Karbohidrat merupakan makronutrien penting dalam tubuh badan kita. Karbohidrat merupakan molekul yang terdiri daripada karbon, hydrogen dan oksigen dalam nisbah 1:2:1. Ia merupakan sebuah komponen utama yang menyumbang kepada tenaga bagi membina tubuh badan yang sihat dan cergas.
Apakah Fungsi Karbohidrat (Carbohydrate Functions) Kepada Manusia?
Anonymous
Selamat pagi doktor. Saya seorang suri rumah berumur 38 tahun. Saya sudah berkahwin dan tidak ada anak. Suami saya seorang tentera dan kem dia jauh dari tempat tinggal saya. Saya tinggal seorang sahaja dan suami saya akan menghantar duit sebagai kos sara diri. Sejak kebelakangan ini saya rasa mudah letih dan tidak dapat fokus pada kegiatan harian saya. Berat badan saya juga telah meningkat sejak kebelakangan ini. Dulunya masa saya timbang dalam 92kg tetapi sekarang sudah mencecah 115kg.Selain itu, saya juga sering pening kepala dan sangat dahaga. Apabila tidur malam, kencing pula bertambah banyak kali.Saya sehingga terjaga lewat malam kerana perlu ke bilik air. Saya meceritakan keadaan saya ini kepada rakan saya dan dia memberitahu saya bahawa ianya kerana berat badan saya dan saya perlulah diet kerana kandungan karbohidrat dalam badan banyak dan juga untuk menurunkan berat badan. Jadi, saya sering kali mengamalkan diet dengan menahan lapar dan makan hanya bila rasa macam nak pengsan. Saya kalau makan sampai 2 pinggan nasi kerana terlampau lapar dan nasi mengandungi karbohidrat yang tinggi dan membantu mengatasi kelaparan.. Keadaan ini berlarutan untuk 2 bulan sehingga saya sekarang terlampau letih dan tidak bermaya namun berat badan saya tetap tidak menurun. Jantung saya pula kerap berdebar-debar. Bolehkah doktor tolong menerangkan kepada saya apa kena mengena makanan dengan tenaga seharian dan juga apakah penyakit yang boleh saya hidap dengan makan berlebihan?
Anonymous
Selamat pagi doktor. Saya seorang suri rumah berumur 38 tahun. Saya sudah berkahwin dan tidak ada anak. Suami say... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMATerima kasih atas soalan puan. Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk menjawab segala persoalan puan. Berdasarkan kenyataan yang diberitahu oleh puan, saya berasa puan sedang mengalami simptom kencing manis. Selain itu, puan juga mengamalkan diet yang tidak betul. Berat badan puan juga telah menunjukkan yang puan dalam kategori invidu obes. Puan perlu memahami bahawa fungsi karbohidrat adalah untuk membekalkan sumber tenaga kepada tubuh badan kita. Jadi, ia perlulah diambil dalam kuantiti yang tertentu. Sekiranya berlebihan akan mengundang penyakit seperti kencing manis atau obesiti. Jika puan tidak mengambil karbohidrat dalam pemakanan seharian, puan akan berasa letih dah lesu kerana kekurangan tenaga. Mungkin penyebab utama puan berasa letih sejak kebelakangan ini kerana diet yang puan amalkan adalah salah.
Terima kasih atas soalan puan. Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk menjawab segala persoalan puan. Berdasarkan... See More
APA ITU KARBOHIDRAT
APAKAH FUNGSI KARBOHIDRAT
- Seperti yang kita ketahui, fungsi karbohidrat adalah untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Satu gram karbohidrat memberi sekurang-kurangnya 4 kalori untuk tubuh badan kita. Karbohidrat yang diambil akan dicernakan menjadi glukosa yang akan berada dalam saluran darah kita manakala sebahagian karbohidrat akan disimpan di hati sebagai glycogen dan segelintir lagi akan disimpan sebagai lemak dalam badan kita.
- Selain daripada menjadi pembekal utama untuk badan kita, karbohidrat juga berfungsi membantu sistem penghadaman badan. Hal ini kerana makanan yang kaya dengan karbohidrat juga memiliki kandungan serat yang tinggi. Serat adalah komponen utama untuk melancarkan proses pencernaan badan. Serat juga membantu mencegah penyakit kanser usus dan buasir.
- Di samping itu, karbohidrat juga memiliki kandungan sellulosa. Sellulosa ini berfungsi membantu memberikan kekenyangan kepada kita. Oleh kerana itu, walaupun kita makan makanan yang mengandungi karbohidrat yang sikit, kita selalu rasa kenyang dengan cepat.
- Fungsi karbohidrat yang lain adalah untuk mencegah berlakunya oksidasi lemak yang tidak sempurna. Hal ini menunjukkan bahawa karbohidrat memainkan peranan yang sangat penting dalam metabolisma lemak dalam tubuh badan manusia.
