Apakah nasihat dan petua tentang makanan untuk cacar air (Chicken Pox)?
Apakah itu ezerex
Apakah punca demam cacar
Virus Varicella-Zoster (VZV) merupakan punca bagi penyakit demam cacar.Kebanyakan kes terjadi melalui sentuhan dengan orang yang dijangkiti. Virus ini boleh berjangkit terhadap orang-orang di sekeliling anda lebih kurang satu hingga dua hari sebelum lepuh muncul. VZV kekal menular sehingga semua lepuh mengeras. Virus ini boleh tersebar melalui:
- Air liur
- Batuk
- Bersin
- Terkena cecair dari lepuh/’blisters’
Apakah gejala demam cacar
Simptom selain dari ruam mungkin berlanjutan untuk beberapa hari dan ini termasuklah:
- Demam
- Sakit kepala
- Hilang selera makan
Satu atau dua hari selepas mengalami gejala-gejala ini, ruam akan mula terbentuk. Ruam akan melalui tiga fasa sebelum anda pulih. Ini termasuklah:
- Anda akan mengalami gumpalan merah atau pink di seluruh badan.
- Gumpalan akan menjadi lepuh yang mengandungi cecair yang akan mengalami kebocoran.
- Gumpalan menjadi berkerak, kuping terbentuk, dan mula sembuh.
Apakah rawatan demam cacar
Doktor mungkin akan memberi ubat antihistamin atau ubat sapu, atau anda juga boleh membeli ubat-ubat ini di farmasi untuk membantu melegakan gatal-gatal. Anda juga boleh mengurangkan kulit gatal melalui beberapa petua seperti:
- Mandi air suam
- Menyapu losyen tanpa wangian
- Memakai pakaian yang ringan dan lembut
Jika terdapat apa-apa kemusykilan, sila rujuk nasihat doktor yang boleh dijumpai di klinik atau hospital. Jika ia bukan kecemasan, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor di laman web www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.