Apakah tanda-tanda saya mendapat gangguan penyakit bipolar (Bipolar Disorder)?

Anonymous

Hello, doktor. Saya berumur 60 tahun dan mempunyai anak lelaki yang berusia 30 tahun. Saya ingin bertanya beberapa soalan yang berkaitan dengan anak saya ini. Sebulan yang lepas, saya mula menyedari beberapa gejala yang pelik terhadap anak saya. Saya pernah melihat anak saya dalam keadaan yang sangat “down” atau kemurungan yang melampau sehingga tidak lalu untuk makan dan minum untuk beberapa hari dan menyebabkan berat badannya merosot dengan banyak. Tetapi, kadang-kala dia bercakap tanpa henti seharian dan sangat gembira sehingga menggunakan banyak duit untuk berbelanja dan sering menyentuh tentang isu agama. Perangainya sangat berbeza berbanding daripada tahun-tahun sebelum ini dan untuk pengetahuan doktor, anak saya sudah tidak bekerja dan kerap bertukar kerja sebelum ini. Jadi, apakah penyebab gejala anak saya ini dan adakah ia berkaitan dengan kesihatan mental seperti penyakit bipolar?

Anonymous
Hello, doktor. Saya berumur 60 tahun dan mempunyai anak lelaki yang berusia 30 tahun. Saya ingin bertanya beberapa so... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih atas soalan anda. Berdasarkan keterangan yang diberikan, anak anda mungkin mengalami penyakit mental yang dikenali sebagai penyakit bipolar (Bipolar Sisorder). Penyakit mental ini melibatkan perubahan “mood” atau perasaan secara melampau sehingga menjejaskan aktiviti seharian. Ciri- cirinya termasuk perubahan mood secara tiba- tiba, dari kegembiraan yang berlebihan, juga dikenali sebagai mania kepada episod kemurungan.Gangguan bipolar juga dikenali sebagai kemurungan manik.

Orang yang mempunyai gangguan bipolar mungkin menghadapi masalah menguruskan tugasan harian di sekolah atau tempat kerja, atau dalam mengekalkan hubungan sosial.

Terima kasih atas soalan anda. Berdasarkan keterangan yang diberikan, anak anda mungkin mengalami penyakit mental yang d... See More

Apakah itu penyakit bipolar

Gangguan bipolar, juga dikenali sebagai penyakit manik-depresi, adalah gangguan bahan kimia dalam otak yang menyebabkan perubahan yang luar biasa dari segi mood, tenaga, tahap aktiviti, dan keupayaan untuk menjalankan tugasan harian.

Terdapat 3 jenis gangguan bipolar; semuanya melibatkan perubahan dari segi mood, tenaga, dan tahap aktiviti :

Bipolar I

Ia ditakrifkan melalui penampilan sekurang-kurangnya satu episod manik. Anda mungkin mengalami episod-episod hipomanik atau depresi sebelum dan selepas episod manik. Gangguan bipolar jenis ini kebiasaannya terjadi kepada kedua-dua lelaki dan wanita.

Bipolar II

Orang yang mempunyai gangguan bipolar jenis ini akan mengalami satu episod kemurungan yang berlanjutan sekurang-kurangnya dua minggu. Mereka juga mempunyai sekurang- kurangnya satu episod hipomanik yang berlanjutan selama empat hari. Jenis gangguan bipolar ini dianggap lebih biasa terjadi kepada wanita.

Cyclothymia

Pesakit cyclothymia mengalami kedua-dua episod hipomania dan kemurungan. Gejala-gejala ini berlalu dalam jangka masa yang pendek dan kurang serius daripada gangguan bipolar I atau bipolar II. Kebanyakan pesakit dengan keadaan ini hanya mengalami simptom yang berkekalan selama satu atau dua bulan dalam satu masa.

Apakah penyebab penyakit bipolar

Penyakit bipolar mungkin disebabkan oleh:

1) Genetik

Jika ibu bapa atau adik-beradik anda mempunyai gangguan bipolar, anda lebih cenderung untuk mengalami penyakit ini berbanding dengan orang lain. Walaubagaimanapun, adalah penting untuk diingatkan bahawa kebanyakan orang yang mempunyai sejarah ahli keluarga dengan gangguan bipolar tidak semestinya akan mengidap penyakit bipolar.

2) Otak

Struktur otak anda mungkin memberi kesan kepada risiko untuk menghidap penyakit ini, terutamanya struktur atau fungsi otak yang tidak normal.

3) Faktor persekitaran

Keadaan ini bukan sahaja mengambil kira apa yang ada di dalam tubuh untuk risiko mendapat gangguan bipolar malahan faktor persekitaran luaran juga turut menyumbang. Faktor-faktor ini termasuklah:

  • Tekanan melampau
  • Pengalaman traumatik
  • Penyakit lain

Apakah gejala penyakit bipolar

Terdapat tiga gejala utama yang berlaku dengan gangguan bipolar: mania, hypomania, dan kemurungan.

