Limpa merupakan organ manusia yang terletak di sebelah kiri atas perut kita dan memainkan banyak peranan dalam mengekalkan fungsi badan dalam keadaan optimum. Ia digelar sebagai “spleen” dalam konteks English dan ia diposisikan di bawah diafragma paru-paru dan belakang tulang rusuk ke-9, 10 dan 11. Di sekeliling limpa, terletaknya organ perut, pankreas dan buah pinggang. Limpa manusia yang sihat biasanya akan mencapai 7 hingga 14 cm panjang dan 150 hingga 200 gram berat.
Bolehkah Manusia Fungsi Tanpa Limpa? Apa Penyebab Pembengkakan Organ Ini?
Hello doktor! Saya seorang ayah kepada anak yang menghidapi Thalassemia. Anak saya ini berusia 9 tahun dan tahun ini doktor mendapati bahawa penyakit anak saya ini memerlukan transfusi darah yang lebih banyak atau kerap. Doktor juga memberitahu saya bahawa keputusan ujian darah menghendaki anak saya ini untuk membuang limpanya. Pada masa itu, saya sungguh serabut dengan berita ini dan lupa nak tanya tentang soalan-soalan saya. Doktor, saya nak tahu sebenarnya limpa ini organ yang penting ke tidak? Bolehkah seorang ini hidup tanpa limpa? Jika boleh, adakah anak saya akan mengalami sebarang masalah pada masa depan? Moga doktor boleh jawab kerisauan saya. Terima kasih.
Selamat sejahtera encik, terima kasih atas soalan yang diajukan. Saya berjanji akan mencuba sedaya upaya untuk menjawab segala persoalan anda supaya encik boleh bertenang dan membuat keputusan yang betul. Thalassemia Major ini merupakan penyakit darah yang memerlukan tranfusi darah yang kerap kerana struktur darahnya yang tidak normal. Namun, sekiranya seseorang ini mengalami masalah fungsi limpa yang menjadi terlalu aktif, masalah ini akan memusnahkan darah yang telah didermakan dan pesakit akan memerlukan transfusi yang lebih kerap. Hal ini akan meningkatkan risiko untuk anak anda mendapatkan komplikasi yang lain dalam jangka masa yang lebih panjang. Oleh itu, benarkan saya untuk menjelaskan dengan lebih teliti tentang limpa dalam artikel di bawah.
Sekiranya anda mempunyai persoalan tentang pembedahan ini, anda boleh membincang dengan doktor di hospital, anda juga boleh mengunjungi laman web kami https://www.doctoroncall.com.my/ untuk mendapatkan konsultasi daripada doktor kami melalui forum, live chat, sesi audio atau video sebelum membuat sebarang keputusan untuk anak anda.
Apakah Itu Limpa?
Apa Bacaan Tekanan Darah Yang Normal Dan Tinggi?
Limpa adalah organ yang sering terlibat dalam sistem imuniti dan hematologi (darah). Antara fungsi limpa adalah seperti:
- Penapis darah
- Stor Komponen Darah
- Sistem Imuniti
Setiap sel darah merah mempunyai jangka hayat, iaitu selama 120 hari. Oleh itu, sel darah yang telah rosak, dengan struktur yang tidak normal, tua atau kehilangan fungsi akan disalurkan ke limpa untuk diproses dan dibuang dari badan manusia. Cuba bayangkan jika badan kita menghasilkan sel darah tetapi tiada tempat pembuangannya, bagaimana darah boleh mengalir dalam saluran darah yang sempit ini? Oleh itu, limpa dalam badan manusia ini serupa pengawai polis yang menapiskan penjahat dalam masyarakat.
Selain daripada menapis, limpa juga boleh menjadi stor untuk komponen darah seperti sel darah putih, sel platelet dan sel darah merah. Hampir 30 peratus sel darah merah dan komponen darah yang lain yang disimpan dalam limpa akan dilepaskan ke dalam saluran darah semasa diperlukan.
Limpa merupakan organ yang paling aktif terlibat dalam sistem imuniti kerana sel darah putih yang terdapat dalamnya. Jika badan kita dijangkiti oleh virus, bakteria, kulat ataupun organisma yang lain, limpa akan memberikan reaksi yang segera dengan melepaskan sel darah putih yang secukupnya untuk membasmi organisma-organisma tersebut.
