Bagaimana mengenali gejala penyakit jantung (Heart Disease)?

Anonymous

Selamat pagi, doktor. Saya seorang lelaki berusia 67 tahun. Saya sudah pun bersara dan isteri saya berusia 62 tahun. Beliau seorang suri rumah sahaja dan sentiasa menjaga saya di rumah. Kami mempunyai 3 orang anak yang sudah besar dan menjalani kehidupan masing-masing.

Sejak kebelakangan ini, saya mempunyai masalah sesak nafas. Masalah ini awalnya sedikit sahaja dan saya abaikannya tetapi lama kelamaan masalah ini lebih menjadi-jadi. Sekarang apabila saya berjalan ke bilik air pun saya sudah mengalami sesak nafas yang kritikal. Tambahan pula, saya juga mula mengalami sakit dada. Sakit dada tersebut dirasa di bahagian tengah dada saya. Sakit ini selalunya datang apabila saya sedang melakukan kerja seperti mengangkat barang atau pun berjalan merintangi angin. Kadang kala sakit dada yang datang terlampau sakit sehingga saya tidak dapat berbuat apa-apa. Saya juga pernah sekali ingat bahawa saya akan mati kerana sakit tersebut.


Selain itu, saya juga selalu suka makan makanan yang berkolesterol tinggi. Ini memang sudah dinasihatkan oleh anak-anak saya agar berhenti tetapi saya tidak boleh melakukannya. Saya memang gemar makan ayam goreng sambil menonton televisyen. Kemungkinan ini telah menjadi punca saya mendapat sakit dada seperti ini. Bolehkah doktor menerangkan kepada saya punca berlakunya sakit dada ini dan cara menyembuhkannya dengan cepat? Mungkinkah ia sakit jantung?

Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang lelaki berusia 67 tahun. Saya sudah pun bersara dan isteri saya berusia 62 tahun. ... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA

Terima kasih encik atas soalan tersebut. Berdasarkan apa yang encik ceritakan, saya mendapati encik mempunyai risiko tinggi menghadapi sakit jantung (Heart Attack).Sakit dada yang dialami encik ini dipanggil sebagai angina.

Terima kasih encik atas soalan tersebut. Berdasarkan apa yang encik ceritakan, saya mendapati encik mempunyai risiko ... See More

Proses sakit jantung

Sakit jantung ini boleh berpunca daripada pelbagai sebab tetapi dalam kes encik, mungkin encik mendapat serangan ini disebabkan oleh kolesterol yang tinggi.

Hal ini kerana kolesterol yang tinggi dalam badan akan menyebabkan ‘atherosclerosis’ di mana kolesterol yang berlebihan akan menyebabkan saluran darah menjadi tebal dan perlahan-lahan menyekat aliran darah.

Jika ini berlaku pada saluran darah di jantung akan mengakibatkan sakit jantung.

Penyebab sakit jantung

Sakit jantung merupakan satu penyakit yang sangat kronik serta kritikal yang boleh mengundang maut jika tidak mendapat rawatan dengan segera. Berdasarkan statistik, sakit jantung merupakan punca nombor 2 kematian dalam kalangan masyarakat. Ianya merupakan sebuah langkah yang baik untuk mengenal pasti penyebab sakit jantung ini supaya dapat memudahkan kita nanti. Serangan sakit jantung ini juga dikenali sebagai ‘Acute Coronoary Syndrome (ACS)’.

Acute Coronary Syndrome (ACS)

ACS ini pula terbahagi kepada tiga jenis di bawahnya iaitu:

  • ‘Unstable angina’ (UA)
  • ‘Non ST elevation myocardial infarction’ (NSTEMI)
  • ‘ST elevation myocardial infarction’ (STEMI)
  • ‘Myocardial’ merupakan bahagian otot jantung iaitu myocardium
  • ‘Infarction’ pula bermaksud kekurangan oksigen yang membawa kepada kematian sel
  • ‘Angina’ membawa maksud sakit di bahagian dada kerana kekurangan oksigen pada otot jantung
  • "Unstable angina’ merujuk kepada sakit di bahagian dada yang datang secara tiba-tiba walaupun pesakit sedang baring dan berehat

Artherosclerosis

Punca utama berlakunya masalah ini ialah sebuah keadaan yang dinamakan ‘atherosclerosis’. ‘Atherosclerosis’ ini merupakan sebuah fenomena di mana saluran darah akan menjadi tebal disebabkan oleh pengumpulan kolesterol secara berlebihan pada bahagian tersebut. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan tekanan aliran darah meningkat untuk mengatasi halangan tersebut justeru membawa kepada serangan sakit jantung ini.

