Rawatan untuk air kencing berbuih adalah berdasarkan punca air kencing berbuih.
- Untuk air kencing berbuih yang tidak disebabkan oleh masalah kesihatan anda tidak perlu membuat apa- apa. Anda hanya perlu minum lebih banyak air dan juga air yang berkhasiat dan kaya dengan minerals dan vitamins.
- Anda juga perlu minum sekurang - kurang 8 gelas air setiap hari.
- Untuk punca air kencing berbuih yang disebabkan oleh masalah kesihatan anda perlu merawat masalah yang menyebabkan air kencing berbuih dan masalah tersebut akan hilang dengan sendiri.
Jangkitan kuman pundi kencing
Untuk jangkitan kuman pundi kencing anda boleh mengambil ubat antibiotik untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Dos untuk ubat antibiotik adalah berdasarkan pada berat badan anda, bagi wanita yang mengandung anda mempunyai jenis antibiotik yang berlainan dengan individu biasa. Ubat - ubat antibiotik ini hanya boleh diambil selepas konsultasi dengan doktor kerana anda tidak boleh mengambil ubat - ubat ini tanpa preskripsi dan perlu diambil mengikut keterukan jangkitan tersebut.
Bagi wanita yang mengandung, anda mempunyai jenis ubat antibiotik khas yang berlainan daripada individu lain. Justeru amat penting untuk anda memaklumkan status kehamilan anda kepada doktor sewaktu pemeriksaan kesihatan dilakukan.
Untuk mendapatkan ubat - ubat yang sesuai dengan diri anda, anda boleh bercakap dengan doktor kami.
Masalah buah pinggang
Manakala untuk masalah buah pinggang anda perlu memastikan punca masalah buah pinggang tersebut. Punca - punca masalah buah pinggang adalah :
- Jangkitan kuman Streptococcus
Rawatan untuk air kencing berbuih jikalau puncanya ialah masalah buah pinggang adalah untuk menyelesaikan masalah tersebut mengikut sebabnya dengan ubat yang sesuai. Sesetengah masalah buah pinggang memerlukan dialisis sebagai rawatan.
Kehamilan
Ada sesetengah masanya punca kencing berbuih adalah disebabkan oleh kehamilan. Anda boleh memastikannya dengan ujian hamil. Jikalau anda memang mengandung dan tiada tanda - tanda lain anda tidak perlu risau dan ia akan hilang dengan sendiri.
Sakit Darah Tinggi & Eklampsia masa mengandung
20% peratus daripada wanita yang mengandung akan mengalami sakit darah tinggi dan eklampsia, dan satu daripada tandanya adalah air kencing berbuih. Ia boleh dirawat dengan ubatan yang diberikan melalui preskripsi doktor.
Semua jenis ubatan hanya boleh diambil selepas mendapat konsultasi daripada doktor dan juga selepas didiagnosis dengan penyakit tersebut kerana ia mengandungi risiko - risiko tersendiri. Anda boleh berbincang dengan doktor kami untuk memastikan ubat yang terbaik untuk anda.
Diet tinggi dengan protein
Ada sesetengah orang yang berdiet dan hanya makan protein sahaja sebagai sumber makanan, dalam kes - kes ini mereka juga akan mengalami air kencing berbuih. Untuk menyelesaikannya mereka hanya perlu mengubah diet mereka dan masalah kencing berbuih akan selesai dengan sendiri.
Rawatan di rumah untuk air kencing berbuih
Anda boleh merawati air kencing berbuih di rumah juga pada sesetengah masa. Misalnya jika anda mengalami jangkitan kuman anda juga mencuba rawatan tradisional tersebut :
- Minum air kelapa ataupun jus kranberi, ia akan membersihkan saluran kencing
- Makan ubat vitamin C, vitamin C dikatakan akan melawan jangkitan kuman tersebut
- Kurangkan air yang berkarbonat dan juga kopi kerana ia akan menyebabkan jangkitan kuman pundi kencing untuk bertambah teruk
- Makan lebih lobak putih dan juga labu botol, dikatakan akan mengurang kepedihan semasa kencing dan juga jangkitan kuman pundi kencing.
- Anda juga boleh mengelak daripada mendapatkan masalah air kencing berbuih dengan tidak menahan air kencing. Jika anda menahan air kencing anda, ia akan menggalakkan kuman untuk membiak dalam pundi kencing anda.