Kelenjar tiroid yang bengkak ini boleh melibat satu bahagian kecil sahaja atau keseluruhan kelenjar tersebut. Kadang kala terdapat kes di mana kelenjar tiroid tersebut bengkak sehingga bahagian rangka dada. Apabila tiroid menambah besar sehingga memasuki kawasan dada, dikhuatiri ianya akan mengimpit trakea, esophagus, peparu dan sebagainya sehingga mengakibatkan masalah kesihatan lain.
Mengapa saya bengkak kelenjar (Swollen Lymph Node) dan perlukah saya risau ia menunjuk kepada penyakit lain?
Terima kasih atas soalan anda. Penyakit goiter merupakan sebuah keadaan kesihatan di mana kelenjar tiroid ini menjadi bengkak. Kelenjar puan semakin membesar sehingga melibatkan keseluruhan leher disebabkan penangguhan dalam mendapatkan rawatan.
Dalam kes puan juga, goiter in telah membesar sehingga menekan esophagus lalu menyukarkan puan untuk menelan makanan. Oleh itu, puan perlu segera berjumpa dengan doktor sebelum dilanda masalah lain yang lebih serius.
Apakah itu penyakit goiter?
Apakah penyebab penyakit goiter?
Terdapat beberapa penyebab yang menyumbangkan kepada masalah goiter ini. Antara penyebab tersebut ialah seperti:
- Kekurangan iodin dalam pemakanan seharian. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan kekurangan hormon thyroxine dan mengakibatkan masalah goiter.
- Kelenjar tiroid kurang menghasilkan hormon thyroxine. Hormon thyroxine dihasilkan oleh kelenjar tiroid dengan bantuan ‘thyroid stimulating hormone (TSH)’ yang dikeluarkan oleh kelenjar pituitari di dalam otak. Apabila hormon thyroxine kurang dihasilkan, ianya akan merangsang kelenjar pituitari untuk menghasilkan lebih banyak TSH yang secara tidak langsung akan merangsang tiroid untuk menghasilkan lebih banyak hormon thyroxine dan menyebabkan saiz sel tiroid semakin besar. Berikutan penambahan saiz sel tiroid lebih daripada normal, maka keseluruhan kelenjar tiroid akan menjadi semakin besar sekali gus menyebabkan goiter.
- “Hashimoto thyroiditis†Ini merupakan sebuah keadaan di mana keradangan berlaku kepada kelenjar tiroid. Keradangan jenis ini akan membawa kepada sistem imun badan menyerang kelenjar tiroid sendiri. Ini akan menyebabkan kelenjar tiroid menjadi goiter.
- Masalah penghasilan hormon tiroid sejak dalam kandungan. Ketidakupayaan untuk menghasilkan hormon pada tahap optimum secara langsung mengakibatkan masalah goiter.
- Goitrogen. Ini merupakan bahan-bahan yang meggangu penyerapan iodin ke dalam kelenjar tiroid bagi membantu menghasilkan hormon thyroxine. Keadaan ini boleh mendatangkan benjolan pada kelenjar tiroid dan membawa kepada penyakit goiter.
- Pertumbuhan pada kelenjar pituitari.: Hal ini boleh menyebabkan penghasilan TSH secara tidak terkawal dan dalam kuantiti yang banyak. Kesemua hormon ini akan merangsang kelenjar tiroid secara tidak terkawal dan menyebabkan masalah goiter.
- Kanser tiroid. Ini boleh membawa kepada sel tiroid menjadi sel kanser dan penukaran yang berlaku ini boleh menyebabkan kelenjar tiroid bengkak sehingga membawa kepada masalah goiter.
Apakah gejala penyakit goiter?
Disebabkan masalah goiter yang lazim berlaku dalam kalangan orang ramai, anda disarankan untuk belajar mengenal pasti masalah ini dan mendapatkan rawatan dengan segera. Antara gejala yang berikutan ialah seperti:
- Kelihatan bengkak pada bahagian leher
- Sakit pada bahagian goiter yang berpunca daripada keradangan dan perubahan sel menjadi sel kanser
- Mengalami simptom hipotiroid atau hipertiroid
- Terdapat juga gejala lain yang akan berlaku sekiranya didapati goiter tersebut mengimpit struktur berhampiran. Antara gejala tersebut ialah:
- ‘Dysphagia’ - kesukaran menelan makanan apabila goiter menghimpit esophagus.
- ‘Dyspnea’ - kesukaran bernafas apabila goiter menghimpit saluran pernafasan berdekatan.
- ‘Hoarseness of voice’ - suara berubah menjadi serak apabila mendapati tiroid yang bengkak sehingga menghimpit saraf berhampiran dengan peti suara.
Bagaimanakah cara untuk menyiasat diagnosis goiter ini?
Terdapat beberapa ujian makmal yang akan dilakukan di hospital untuk mengetahui punca goiter dan juga saiz goiter ini. Antaranya ialah:
- Sampel darah. Ini akan menunjukkan bacaan beberapa hormon penting yang akan dapat membantu kita mengetahui punca goiter tersebut.
- Ultrasound Kaedah ini dapat membantu kita mengenalpasti saiz serta lokasi benjolan dengan tepat.
- CT scan.Kaedah ini akan membantu kita mengetahui tahap serius saiz kelenjar tiroid yang bengkak sama ada struktur berhampiran dihimpit atau tidak.
- Biopsi Jika masalah goiter ini bersifat kanser maka biopsi sampel tisu kelenjar diperlukan untuk objektif kajian lebih mendalam.
Apakah rawatan penyakit goiter?
- Penyakit goiter ini mempunyai pelbagai pilihan rawatan bergantung kepada saiz goiter tersebut. Selalunya jika saiz goiter kecil dan pesakit tidak mempunyai sebarang simptom maka kes seperti ini hanya akan dipantau oleh doktor dari semasa ke semasa.
- Namun begitu, sekiranya penyakit goiter mula mempunyai simptom atau pun benjolan tersebut menjadi besar rawatan segera perlu diberikan oleh para doktor. Dengan pengambilan ubat sebagai kaedah rawatan, bengkak pada kelenjar tiroid akan dapat dikurangkan.
- Pemberian ubat juga dapat mengawal simptom hipertiroid atau hipotiroid. Untuk mereka yang mempunyai hipertiroid, ubat pilihan ialah ubat ‘carbimazole’ dan ‘propanolol’. Bagi golongan pesakit hipotiroid pula, ubat levothyroxine menjadi pilihan kerana ianya dapat menggantikan fungsi homon thyroxine sekali gus mengurangkan simptom berkaitan masalah tersebut.
- Kaedah rawatan yang melibatkan pembedahan kebanyakan masa menjadi pilihan terakhir. Pembedahan hanya akan dilakukan jika pesakit memenuhi kriteria seperti:
- Bengkak kelenjar tiroid disuspek sebagai kanser
- Goiter membesar sehingga menghimpit struktur berhampiran dan mendatangkan simptom
- Rawatan konservatif seperti ubat-ubatan tidak membantu dan tidak membawa kepada sebarang perubahan
- Jika salah satu kriteria di atas dipenuhi maka pembedahan boleh dipertimbangkan. Jenis pembedahan yang dilakukan bergantung kepada keadaan goiter yang dialami. Antaranya membedah keluar separuh daripada kelenjar tiroid atau keseluruhan kelenjar tiroid.
Diharapkan segala persoalan encik terjawab. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila layari laman web kami di laman web www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.
References