Aneurisma

Selain daripada itu, terdapat sebuah keadaan yang dipanggil sebagai anuerisma. Keadaan ini terjadi apabila saluran darah menjadi lemah dan apabila darah melaluinya dengan tekanan yang agak tinggi maka ia akan membawa kepada retakan saluran darah. Keadaan ini jika berlaku pada saluran darah koronari sangat berbahaya dan hal ini sekali gus akan membawa kepada fenomena serangan sakit jantung tersebut.

Gejala sakit jantung

Seperti yang kita ketahui, sakit jantung ini sesuatu yang sangat membahayakan dan harus dirawat dengan segera. Namun demikian terdapat beberapa tanda yang boleh memberikan sedikit tunjuk ajar kepada kita mengenai gejala sakit jantung ini. Gejala sakit jantung adalah seperti berikut:

  • Sesak nafas
  • Sakit pada bahagian dada selalunya pada bahagian tengah dada atau lebih ke sebelah kiri
  • Rasa cemas, gelisah, tertekan, dada berasa seperti dihimpit
  • Sakit pada bahagian badan seperti lengan kiri, dagu atau gigi
  • Sakit perut
  • Loya dan muntah
  • Batuk

Kesemua gejala ini merupakan tanda bahawa serangan sakit jantung telah terjadi dan dengan segera perlu berjumpa dengan seorang doktor pakar jantung supaya dapat dirawat.

Rawatan sakit jantung

  • Rawatan yang dapat diberikan kepada golongan pesakit yang terkena serangan jantung ini ialah dalam bentuk ubat.
  • Ubat yang diberikan akan dapat mengurangkan sakit pada bahagian dada sekali gus mengurangkan tekanan darah yang tinggi di saluran darah pada bahagian jantung. Ubat-ubat ini harus diambil atas arahan dan nasihat doktor sahaja dan tidak boleh dilupakan.
  • Selain itu juga, terdapat ubat cair darah yang dapat diambil bagi mencairkan darah yang telah menjadi pekat disebabkan oleh kolesterol yang berlebihan dalam badan. Dengan pengambilan ubat seperti ini, aliran darah akan menjadi lebih lancar dan menghalang pengumpulan kolesterol secara berlebihan sehingga menyekat aliran darah.
  • Antara ubatan yang boleh diberikan ialah seperti ‘aspirin’, ‘nitroglycerin’, ‘ACE inhibitors’, ‘antiplatelets’ dan banyak lagi.
  • Selain daripada ubat-ubatan, sekiranya serangan jantung telah bertambah serius dan kritikal maka ianya lebih baik untuk menjalani pembedahan.

Rawatan pembedahan

Antara pembedahan yang dilakukan ialah seperti:

  • Angioplasti: Paip kecil dengan belon di hujungnya akan dimasukkan ke dalam saluran darah yang bermasalah itu lalu belon tersebut akan dikembangkan supaya halangan pada saluran darah akan dapat dihancurkan dan darah akan berjalan dengan lancar semula
  • ‘Coronary Artery Bypass Graft’: Kaedah ini merupakan sebuah kaedah yang digunakan untuk mencipta sebuah saluran darah baru supaya aliran darah akan berjalan lancar dan halangan yang sedia ada akan dapat diabaikan

Gaya hidup sihat

Seterusnya, pesakit yang mengalami masalah sakit jantung ini juga harus mengubah suai gaya hidup mereka. Hal ini kerana mereka harus berusaha ke arah gaya hidup yang lebih sihat dan bebas daripada sebarang penyakit. Oleh itu, terdapat beberapa kaedah yang boleh diikuti untuk mengamalkan gaya hidup sihat ini.

  • Senaman ringan: Setiap individu harus mengamalkan sedikit senaman ringan seperti berjalan lebih kurang 30 minit atau berbasikal. Hal ini kerana ia akan membantu melancarkan aliran darah serta mengukuhkan otot jantung. Ini juga sekali gus akan dapat mengurangkan kolesterol dalam badan dan mencegah masalah yang tidak diingini.
  • Makanan yang berkhasiat: Setiap individu juga harus mengamalkan pemakanan yang seimbang iaitu kurangkan makanan yang berkolesterol tinggi serta banyakkan makanan seperti sayuran dan buah-buahan. Ini juga akan dapat mengurangkan kadar kolesterol dan gula dalam badan supaya tubuh badan akan sentiasa sihat.

Secara kesimpulannya, saya berpendapat encik haruslah kurangkan makanan berkolesterol.Encik juga haruslah mengamalkan gaya hidup sihat dengan banyakkan makan makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

Selain itu juga, encik haruslah sentiasa melakukan senaman ringan bagi menguatkan otot jantung supaya darah akan berjalan lancar dalam tubuh badan. Encik juga haruslah berjumpa dengan seorang doktor pakar jantung untuk lawatan lanjut. Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor kami di lamanwww.doctoroncall.com.my

References