Terdapat pelbagai penyebab gatal kemaluan termasuklah peluh berlebihan atau tindak balas alergi. Dalam kes lain, ia mungkin disebabkan oleh keadaan kesihatan tertentu. Antara sebabnya ialah:
1) Jangkitan Kulat
Bagi lelaki, penyebab kepada gatal-gatal alat kelamin adalah kerana jangkitan kulat yang dikenali sebagai ‘jock itch’ dan dalam istilah perubatan ia dipanggil sebagai ‘tinea cruris’. Ia biasanya menjangkiti kawasan yang hangat dan lembap seperti alat kelamin, pangkal paha, punggung dan paha dalaman. Ia biasanya berlaku dalam kalangan atlet yang berpeluh banyak, dan agak berjangkit.
Manakala, bagi wanita, penyebab kepada gatal-gatal alat kelamin adalah kerana jangkitan kulat yang dikenali sebagai ‘thrush’. Lebih separuh daripada kaum wanita mendapat ‘vaginal thrush’ pada waktu tertentu dalam kehidupan mereka. Ia disebabkan oleh jangkitan yis kulat yang dipanggil Candida Albicans. Organisma ini hidup pada kulit di sekitar faraj atau vagina dan biasanya tidak berbahaya. Walau bagaimanapun, kulat boleh membiak dengan sangat cepat, terutamanya jika kawasan itu hangat dan lembap. Apabila ini berlaku, kulat mungkin masuk ke dalam vagina dan menyebabkan gejala seperti gatal-gatal.
2) Gatal-Gatal Di Bahagian Vulva (Kemaluan Wanita)
‘Pruritis vulvae’ sering disebabkan oleh tahap estrogen yang lebih rendah semasa menopaus, yang menyebabkan kulit vulva menjadi kering dan nipis. Ini boleh menyebabkan gatal-gatal, kesakitan dan terasa panas di bahagian kemaluan.
3) Iritasi Kulit
Gatal kemaluan boleh disebabkan apabila seseorang terdedah kepada perengsa (iritasi) atau alergen, di mana kulit di sekitar kemaluan dan pangkal paha akan mengalami keradangan. Orang yang mempunyai kulit sensitif mungkin bertindak balas terhadap:
- Sabun yang wangi, losyen, minyak wangi
- Serbuk pencuci pakaian, peluntur kain, pelembut kain, pewarna kain
- Produk feminin seperti semburan kebersihan vagina atau ‘douch’, pad haid, krim vagina
- Pakaian ketat seperti seluar jeans,seluar nilon yang ketat, serat sintetik
- Pendedahan kepada bahan seperti sarung tangan getah, tisu tandas, kondom
4) Keadaan kulit
- Psoriasis
- Ekzema
- Lichen simplex chronicus.
Keadaan-keadaan kulit ini selalunya akan memberi kesan terhadap bahagian-bahagian lain di tubuh badan, bukan hanya alat kelamin.
5) Jangkitan seksual (sexually transmitted infection – STI )
Gatal di kemaluan boleh disebabkan oleh beberapa jangkitan yang merebak melalui hubungan seksual atau sentuhan kulit. Antaranya termasuklah:
- Herpes genital - ini jangkitan seksual yang sangat menular (STI) yang disebabkan oleh jangkitan daripada virus herpes simplex. Ia mencetuskan gejala seperti:
- Gatal di kemaluan
- Sakit-sakit dan lepuh di kemaluan
- Demam
Tidak ada ubat yang sesuai untuk herpes genital. Sesetengah orang yang mempunyai gejala kegatalan yang sangat teruk pada alat kelamin kerana jangkitan herpes. Kegatalan dapat membuatkan keadaan menjadi lebih teruk dan berisiko untuk mendapat jangkitan serta menjangkiti orang lain. Kebiasaannya doktor akan mengesyorkan ubat penghilang rasa sakit dan ubat antiviral, terutamanya semasa jangkitan pertama.
- ‘Trichomoniasis’ - gatal-gatal di bahagian kemaluan adalah simptom utama bagi penyakit ini yang disebabkan oleh jangkitan parasit. Kebanyakan orang tidak mempunyai gejala dan tidak tahu bahawa mereka dijangkiti. ‘Trichomoniasis’ lebih kerap berlaku pada kaum wanita, terutama wanita yang lebih tua.
- ‘Bacterial vaginosis’ - Ini adalah keadaan yang boleh menyebabkan kegatalan alat kelamin pada wanita. Ia terjadi apabila terlalu banyak bakteria tertentu menjejaskan keseimbangan di dalam vagina. Secara teknikalnya, tidak dikelaskan sebagai STI tetapi risiko untuk anda mendapatnya lebih tinggi jika anda aktif secara seksual. Kira-kira separuh daripada wanita yang mengalaminya tidak mempunyai gejala.
6) Kudis buta
7) Jangkitan kutu di bahagian kemaluan(‘pubic lice’)
8) Diabetes/ kencing manis
9) Menopaus
10) Kanser – kanser vulva, kanser vagina, kanser penis