Getaran dalam terma perubatan dikenali sebagai tremor dan boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai sakit penyakit. Tremor kebiasaannya merujuk kepada perbuatan getar secara spontan diluar kawalan seseorang. Perbuatan ini juga tidak hanya terhad kepada kaki dan boleh terjadi pada anggota badan lain seperti tangan dan kepala bergetar.
Mari Mempelajari Maksud Kaki Bergetar, Punca Dan Cara Untuk Mengenalpastinya
Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Kaki Bergetar ?
Ketahui Penyebab Kepada Gejala Kaki Bergetar
Fenomena kaki bergetar boleh disebabkan oleh pelbagai perkara semudah stress sehinggalah kepada masalah kesihatan yang serius.
- Hpertiriod. Ia merupakan kondisi dimana jumlah hormon tiroid dalam darah berada pada takat yang tinggi daripda normal. Kelenjar tirioid yang terletak pada leher manusia bertindak dalam menghasilkan hormon endokrin yang fungisnya adalah untuk mengawal metabolisma badan seseorang. Metabolisma pula merupakan fisiologi normal dalam badan yang berkaitan dengan penggunaan tenaga. Pesakit hipertiroid selalunya akan mengalami simptom tangan berpeluh, kaki serta tangan bergetar, jantung berdegup kencang dan badan kekal kurus walaupun telah makan banyak.
- Hipoglikemia merupakan kondisi di mana kandungan gula dalam darah seseorang berada pada paras rendah. Hal ini sering terjadi kepada pesakit kencing manis yang mengambil insulin. Selain kaki bergetar, pesakit juga akan mengalami simptom seperti pening kepala, pitam, kepala berputar dan kabur penglihatan
- Demam panas. Pastinya setiap orang pernah mengalami masalah demam. Ia boleh terjadi disebabkan pelbagai sakit seperti demam denggi, jangkitan virus atau bakteria, demam campak dan banyak lagi. Ketika demam, badan akan bertindak balas dengan menjadi bergetar-getar. Hal ini berlaku disebabkan fisiologi otot yang megecut dan mengembang berlaku pada kadar yang pantas.
- Masalah psikiatri. Masalah psikiatri yang sering dikaitkan dengan gejala kaki bergetar ialah Masalah Keresahan (Anxiety Disorder) serta Panic Attack. Pesakit yang mengalami masalah berikut seringkali tidak dapat mengawal emosi serta perasaan mereka. Ketika sakit ini tidak terkawal atau muncul, pesakit akan mula berasa resah, sesak nafas, perut berdenyut, jantung berdegup kencing, sesak nafas dan juga kaki bergetar.
Apakah Itu Sindrom Kaki Gelisah ?
Pernahkah anda terdengar tentang sindrom kaki gelisah atau terma lainnya dikenali sebagai Willis-Ekbom Disorder. Sehingga kin, punca kepada permasalahan ini masih lagi menjadi tanda tanya namun terdapat beberapa teori yang mengatakan ia berpunca daripada masalah kekurangan zat besi dalam badan. Selain kekurangan zat besi, fenomena ini boleh juga diakibatkan oleh penyakit lain. Sebagai contoh:
- Kerosakan buah pinggang
- Parkinson’s Disease
- Pesakit buah pinggang yang menjalani hemodialisis
- Masalah psikiatri iaitu Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan (ADHD)
- Diabetes Mellitus
- Neuropati Periferal
Pesakit yang mengalami sindrom ini bukan sahaja akan mengalami kaki bergetar, malah beliau turut akan merasai gejala lain iaitu kaki terasa kebas, kaki seperti terkena jarum ataupun elektrik.
Gejala Kaki Bergetar Berpunca Daripada Masalah Saraf
Sistem saraf merupakan elemen penting yang mengesan ransangan terhadap tubuh badan dan juga menghasilkan respond yang sepatutnya. Sudah pastinya saraf ini juga bertindak setelah mendapatkan maklum balas daripada otak yang mengawal gerak geri badan seseorang. Jika satu komponen sisteem ini terganggu maka reaksi seseorang terhadap sesuatu rangsangan juga akan kelihatan aneh. Antara penyakit yang saraf yang akan menyebabkan gejala kaki bergetar ialah:
- Penyakit Angin Ahmar atau strok. Penyakit ini meyebabkan pengaliran oksigen ke otak terganggu dan jika perkara ini berlarutan ia akan menyebabkan sel-sel otak mati. Jika perkara ini terjadi, maka otak tidak dapat bertindak dan mememberikan tindak balas sepatutnya terhadap suatu rangsangan. Komplikasi terhadap masalah ini ialah distonia yang merujuk kepada keadaan kaki serta tangan yang berada pada postur abnormal. Selain itu, badan pula akan mula menunjukkan pergerakkan seperti kekejangan dan ada sesetengah pesakit juga mengalami otot atau pipi bergerak sendiri atau dalam bahasa inggeris muscle twitching.
- Parkinson. Sakit ini amat lazim berlaku kepada golongan yang berusia dan ia juga pernah menimpa peninju terkenal daripada Amerika Syarikat iaitu Muhammad Ali. Pesakit yang mengalami masalah ini bukan sahaja akan menunjukkan simptom kaki bergetar malam pergerakan mereka akan menjadi lambat, postur badan yang condong kegadapan dan pergerakan badan yang tidak normal. Sakit ini dipercayai berpunca daripada penurunan hormon dopamin dalam otak yang bertanggungjawab dalam mengawal pergerakan tubuh badan.
Cara Mengenalpasti Punca Kaki Bergetar
Pelbagai pemeriksaan klinikal mahupun pengunaan teknologi boleh untuk dilakukan dalam mengenalpasti punca bagi masalh ini. Sudah pastinya, doktor akan bertanyakan soalan tentang sejarah sakit seperti masalah kesihatan sedia ada seperti darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Selepas itu, beralih kepada pemeriksaan darah yang merangkumi kandungan zat besi, hormon tiroid, sel darah merah, paras gula serta bahan toksik dalam badan.
Selepas itu, teknik pengimejan akan dilakukan dalam beberapa keadaan tertentu yang melibatkan otak sebagai contoh strok, barah atau jangkitan otak. Selain itu, pemeriksaan otot dengan mengunakan teknik Electromyography juga boleh untuk dilakukan bagi melihat pola elektrik pada saraf otot. Terdapat juga sakit yang dikenalpasti melalui pemeriksaan klinikal iaitu Parkinson’s Disorder
References