Apakah Penyebab Kencing Berdarah?

Anonymous
Selamat pagi,doktor. Saya berumur 35 tahun dan bertugas sebagai guru di salah sebuah sekolah menengah. Saya sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Saya ingin bertanya mengenai kencing berdarah. 3 hari yang lepas, saya ada mengalami kencing berdarah ini dan ia diikuti dengan rasa sakit ketika membuang air kecil. Perkara ini berlaku sekali sehari dan bukannya setiap kali saya kencing dan darah itu akan keluar di penghujung apabila saya sudah hampir siap kencing. Warna darah itu adalah merah terang dan tiada ketulan darah yang dapat dilihat pada air kencing tersebut dan pada waktu itu, saya tidak mengalami darah haid. Kadang-kadang, air kencing saya seperti berkeladak dan berbau busuk.

Selain daripada itu, saya juga ada mengalami sakit di bahagian pinggang yang datang secara beransur-ansur sejak mengalami kencing berdarah ini. Sehari yang lepas, saya juga mula berasa demam panas lebih kurang 38.5 degree Celsius dan mengalami muntah-muntah dan loya pada waktu malam. Kekerapan saya untuk kencing pada setiap hari juga turut meningkat. Saya berasa risau memikirkan adakah kencing berdarah ini adalah disebabkan oleh jangkitan kuman atau disebabkan oleh penyakit lain.

Jadi,doktor, apakah penyebab kepada kencing berdarah ini? Adakah penyakit saya ini serius dan memerlukan saya untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang terperinci?
Anonymous
Selamat pagi,doktor. Saya berumur 35 tahun dan bertugas sebagai guru di salah sebuah sekolah menengah. Saya sudah b... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih atas soalan anda. Berdasarkan butiran-butiran yang diberi, kemungkinan besar penyebab anda kencing berdarah (Blood In Urine) anda ialah jangkitan terhadap bahagian buah pinggang dan sistem saluran kencing. Saya mengesyorkan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya doktor dapat menjalankan ujian terhadap air kencing anda dan memberikan rawatan yang sempurna. Penyakit ini boleh menjadi lebih serius jika tidak diberikan rawatan dengan segera. Kencing berdarah juga boleh disebabkan oleh sesuatu yang tidak berkaitan dengan sistem saluran kencing dan ia boleh jadi sesuatu yang normal atau tidak normal.
Terima kasih atas soalan anda. Berdasarkan butiran-butiran yang diberi, kemungkinan besar penyebab anda kencing berdarah... See More

APAKAH KENCING BERDARAH


  • Apabila nampak air kencing berwarna merah, ia adalah sesuatu yang merisaukan. Ia boleh jadi sesuatu yang tidak berbahaya atau ia menunjukkan petanda kepada penyakit yang lebih serius. 

  • Dalam istilah perubatan, darah yang boleh dilihat dengan mata kasar dipanggil sebagai "gross hematuria", manakala darah dalam air kencing yang boleh dilihat melalui mikroskop ketika doktor menguji air kencing dipanggil sebagai "mikroskopik hematuria".

  • Jika terdapat banyak darah di dalam air kencing, darah tersebut akan membentuk darah beku. 

  • Penggumpalan darah tersebut akan menghalang aliran air kencing, menyebabkan sakit yang amat teruk dan tidak mampu untuk kencing. 

  • Pendarahan yang teruk sehingga terbentuknya ketulan kebiasaannya disebabkan oleh kecederaan di bahagian sistem saluran kencing.

GEJALA BERKAITAN DENGAN KENCING BERDARAH


Pesakit yang mengalami kencing berdarah atau hematuria boleh datang dengan gejala yang lain seperti: 

  • sakit di bahagian tepi atau bawah di bahagian pinggang, 
  • sakit di bahagian bawah abdomen, 
  • rasa hendak terkencing yang tidak boleh ditahan lagi atau 
  • susah untuk mengeluarkan air kencing


APAKAH PENYEBAB KENCING BERDARAH


Air kencing berwarna merah tidak selalunya disebabkan oleh sel darah merah. Ia juga boleh disebabkan kan oleh:

