Maka, bagaimana anda ingin mengelakkannya daripada berlaku? Jawapannya ialah pemilihan pakaian yang bersesuaian dan tebal. Sesuai dengan lokasi yang anda ingin kunjungi, anda harus memilih pakaian yang bertepatan. Pakai topi, sarung tangan, baju tebal mengikut musim, skaf leher dan sebarang pakaian yang akan mengekalkan suhu badan anda.
Selain itu, jangan lakukan aktiviti yang mendedahkan anda kepada kelembapan dan air. Pastikan anda kekal kering sepanjang tempoh pendakian anda. Bukan sekadar tebal, pakaian yang digunakan perlulah kalis air agar anda tidak terdedah kepada suhu sejuk tersebut. Jika anda terperangkap di dalam bot dan dikelilingi air yang sejuk atau berais, jangan cuba berenang ke daratan. Tunggu bantuan yang terdekat.
Apakah bantuan yang akan diberikan untuk mengelakkan suhu anda terus jatuh dan memulihkan suhu badan anda seperti sedia kala? Anda akan diberi bantuan dalam bentuk berikut:
- Anda akan dijaga dengan baik dan berhati-hati kerana sebarang urutan atau hentakan kasar akan menyebabkan anda berisiko tinggi mendapat komplikasi seperti jantung berhenti berfungsi secara tiba-tiba.
- Pakaian anda yang basah dan lembap akan ditukar. Mereka akan menggunting pakaian anda dan membalut seluruh tubuh badan anda dengan selimut termasuk muka kecuali mulut anda. Jika tiada selimut, mereka akan menggunakan haba daripada badan mereka dengan memeluk anda. Jika anda masih sedar, air suam akan diberikan untuk menghangatkan badan anda.
- Anda akan dituam dengan botol panas atau suam pada dada, leher dan pangkal peha untuk memastikan darah mengalir ke otak, paru-paru dan jantung.
- Jika anda tidak sedar, anda akan diberi CPR iaitu tekanan pada dada bagi mengembalikan fungsi jantung anda.
- Apabila anda sampai di hospital anda akan diberi rawatan yang melibatkan cecair atau udara panas. Cecair panas atau darah anda akan dipanaskan untuk memastikan darah yang mengalir menghangatkan badan anda.