Suntikan perancang kehamilan merupakan suatu kaedah yang digunakan oleh golongan wanita untuk mengelakkan kehamilan. Kaedah ini menyerupai pil perancang yang dimakan cuma kaedah ini diberikan dalam bentuk suntikan. Suntikan perancang mengandungi hormon progesteron yang menyerupai hormon progesteron yang dihasilkan oleh ovari wanita. Hormon ini bertanggungjawab menghalang wanita tersebut dari hamil walaupun melakukan hubungan seks tanpa perlindungan.
Boleh doktor nasihat saya tentang penggunaan suntikan perancang (Contraceptive Injection)?
Masalahnya saya tidak tahu kaedah perancang yang sesuai dan sangat sibuk dan bimbang akan lupa mengambil pil perancang sekiranya kaedah perancang diberikan dalam bentuk pil. Jadi, saya rasa lebih mudah jika saya menggunakan kaedah lain seperti suntikan perancang. Bolehkah doktor menasihati saya mengenai kaedah suntikan perancang? Apakah kesan sampingan yang boleh datang berikutan suntikan perancang ini?
Apakah itu suntikan perancang?
Bagaimana suntikan perancang diberi?
Puan juga tidak perlu bimbang mengenai cara pengambilannya kerana ianya berbentuk suntikan dan diambil sekali dalam 3 bulan. Suntikan akan diberikan pada bahagian lengan atau punggung oleh seorang doktor yang bertauliah. Melalui kaedah ini, Puan dapat mencegah kehamilan dan tidak perlu risau tentang masalah terlupa mengambilnya.
Apakah fungsi suntikan perancang?
Suntikan perancang seperti yang diketahui membantu menghalang wanita dari hamil.
Hal ini kerana kandungan hormon progesteron yang terdapat dalam suntikan ini. Hormon progesteron ini akan menghalang proses perkembangan telur dalam badan wanita sepanjang proses pengambilan suntikan ini.
Justeru proses persenyawaan tidak akan dapat berlaku. Beginilah cara hormon progesteron memainkan peranannya.
Di samping itu, suntikan perancang ini akan menyebabkan cecair di bahagian serviks dan faraj meningkat.
Hal ini akan menyebabkan kesukaran untuk sperma menembusi cecair yang banyak ini untuk bersatu dengan ovum dan menyebabkan wanita mengandung. Ini juga merupakan salah satu cara suntikan perancang bagi mencegah kehamilan.
Selain itu, suntikan perancang ini akan menyebabkan dinding pada bahagian rahim menjadi nipis. Apabila perkara ini berlarutan,ini akan menyebabkan kesukaran bagi ovum yang telah disenyawakan untuk melekat pada dinding rahim justeru dapat mengurangkan kebarangkalian wanita tersebut mengandung.
Mengapa suntikan, bukan tablet?
Keberkesanan pil perancang
Apakah kesan sampingan suntikan perancang?
- Pendarahan yang berterusan selepas berhenti mengambil suntikan tersebut
- Kitaran haid akan berubah dan ini akan membimbangkan wanita tersebut
- Haid mungkin akan mengambil masa dalam setahun untuk kembali kepada kitaran yang biasa
- Berat badan bertambah
- Kemungkinan kebolehan menghasilkan ovum yang sihat akan mengambil masa lebih kurang setahun
- Keguguran rambut, kekurangan nafsu seks, sakit kepala, gangguan mood
- Batu dalam ginjal sekiranya diambil untuk masa yang agak lama
- Meningkatkan keupayaan untuk mendapat masalah osteoporosis
Bagaimana untuk mengambil suntikan perancang?
Suntikan perancang ini hanyalah boleh diberikan oleh seorang doktor dan tidak boleh dilakukan sendiri.
Sebelum memberikan suntikan tersebut, doktor akan memastikan kaedah tersebut sememangnya sesuai untuk wanita yang ingin mengambilnya dan kesan sampingan haruslah diterangkan dengan jelas.
Hal ini kerana wanita tersebut haruslah membuat keputusan sendiri dan bukan secara paksaan untuk mengambil suntikan perancang ini.
Selain itu, terdapat pelbagai jenis suntikan perancang yang kini hangat di pasaran. Namun demikian bukan kesemua suntikan perancang itu boleh digunakan oleh wanita.
Suntikan perancang yang paling popular digunakan ialah Depo-Provera atau dikenali sebagai ‘medroxyprogesterone acetate’. Ini salah satu suntikan perancang yang digunakan oleh kebanyakan wanita yang ingin mengambil langkah selamat untuk mencegah kehamilan.
Suntikan ini selalunya diberikan oleh doktor dan kebiasaannya pada bahagian lengan atau pun bahagian punggung. Hormon ini akan diserap masuk oleh kulit dan otot.
Suntikan ini akan diberikan setiap 3 bulan dan fungsinya juga akan bertahan selama tiga bulan sahaja. Jika ingin meneruskan proses merancang keluarga, maka wanita tersebut haruslah berjumpa dengan doktor dan mengambil suntikan perancang sekali lagi.
Jika anda ingin mengetahui samada kaedah ini sesuai untuk anda, sila berbincang dengan doktor. Anda juga boleh mendapatkan nasihat doktor di www.doctoroncall.com.my.
References