  • Hemoglobin ( yang membawa oksigen dalam sel darah merah ) dalam air kencing kerana pemecahan sel darah merah

  • Protein otot (myoglobin) dalam air kencing disebabkan oleh pemecahan sel-sel otot

  • ‘Porphyria’ (sejenis penyakit yang terhasil disebabkan oleh kekurangan enzim yang terlibat dalam penghasilan heme, sebatian kimia yang mengandungi zat besi dan memberikan kemerahan kepada warna darah)

  • Makanan (seperti ubi bit, rhubarb, dan kadang-kadang pewarna makanan)

  • Ubat-ubatan seperti rifampin dan phenazopyridine

PENYAKIT SALURAN KENCING

Kencing berdarah boleh disebabkan oleh masalah berkaitan dengan buah pinggang atau bahagian lain dalam sistem saluran air kencing , seperti:

1. Kanser pundi kencing / kanser buah pinggang

2. Jangkitan terhadap buah pinggang, pundi kencing, prostat atau urethra

3. Inflamasi terhadap buah pinggang (glomerulonephritis), pundi kencing, prostat atau urethra

4. Kecederaan terhadap buah pinggang atau pundi kencing

5. Batu karang di buah pinggang atau pundi kencing

6. Penyakit buah pinggang selepas sakit tekak (‘post-streptococcal glomerulonephritis) – penyebab kepada kencing berdarah dalam kalangan kanak-kanak

7. Kegagalan buah pinggang

8. ‘Polycystic kidney disease’

9. Prosedur saluran kencing seperti ‘catheterization’, proses berkhatan dan biopsi buah pinggang.

MASALAH BERKAITAN DENGAN PENDARAHAN / “BLEEDING DISORDER”

Jika tiada masalah berkaitan dengan struktur atau anatomi buah pinggang, saluran kencing, prostat atau kemaluan, kemungkinan doktor akan menjalankan ujian untuk memeriksa sama ada anda menghadapi penyakit berkaitan dengan darah (bleeding disorder). Sebab-sebabnya termasuklah:

  • Hemophilia

  • Ketulan darah dalam buah pinggang

  • Penggunaan ubat antikoagulan

  • ‘Sickle cell disease’

  • Thrombocytopenia (kurang bilangan sel platelet)

Darah yang kelihatan ia berada dalam air kencing mungkin juga boleh datang dari punca yang lain , contohnya:

  • Vagina (bagi perempuan)

  • Ejakulasi , selalunya disebabkan oleh masalah prostat (bagi lelaki)

  • Pergerakan usus (berak berdarah)

APAKAH RAWATAN KENCING BERDARAH


Rawatan adalah bergantung kepada penyebab terhadap kencing berdarah tersebut. Kebiasaannya, tiada rawatan yang diperlukan melainkan ia adalah penyakit serius yang menyebabkan kencing berdarah. 

  • Pengambilan antibiotik untuk merawat jangkitan saluran kencing, 

  • Pengambilan ubat untuk mengecilkan saiz prostat yang membesar

  • Menjalani terapi gelombang kejutan (shock wave therapy) untuk memecahkan batu karang di dalam buah pinggang atau pundi kencing. 

  • Jika aliran air kencing dihalang oleh ketulan-ketulan darah, kebiasaannya doktor akan memasukkan tiub yang fleksibel ke dalam pundi kencing dan cuba untuk mengeluarkan ketulan darah tersebut.

UJIAN SUSULAN


Jika tiada penyebab yang dapat dikesan ketika penilaian awal melalui ujian air kencing, anda mungkin dinasihatkan untuk datang ke hospital untuk rawatan susulan termasuklah ujian air kencing dan pengawalan tekanan darah setiap 3-6 bulan, terutamanya jika anda mempunyai faktor risiko untuk kanser pundi kencing seperti berumur 50 tahun dan ke atas, merokok atau terdedah kepada bahan kimia industri yang tertentu.

Jika terdapat apa-apa kemusykilan, sila rujuk nasihat doktor yang boleh dijumpai di klinik ataupun hospital. Jika ia bukan kecemasan, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor di laman web www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.


References