Apakah Normal Bagi Kitaran Haid (Normal Menstrual Cycle)?

Anonymous

Hai, saya nak bertanya tentang kitaran haid. Saya baru berkahwin tahun lepas dan saya berumur 32 tahun. Sejak saya berumur 25 tahun saya ada masalah kitaran haid dan memandangkan saya berhajat nak ada anak, saya tidak pasti cara mengira waktu subur apabila haid saya tidak stabil. Saya mendapat haid pada umur 16 tahun, agak lambat juga sebab adik beradik perempuan saya semua mendapat haid pada umur 12 atau 13 tahun. Pada mula saya baru dapat haid, haid saya tidak teratur selama 3 bulan yang pertama. Selepas itu, haid menjadi stabil sehingga umur saya 25 tahun, haid saya datang sekali dalam dua atau tiga bulan. Saya ada makan ubat hormon, ia berkesan sementara waktu tetapi selepas saya kahwin, haid jadi tak teratur balik. Saya nak fahami apakah cara untuk kira tempoh kitaran haid yang normal? Bagaimana nak pastikan waktu subur bagi haid yang tidak teratur? Dan darah apakah yang dikeluarkan daripada badan semasa haid berlaku? Mohon penjelasan daripada doktor.

Anonymous
Hai, saya nak bertanya tentang kitaran haid. Saya baru berkahwin tahun lepas dan saya berumur 32 tahun. Sejak saya be... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA

Hai, terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Bagi wanita yang mengalami haid yang tidak teratur, agak sukar untuk mereka hamil. Ini kerana anda memerlukan telur di dalam ovari untuk menjadi matang dan dilepaskan untuk persenyawaan berlaku. Jika proses ini tidak berlaku, atas sebab ketidakstabilan hormon atau masalah kesihatan yang lain, peluang untuk hamil menjadi sangat tipis. Oleh itu, rawatan yang anda perlukan ialah mengatur semula kitaran haid anda supaya ia menjadi konsisten pada setiap bulan. Anda perlu dapatkan konsultasi sepenuhnya dengan doktor anda untuk mengenal pasti apakah masalah yang menyebabkan haid anda tidak teratur. 

Selain dari itu, berkenaan tentang kitaran haid dan prosesnya, ingin saya jelaskan lebih lanjut di bawah berikut.


Hai, terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Bagi wanita yang mengalami haid yang tidak teratur, agak... See More

Apakah itu kitaran haid?

Menstruasi atau haid adalah pendarahan bulanan bagi setiap wanita. Apabila anda mendapat haid, tubuh badan anda akan menggugurkan lapisan rahim. Darah haid akan menggugur dari dinding rahim dan keluar melalui pembukaan kecil di serviks dan seterusnya melalui vagina. Kebiasaannya haid berlaku selama 3 hingga 5 hari.

Apabila haid anda datang secara teratur, ini dipanggil sebagai kitaran haid. Kitaran haid secara tetap menandakan bahawa tubuh badan anda berfungsi dengan normal. Kitaran haid menyediakan bahan kimia yang penting, yaitu hormon, bagi menjaga kesihatan anda. Ia juga membantu badan anda bersedia untuk mengandung pada setiap bulan kitaran haid berlaku. Kitaran haid dikira dari hari pertama haid hingga hari pertama haid seterusnya. Purata kitaran haid adalah 28 hari. Kitaran boleh berlaku antara 21 hingga 35 hari pada wanita yang berdewasa dan 21 hingga 45 hari pada remaja muda.

Kenaikan dan kejatuhan tahap hormon akan mengawal proses kitaran haid pada setiap bulan.

Bagaimana untuk memahami kitaran haid anda?

Pada pertengahan pertama kitaran haid, tahap estrogen ("hormon wanita") akan mula meningkat. Estrogen memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan anda, terutamanya dengan membantu anda untuk membina tulang yang kuat terutamanya apabila anda berusia tua. Estrogen juga membuat lapisan pada rahim menjadi tebal. Lapisan rahim ini dijadikan sebagai tempat penyuburkan embrio jika berlakunya kehamilan. Pada masa yang sama lapisan rahim akan berkembang, telur atau ovum, di dalam salah satu ovari akan mula matang. Pada hari ke-14 pada kitaran purata 28 hari, telur akan beredar dari ovari dan proses ini dipanggil ovulasi.

Selepas telur beredar dari ovari, ia akan melalui tiub Fallopian ke rahim. Tahap hormon akan meningkat dan membantu persiapan bagi lapisan rahim untuk kehamilan. Seorang wanita mungkin akan hamil selama 3 hari sebelum atau pada hari ovulasi. Harus diingat, wanita dengan kitaran yang lebih pendek atau lebih panjang daripada purata boleh berovulasi sebelum atau selepas hari 14.

