Apakah itu biji chia(Chia seed) dan khasiat serta kegunaanya?
Hello, doktor. Saya berumur 36 tahun dan saya sedang mencari suplemen tambahan untuk diamalkan seharian untuk kesihatan dan kuruskan badan. Saya telah mencuba pelbagai jenis ubat dan jamu tradisional dan saya merasakan rawatan tersebut seperti tidak memberi kesan kepada saya. Sebelum ini, saya ada mencuba jus delima dari syarikat terkemuka tetapi wujud pula kesan sampingan yang lain. Badan saya mula menjadi gatal-gatal, ruam dan saya tidak boleh tidur malam dengan nyenyak setiap hari. Saya berfikir mungkin ia bukan hasil daripada jus delima yang asli dan badan saya tidak sesuai dengannya. Baru-baru ini, kawan saya mengesyorkan pengambilan biji chia dan saya ingin bertanya kepada doktor, patutkah saya mengamalkan pengambilan biji chia dan apakah kesan sampingan daripada biji tersebut?
Apakah itu Chia Seed
Apakah kegunaan Chia Seed
Apakah khasiat Chia Seed
Hasil Chia Seed
- Ujian pertama menilai bagaimana tikus Wistar yang sihat bertindak balas terhadap tiga minggu diet kaya dengan sukrosa (SRD) di mana biji chia membentuk sumber lemak utama bagi diet.
- Ujian kedua dibuat ke atas tikus yang sihat dan ia diberi makan SRD selama tiga bulan supaya ia mengalami dislipidemia dan rintangan insulin. Kemudian, mereka memberi makan tikus-tikus yang berpenyakit ini dengan SRD dan biji chia untuk dua bulan lagi.
- Semasa kajian pertama, memakan biji chia sepenuhnya menghalang permulaan pembentukan kolesterol (dyslipidemia) dan rintangan insulin. Malah, paras gula dalam darah pada tikus ini tidak berubah sama sekali walaupun mempunyai 65 peratus daripada diet terdiri daripada gula selama tiga minggu.
- Semasa kajian kedua, selepas tikus yang mengalami dislipidemia dan diabetes diberi makan biji chia dan SRD selama dua bulan, mereka pulih sepenuhnya dari penyakit tersebut. Penyelidik juga mendapati bahawa penambahan makanan biji chia juga mengurangkan “visceral adipose tissue”, tisu "lemak perut" yang memberi kesan terhadap metabolisme badan dan merupakan komponen obesiti.
Jika terdapat apa-apa kemusykilan, sila rujuk nasihat doktor yang boleh dijumpai di klinik atau hospital. Jika ia bukan kecemasan, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor di laman web www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.
References