- Sebagai sebahagian daripada proses semulajadi yang berlaku di dalam tubuh badan, sel-sel akan sentiasa digantikan dengan sel yang baru melalui proses pembahagian dan pertumbuhan.
- Apabila kanser berlaku, sel-sel akan membiak secara tidak terkawal. Kemudian, sel-sel kanser akan semakin banyak dihasilkan, dan ia akan mula memenuhi ruang-ruang di dalam badan sehingga ia terpaksa menceroboh ruang yang didiami oleh sel-sel badan yang normal
- Ubat kemoterapi berfungsi dengan mengganggu keupayaan sel kanser untuk membahagi dan membiak.
- Satu ubat atau gabungan ubat-ubatan kemoterapi boleh digunakan.
- Ubat tersebut akan mengalir di dalam saluran darah, untuk menyerang sel kanser di seluruh badan, atau ia boleh disasarkan ke bahagian kanser yang tertentu.
Adakah kemoterapi (Chemotherapy) berkesan dalam rawatan kanser dan kesan sampingan?
Salam doktor. Saya berumur 45 tahun dan mempunyai seorang ibu, berumur 65 tahun yang sering mengadu mengalami sakit di bahagian kiri abdomen sejak sebulan yang lepas. Menurut ibu saya, sakit tersebut akan datang secara beransur-ansur ketika dia berehat sambil menonton televisyen. Sakit tersebut terasa seperti sengal-sengal dan bagi ibu saya, ia tidak terlalu serius. Ayah saya ada membeli beberapa ubat tahan sakit untuk melegakan kesakitan yang dialami oleh ibu saya. Sakit itu tidak merebak ke bahagian lain selain daripada abdomen dan saya berasa agak lega kerana ia tidak berterusan sepanjang hari tetapi saya masih berasa risau kerana gejala itu masih tidak sembuh dan terdapatnya gejala-gejala yang lain seperti perut kembung dan berlakunya penurunan berat badan yang mendadak serta hilang selera makan. Dia telah kehilangan sebanyak 10 kg dalam masa sebulan dan mempunyai corak pemakanan yang tidak teratur. Selain itu, ibu saya turut mengalami masalah berkaitan dengan usus atau sistem pencernaan badan kerana dia mengalami cirit-birit dan juga sembelit pada hari yang lainnya. Menurutnya, kadang-kadang najis itu bercampur dengan lendir dan beberapa tompok darah.
Setelah berjumpa dengan doktor, ibu saya telah didiagnosis dengan penyakit barah usus melalui beberapa pemeriksaan dan ujian yang dijalankan dan akan menjalani rawatan kemoterapi tidak lama lagi. Jadi, saya ingin bertanya kepada doktor, apakah itu kemoterapi dan apakah kesan sampingan yang mungkin dialami oleh ibu saya sepanjang rawatan tersebut?
Apakah itu kemoterapi
Apakah kegunaan kemoterapi
- Mengganggu proses mitosis, atau mencegah pembahagian sel, sama seperti fungsi ubat sitotoksik
- Menghapuskan sumber makanan bagi sel kanser, yang terdiri daripada enzim dan hormon yang diperlukan oleh sel kanser untuk membiak
- Menggalakkan penghapusan sendiri sel-sel kanser yang dikenali sebagai apoptosis dalam istilah perubatan.
- Menghentikan pertumbuhan pembuluh darah yang baru yang membekalkan darah kepada tumor supaya ia tidak boleh membesar.
Apakah kesan sampingan kemoterapi
Hasil kemoterapi
- Bagi sesetengah kes, rawatan kemoterapi sahaja boleh mencapai penyembuhan yang sempurna, di mana pesakit telah sembuh dengan baik dan kanser tersebut tidak menyerang kembali.
- Kadang-kadang, kemoterapi digabungkan dengan rawatan lain, seperti terapi radiasi atau pembedahan, untuk mendapatkan hasil yang lebih berkesan. Terapi “neo-adjuvant” boleh digunakan untuk mengecutkan tumor sebelum pembedahan.
- Sekiranya kanser sudah berada dalam tahap akhir, kemoterapi boleh melambatkan perkembangan kanser dan mengurangkan gejala yang ada, walaupun penyembuhan yang sempurna itu tidak mungkin terjadi. Ini dipanggil sebagai kemoterapi paliatif.
References