Seorang wanita akan hamil jikalau telur disenyawakan oleh sel sperma lelaki dan seterusnya melekat pada dinding rahim. Jika telur tidak disenyawakan, ia akan pecah dan kemudian, paras hormon akan jatuh menyebabkan lapisan tebal rahim digugurkan semasa haid.

  • Hari-1 bermula dengan hari pertama haid anda. Ini berlaku selepas tahap hormon jatuh pada akhir kitaran sebelumnya. Ini menyebabkan darah pada lapisan dinding rahim gugur jatuh dan keluar daripada badan. Perdarahan ini akan berlaku selama 5 hari.
  • Pada Hari-7, pendarahan selalunya akan berhenti. Sehingga masa itu, hormon akan menyebabkan kantung berisi cecair yang dipanggil sebagai folikel untuk berkembang pada ovari. Setiap folikel mengandungi telur di dalam ovari.
  • Antara hari-7 dan hari-14, satu folikel akan terus berkembang dan mencapai kematangan. Lapisan rahim akan mula menebal dan menunggu untuk telur yang disenyawakan di lekat pada lapisan dinding rahim tersebut. Lapisan ini kaya dengan darah dan nutrien.
  • Sekitar Hari-14 (dalam kitaran 28 hari), hormon akan menyebabkan folikel menjadi matang untuk dilepaskan dari telur dan beredar dari ovari. Proses ini dipanggil sebagai proses ovulasi.
  • Dalam beberapa hari kemudian, telur akan bergerak ke bawah tiub fallopi ke arah rahim. Sekiranya sperma menyatukan telur di situ, telur yang disenyawakan akan terus turun ke dalam tiub fallopian dan melekat pada lapisan rahim.
  • Jika telur tidak disenyawakan, tahap hormon akan turun pada Hari-25 dan ini menandakan kitaran haid seterusnya akan bermula. Telur akan pecah dan digugurkan untuk kitaran haid seterusnya.

Apakah fasa kitaran haid?

Kitaran haid mempunyai empat fasa yang berbeza: 

  • Menstruasi atau haid
  • Fasa folikel 
  • Ovulasi
  • Fasa luteal.

Walaupun haid dianggap fasa pertama kitaran, anda perlu tahu tentang fasa-fasa lain terlebih dahulu bagi memahami proses kitaran haid dengan betul.

  1. FASA FOLIKEL
  2. Pada fasa ini, kelenjar pituitari melepaskan hormon folikel-stimulasi (FSH), yang menyebabkan antara 10 dan 20 folikel (sel-sel yang mengandungi telur tidak matang, dikenali sebagai ova) untuk mula berkembang di dalam ovari. Folikel tersebut akan menghasilkan hormon estrogen, yang menyebabkan lapisan rahim (endometrium) menjadi tebal sebagai persiapan untuk penyematan telur yang disenyawakan.

    Biasanya hanya satu folikel akan berkembang menjadi telur matang. Folikel ini bergerak ke arah permukaan ovari, manakala yang lain akan memecah dan diserap ke badan. Fasa folikel bermula pada hari pertama haid dan berakhir dengan ovulasi. Tempoh fasa folikel bergantung kepaada tempoh ovulasi pada kitaran haid.

  3. OVULASI
  4. Istilah 'ovulasi' merujuk kepada pembebasan telur matang dari ovari. Ketika fasa folikel berlaku, kenaikan tahap estrogen wanita menyebabkan hormon pelepas gonadotropin (GnRH) yang dikeluarkan dari otaknya. Ini seterusnya menyebabkan kelenjar pituitari untuk menghasilkan peningkatan tahap hormon luteinising (LH). Peningkatan mendadak pada hormon LH, yang dikenali sebagai lonjakan LH, akan menyebabkan terjadinya fasa ovulasi. Apabila ovulasi berlaku, telur akan di bawa ke dalam tiub fallopian dan bergerak ke arah rahim bagi persenyawaan untuk berlaku. Sekiranya persenyawaan tidak berlaku, telur akan hancur dalam masa 6 sehingga 24 jam.

    • Lendir dan kedudukan serviks

    Sebelum ovulasi, mukus serviks wanita akan kelihatan jelas dan licin dan menyerupai telur putih yang mentah; Mukus tersebut bercirikan sangat elastik dan boleh dilihat seperti tali antara dua jari. Lendir serviks seperti ini dikenali sebagai 'lendir subur' kerana wanita dianggap subur apabila lendir ini ada. Lendir subur dapat membantu dan menyuburkan sperma semasa mereka dipancutkan ke dalam vagina ke arah pembukaan serviks.