APAKAH JENIS DAN SUMBER KARBOHIDRAT
Karbohidrat terbahagi kepada monosakarida, disakarida dan polysakarida. Contoh monosakarida ialah triosa, pentosa dan hexosa. Contoh disakarida ialah maltosa, sucrosa dan laktosa. Contoh polysakarida ialah kanji, glykogen dan sellulosa. Polysakarida juga merupakan karbohidrat kompleks kerana bentuk molekulnya yang begitu kompleks. Sehubungan dengan itu, sumber utama karbohidrat pula adalah kentang, ubi, gandum, bijirin, jagung, kekacang, oatmeal, sayur-sayuran, sagu dan banyak lagi.
BERAPAKAH KALORI YANG DIPERLUKAN OLEH BADAN
Setiap individu dinasihatkan untuk mengambil karbohidrat dalam 900-1300 kalori yang bersamaan dengan 225-325 gram sehari. Ini berdasarkan kajian yang dilakukan oleh doktor-doktor di Amerika untuk menjana kehidupan yang lebih sihat dan juga supaya penduduk dapat memiliki kehidupan seharian yang aktif.
APAKAH KESAN KARBOHIDRAT BERLEBIHAN
- Karbohidrat jika diambil mengikut kuantiti yang disarankan tidak akan mengakibatkan penyakit yang tidak diundang tetapi jika berlebihan boleh membawa penyakit. Penyakit yang paling kerap disebabkan oleh kelebihan pengambilan karbohidrat ialah kencing manis dan obesiti.
- Fisiologi penyakit kencing manis hasil daripada pengambilan karbohidrat secara berlebihan ialah, ia akan dicernakan kepada gula dan berada di dalam salur darah kita. Gula yang berlebihan di salur darah kita tidak ditukar kepada tenaga dan justeru meninggikan kandungan gula yang mengakibatkan kencing manis. Simptom utama penyakit kencing manis ialah kelaparan, cepat dahaga, kerap kencing. Sekiranya sebarang simptom ini ditemui, kita haruslah mengambil langkah efektif untuk mencegahnya dengan melawat doktor untuk konsultasi.
- Fisiologi penyakit obesiti pula ialah apabila karbohidrat diambil secara berlebihan akan ditukarkan kepada lemak dan disimpan oleh tisu-tisu badan. Hal ini akan mengakibatkan kegemukan yang tidak terkawal atau obesiti. Selain itu, obesiti juga boleh terjadi apabila kita tidak mengawal pengambilan makanan kita. Makanan yang mengandungi karbohidrat perlulah diambil dengan cermat. Kebanyakan mengambil makanan ringan dan makanan segera juga tidak baik dan boleh mengakibatkan obesiti.
- Sehubungan dengan itu,sindrom metabolik merupakan sebuah sindrom yang mengandungi beberapa penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, lemak di sekeliling pinggang dan kandungan kolesterol yang tinggi. Sindrom ini selalunya berkait rapat dengan orang yang mengalami obesiti. Jika keadaan ini berleluasa, ianya akan membawa kepada strok atau sakit jantung.
APAKAH KESAN KEKURANGAN KARBOHIDRAT
Sehubungan dengan itu, karbohidrat jika berlebihan tidak baik dan jika kekurangan juga merupakan suatu perkara yang tidak baik. Hal ini kerana apabila karbohidrat dalam badan berkurangan, badan kita akan kehilangan sumber tenaga utama. Jadi, badan kita perlu menjana tenaga dan mencari sumber tenaga dari komponen lain. Komponen yang dicari ialah lemak. Lemak akan menjadi sumber tenaga kedua dengan menukarkan lemak badan kepada tenaga dan proses ini dikenali sebagai ketosis. Produk akhir proses ini ialah ketones dan ketone ini bersifat asidik dan jika berlebihan dalam badan akan mengundang ketidakbaikan. Jika ini berlarutan, ianya akan memberikan kesan negatif kepada sistem kardiovaskular.
BAGAIMANAKAH PROSES PENCERNAAN KARBOHIDRAT
Apabila kita makan makanan yang mengandungi karbohidrat, proses pencernaan bermula di dalam mulut. Pada mulanya, karbohidrat akan bercampur dengan air liur kita yang mengandungi enzim amylase. Enzim ini akan memecahkan karbohidrat kepada maltosa. Kemudian maltose akan dibawa ke usus kecil dan akan dipecahkan menjadi glukosa dan kemudiannya diambil oleh usus kecil dan dihantarkan ke saluran darah.
APAKAH FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA KUANTITI PENGAMBILAN KARBOHIDRAT
Semua manusia berbeza dan bukan semua orang memerlukan benda yang sama. Samalah dengan pengambilan karbohidrat seharian. Setiap individu mempunyai kriteria yang tersendiri berdasarkan beberapa faktor. Antara faktor-faktor tersebut ialah berat badan, umur, nafsu makan, kadar gula dalam darah dan aktiviti seharian.
References