gejala, maka, ia juga tidak memerlukan sebarang rawatan. Walaubagaimanapun, jika penyakit ini berlanjutan sehingga menyebabkan komplikasi, rawatan yang diperlukan adalah bergantung kepada komplikasi yang terjadi. Memandangkan gejala penyakit ini berlaku apabila pesakit mengamalkan pemakanan yang tinggi dengan kandungan lemak, pesakit cuba mengelakkan makanan ini untuk memastikan gejala tidak berlaku dan mengenalpasti makanan untuk batu karang pada hempedu. Terdapat juga segelintir pesakit yang mencari rawatan alternatif seperti rawatan batu karang cara tradisional. Namun, hal ini hanya bersifat sementara dan tidak merawat penyakit batu hempedu dengan kekal. 

Secara umum, terdapat dua jenis rawatan yang boleh diberikan kepada pesakit batu hempedu. 

  • Pembedahan

Jika gejala yang dialami oleh pesakit kerap berlaku dan berlanjutan, doktor akan menyarankan pesakit untuk membuang kelenjar hempedu. Setelah pembedahan, jus biliari akan terus melalui saluran biliari dan masuk ke usus daripada organ hati. Tiada lagi fungsi kelenjar hempedu sebagai penyimpan jus biliari. 

  •  Perubatan

Ubat batu karang di farmasi seperti ubat tahan sakit dan ubat yang mengelakkan kekejangan salur biliari boleh diambil bagi mengurangkan kesakitan yang dialami kerana penyakit batu hempedu ini. Terdapat juga ubat batu karang paling berkesan iaitu ubat untuk melarutkan batu hempedu. Namun, rawatan ini mengambil masa untuk menunjuk keberkesanan.

Bagaimanakah Batu Hempedu Dicegah?

Jika anda memandang enteng tentang gejala batu hempedu, perasaan anda itu salah. Sakit, muntah-muntah, demam kuning dan najis berwarna pudar serta diikuti air kencing yang gelap dan kesan buang hempedu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kegagalan organ hati yang memiliki pelbagai fungsi penting dalam badan. Namun, mencegah itu lebih baik daripada merawat. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilaksanakan jika anda ingin mencegah penyakit ini daripada berlaku. 

  • Pengambilan makanan yang kurang kandungan lemak
  • Pengambilan makanan yang kaya dengan lesitin seperti oat, telur, susu, kekacang