    Apabila seorang wanita berada dalam fasa tidak subur, lendir serviksnya akan kelihatan berbeza bagi warna dan tekstur. Ia mungkin berasa melekit, rapuh, licin atau berkrim (seperti losyen) dalam tekstur, dan berwarna putih, susu atau kuning. Lendir ini tidak boleh direntang di antara jari-jari dan mungkin mempunyai bau masam. Sangat penting untuk ketahui bahawa rembesan yang berkaitan dengan rangsangan seksual, air mani, pelincir, spermisida, jangkitan vagina (mis. Thrush), dan ubat-ubatan tertentu boleh mengganggu mukus serviks.

    Kedudukan serviks dan pembukaannya juga berubah sepanjang kitaran wanita. Pada masa ovulasi, serviks akan bergerak ke kedudukan yang lebih tinggi dan meluaskan pembukaanya. Sesetengah wanita mungkin mengalami sakit sekitar masa ovulasi. Kesakitan ini bervariasi dari rasa kekejangan atau sakit perut di bahagian perut. Spotting (pendarahan ringan) boleh berlaku ketika kesakitan ini berlaku.

    • Masa ovulasi

    Wanita sering percaya bahawa ovulasi berlaku pada pertengahan kitaran haid. Ia sebenarnya berlaku pada 12-16 hari sebelum haid seterusnya bermula. Oleh itu, walaupun seorang wanita dengan kitaran 28 hari boleh berovulasi pada pertengahan kitaran (antara hari ke 12 dan hari ke 16), seorang wanita dengan kitaran 36 hari juga akan berovulasi antara hari 20 dan hari 24.

    Bagi wanita dengan kitaran biasa, cara mudah untuk mengira masa ovulasi adalah untuk menolak 16 dari bilangan hari dalam kitaran dan kemudian tambah 4. Kiraan ini akan mengira tempoh ovulasi yang akan berlaku. Sebagai contoh, seorang wanita dengan kitaran 22 hari kemungkinan besar akan berovulasi antara hari 6 dan 10 kitarannya (22-16 = 6 (+4 = 10).

    • Ovulasi dan persenyawaan

    Selepas ovulasi, jangka hayat telur boleh mencapai 24 jam, tetapi biasanya antara enam dan 12 jam. Sebaliknya, sperma mampu hidup selama tiga hari, tetapi boleh hidup sehingga lima hari di dalam vagina jika lendir subur di dalam serviks masih berkekalan. Oleh itu, kehamilan boleh berlaku ketika persetubuhan yang berlaku semasa dalam linkungan tetingkap subur wanita (dari awal lima hari sebelum ovulasi hingga sehingga 24 jam selepas ovulasi).

  5. FASA LUTEAL
  6. Ketika fasa ini berlaku, sisa-sisa folikel yang mengeluarkan telur (kini dikenali sebagai corpus luteum) akan melepaskan sejumlah besar hormon progesteron dan beberapa estrogen. Pelepasan hormon tersebut akan membuat lapisan rahim menjadi tebal dan mengekalkan ketebalannya. Sekiranya persenyawaan tidak berlaku, korpus luteum akan hancur dan paras hormon progesteron akan menurun menyebabkan perpecahan lapisan uterus. ketika fasa luteal ini berlaku, wanita mungkin akan mengalami perubahan fizikal dan emosi termasuk payudara, pengekalan cecair, kembung perut, perubahan mood, keletihan atau kebimbangan (lihat sindrom Pramanstrual atau dikenali sebagai PMS).

  7. MENSTRUASI

Menstruasi atau haid berlaku apabila lapisan uterus gugur mengalir keluar melalui vagina. Haid biasanya keluar dari tiga hingga tujuh hari. Sesetengah wanita selalu mempunyai tempoh yang lebih pendek atau lebih panjang daripada tempoh haid yang biasa. Tempoh haid yang panjang berbeza dari satu kitaran ke seterusnya. Selain darah, cairan haid terdiri daripada beberapa komponen termasuk sel endometrium, mukosa serviks dan rembesan vagina. Jumlah cecair haid yang keluar bervariasi antara wanita dan dari satu kitaran ke yang berikutnya, tetapi seorang wanita umumnya akan kehilangan kira-kira 50-100ml darah setiap kali dia mempunyai haid.

Aliran haid mungkin paling berat atau paling ringan pada permulaan haid atau mungkin berubah sepanjang masa. Warna boleh berubah antara hitam, coklat, merah gelap, merah terang dan merah jambu. Cecair haid akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan jika ia terdedah dengan udara luar mengikut jangka masa tertentu.

References