Rawatan untuk kanser pankreas bergantung kepada peringkat dan lokasi kanser serta status kesihatan anda. Bagi kebanyakan orang, matlamat pertama rawatan kanser pankreas adalah untuk menghapuskan kanser, jika boleh. Apabila itu bukan satu pilihan, fokusnya adalah untuk meningkatkan kualiti hidup anda dan mencegah kanser daripada berkembang atau menyebabkan lebih banyak mudarat. Apabila kanser pankreas berada pada tahap terakhir atau semakin teruk, dan rawatan ini tidak memberikan sebarang manfaat, doktor anda akan menawarkan penjagaan paliatif yang menjadikan anda lebih selesa sebaik mungkin.
A) Pembedahan
Pembedahan yang digunakan untuk pesakit kanser pankreas termasuklah:
- Pembedahan untuk tumor di kepala pankreas. Jika kanser anda terletak di kepala pankreas, anda mungkin dipertimbangkan untuk pembedahan yang dipanggil prosedur Whipple (pancreaticoduodenectomy).
- Pembedahan untuk tumor melibatkan badan pankreas dan ekor pankreas.
- Pembedahan untuk membuang seluruh pankreas.
- Pembedahan untuk tumor yang menjejaskan pembuluh darah berhampiran.
Setiap pembedahan ini membawa risiko pendarahan dan jangkitan. Selepas pembedahan, sesetengah orang mengalami loya dan muntah sekiranya mengalami kesukaran untuk mengosongkan perut. Kemungkinan anda mengalami masa pemulihan yang panjang selepas mana-mana pembedahan ini. Anda akan menghabiskan beberapa hari di hospital dan kemudian pulih selama beberapa minggu di rumah.
B) Kemoterapi
- Kemoterapi menggunakan ubat-ubatan untuk membantu membunuh sel kanser.
- Ubat-ubatan ini boleh disuntik ke dalam pembuluh darah atau diambil secara oral. Anda mungkin menerima satu ubat kemoterapi atau gabungannya.
- Kemoterapi juga boleh digabungkan dengan terapi radiasi (kemoradiasi). Ia biasanya digunakan untuk merawat kanser yang telah merebak luar dari pankreas, tetapi hanya kepada organ-organ berdekatan dan bukan ke organ lain yang jauh dari pankreas.
C) Terapi radiasi
- Terapi radiasi menggunakan tenaga yang tinggi, seperti yang diperbuat dari sinar-X dan proton, untuk memusnahkan sel kanser.
- Anda mungkin terima rawatan radiasi sebelum atau selepas pembedahan kanser, selalunya digabungkan dengan kemoterapi.
- Atau doktor anda boleh mengesyorkan kombinasi radiasi dan rawatan kemoterapi apabila kanser anda tidak dapat dirawat melalui pembedahan.
Jika terdapat apa-apa kemusykilan, sila rujuk nasihat doktor yang boleh dijumpai di klinik atau hospital. Jika ia bukan kecemasan, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor di laman web
www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.