Bolehkah Kita Hidup Tanpa Limpa?
Bagi sesetengah individu, mereka terpaksa membuang limpa melalui pembedahan seperti dalam kes anak anda. Keputusan untuk membuang limpa ini bukan sebarang keputusan yang dibuat dengan segera, para doktor perlu berbincang dan menilai keadaan seseorang pesakit ini sama ada manfaat pembuangan limpa melebihi risiko ataupun tidak. Ya, manusia boleh hidup tanpa limpa kerana sistem organ lain seperti nod limfa, hati atau sumsum akan mengambil alih tugas limpa. Terdapat beberapa situasi yang mana memerlukan limpa untuk dibuang, antaranya:
- Kepecahan limpa akibat trauma.
- Abses atau nanah pada limpa.
- Kanser limpa.
- Pembengkakan limpa yang terlalu besar
- Penyakit hematologi (darah) seperti Thalassemia selepas pernilaian berdasarkan kriteria-kriteria.
Sebelum pembedahan untuk membuang limpa, doktor akan memberi vaksin Pneumoccocal untuk pesakit untuk melindungi pesakit daripada penyakit Pneumococcal pneumonia yang dahsyat ini. Doktor juga akan mengesyorkan pesakit untuk mendapatkan vaksin Influenza setiap tahun demi kesihatan.
Apakah Masalah Yang Boleh Terjadi Pada Limpa?
Semasa seseorang ini mengalami gejala sakit perut sebelah kiri, buah limpa ini mungkin telah dijejaskan. Berikut merupakan masalah yang boleh berlaku pada organ ini:
- Hypersplenism
- Jangkitan virus seperti virus Epstein Barr yang menyebabkan Infectious Mononucleosis.
- Jangkitan bakteria seperti Tibi yang menyebabkan abses limpa.
- Jangkitan jantung yang dikenali sebagai Infektif Endokarditis.
- Masalah hati yang meningkatkan tekanan darah dalam hati dan limpa (Hypertensi Portal).
- Kanser seperti kanser kalenjar getah bening (limfoma) atau kanser darah.
- Penyakit autoimun seperti Systemic Lupus Erythematous (SLE) atau Sarcoidosis.
- Penyakit darah seperti Sickel Cell Anaemia atau Thalassemia Major.
- Limpa Pecah
Ini merupakan istilah yang bermaksud aktiviti limpa yang terlalu aktif dan ia akan menyebabkan pembengkakan limpa (splenomegali) dan kekurangan darah dalam badan. Keadaan ini boleh disebabkan oleh banyak punca seperti:
Masalah ini selalunya berlaku selepas pesakit mengalami kemalangan jalan raya. Apabila impak roda stereng pada dada ini terlalu kuat, tulang rusuk akan patah dan bahagian tajam ini boleh menusuk organ limpa yang terletak di belakang tulang rusuk. Oleh itu, limpa akan pecah dan menyebabkan pendarahan dalaman yang serius. Selain itu, hal ini juga sering berlaku dalam dunia sukan, terutamanya acara tinju, kuasa peninju yang kuat ini jikalau terkena pada buah limpa ini boleh menyebabkan kecederaan dan kepecahan! Oleh itu, pembuangan limpa (splenektomi) mungkin diperlukan untuk menyelamatkan nyawa pesakit itu.
Rawatan penyakit limpa ini adalah dengan mengubati puncanya sama ada dengan ubat antibiotik, transfusi darah, kemoterapi atau pembedahan untuk membuang limpa. Terdapatnya beberapa kajian yang menasihatkan pesakit dengan limpa bengkak untuk makan dengan lebih berkhasiat. Berikut merupakan pantangan makanan limpa bengkak:
- Makanan yang akan menyebabkan alahan seperti makanan laut, gluten, soy dan sebagainya.
- Makanan dengan kandungan gula yang tinggi.
- Produk haiwan yang tidak berkualiti.
- Makanan yang telah diproses yang mengandungi tahap kimia dan toxin yang tinggi.
References