Semasa mengalami mania, seseorang yang mengalami gangguan bipolar mungkin berasa teruja, impulsif, euphorik, dan penuh dengan tenaga. Semasa episod manik, mereka juga boleh bertingkah laku seperti:

  • Berbelanja dengan banyak
  • Seks tanpa perlindungan
  • Penggunaan dadah

Hypomania biasanya dikaitkan dengan gangguan bipolar II. Ia sama dengan mania, tetapi tidak terlalu teruk. Tidak seperti mania, hypomania mungkin tidak menyebabkan sebarang masalah di tempat kerja, sekolah, atau dalam hubungan sosial. Mereka masih menyedari perubahan dalam mood mereka.

Semasa episod kemurungan anda mungkin mengalami:

  • Kesedihan yang mendalam
  • Mudah putus asa
  • Kurang tenaga
  • Hilang minat terhadap aktiviti riadah atau hobi mereka
  • Kekacauan kitaran haid atau terlalu banyak tidur
  • Rasa ingin bunuh diri

Walaupun ia bukan keadaan yang jarang berlaku, gangguan bipolar menjadi sukar untuk didiagnosis disebabkan oleh pelbagai bentuk gejala.

Gejala Bipolar pada Wanita

Lelaki dan wanita didiagnosis dengan gangguan bipolar dalam jumlah yang sama rata. Walau bagaimanapun, simptom utama gangguan mungkin berbeza antara kedua-dua jantina. Dalam kebanyakan kes, seorang wanita dengan gangguan bipolar boleh:

  • Didiagnosis dalam usia 20-an atau 30-an
  • Mempunyai episod mania yang lebih ringan
  • Mengalami lebih banyak episod depresi berbanding dengan episod manik
  • Mempunyai empat atau lebih episod mania dan kemurungan dalam setahun, yang dipanggil “rapid cycling”
  • Mengalami penyakit lain pada masa yang sama, termasuk penyakit tiroid, obesiti, kerisauan yang melampau dan migrain
  • Mempunyai risiko penyalahgunaan alkohol

Wanita yang mengalami gangguan bipolar juga boleh mempunyai gejala yang lebih kerap berulang kembali walaupun dalam rawatan. Teori ini dipercayai berpunca daripada perubahan hormon yang dikaitkan dengan haid, kehamilan, atau menopause.

Gejala Bipolar pada Lelaki

Lelaki mungkin mengalami gejala yang berbeza sedikit daripada wanita. Lelaki dengan gangguan bipolar boleh:

  • Didiagnosis lebih awal dalam kehidupan
  • Mengalami episod yang lebih teruk, terutamanya episod manik
  • Mempunyai masalah penyalahgunaan dadah
  • Bertindak agresif semasa episod manik

Lelaki dengan gangguan bipolar kebiasaanya menangguhkan mendapatkan rawatan lanjut. Justeru itu, mereka lebih berisiko untuk membunuh diri akibat bipolar.

Apakah rawatan penyakit bipolar

Terdapat beberapa rawatan yang boleh membantu anda mengawal gangguan bipolar.

A) Ubat-ubatan

Antara yang disyorkan termasuklah:

  • Penstabil mood, seperti lithium (Lithobid)
  • Antipsikotik, seperti olanzapine (Zyprexa)
  • Antidepresi-antipsikotik, seperti fluoxetine-olanzapine (Symbyax)
  • Benzodiazepine, sejenis ubat anti-kerisauan seperti alprazolam (Xanax) yang digunakan untuk rawatan jangka pendek.

B) Psikoterapi

Rawatan psikoterapi yang disyorkan merangkumi:

  • Terapi tingkah laku kognitif: Anda dan ahli terapi berbincang tentang cara untuk menguruskan gangguan bipolar. Mereka akan membantu anda memahami corak pemikiran anda dan melukis strategi untuk mengatasi masalah secara positif.
  • “Psychoeducation”:  Ia adalah sejenis kaunseling yang membantu anda dan mereka yang terdekat untuk memahami penyakit ini di samping mengetahui cara untuk membantu anda dan orang terdekat dalam hidup untuk menguruskannya.
  • Terapi interpersonal dan irama sosial:  Terapi ini memberi tumpuan kepada pesakit untuk mengawal tabiat harian, seperti tidur, makan, dan bersenam.

C) Pilihan rawatan lain

Rawatan lain yang mungkin digunakan termasuklah:

  • Terapi elektrokonvulsif (ECT)
  • Ubat tidur
  • Suplemen tambahan
  • Akupunktur

D) Perubahan gaya hidup

Terdapat juga beberapa langkah mudah untuk membantu mengawal gangguan bipolar anda:

  • Rutin yang teratur untuk makan dan tidur
  • Belajar mengenali perubahan mood
  • Meminta rakan atau saudara mara untuk menyokong pelan rawatan anda

Jika terdapat sebarang kemusykilan, sila rujuk nasihat doktor di klinik atau hospital terdekat. Jika tiada sebarang kes kecemasan, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor kami di laman webwww.doctoroncall.com.my. Terima kasih.

References