Boleh doktor terangkan apakah makna mimpi basah (Wet Dreams) semasa tidur?

Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang remaja lelaki yang berumur 14 tahun. 2 hari yang lepas, saya mengalami mimpi basah. Ini adalah kali pertama saya mengalami situasi ini. Saya bermimpi melakukan hubungan seks dengan seorang selebriti kegemaran saya. Saya terus bangun dari tidur dan mendapati seluar dalam saya basah. Saya terpaksa membersihkan diri saya sebelum balik tidur. Saya rasa cemas dan tidak tahu sebab perkara itu terjadi kepada saya. Sejak kebelakangan ini, saya perasan ada pertumbuhan rambut kemaluan dan tersebar sekitarnya.
 Kawan-kawan saya memberitahu bahawa suara saya sudah berubah. Berat badan saya juga semakin meningkat walaupun kuantiti makanan adalah sama. Saya tidak merokok walaupun sering dipaksa oleh rakan-rakan. Saya sangat malu untuk berbincang tentang perkara ini dengan bapa saya atau rakan-rakan saya, takut diperli. Jadi, saya ingin mendapatkan nasihat doktor untuk masalah saya ini. Saya takut saya akan bermimpi basah lagi dan bermimpi situasi yang mengerikan. Saya bimbang tentang keadaan saya, doktor. Bolehkah mimpi basah terjadi lagi? Apakah harus saya buat?
Anonymous
<!--block-->Selamat pagi, doktor. Saya seorang remaja lelaki yang berumur 14 tahun. 2 hari yang lepas, saya mengala... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA

Terima kasih atas soalan anda. Mimpi basah merupakan perkara yang normal untuk kedua-dua lelaki dan wanita. Mimpi basah atau “nocturnal emission” merupakan ejakulasi yang terjadi pada waktu seseorang lelaki tidur. Pada saat tersebut, lelaki tersebut akan bermimpi menjalani hubungan seks. Ejakulasi sering kala berlaku pada saat mimpi basah tanpa rangsangan tertentu. Anda tidak perlu bimbang kerana mengalami mimpi basah pada usia anda adalah perkara biasa.

Terima kasih atas soalan anda. Mimpi basah merupakan perkara yang normal untuk kedua-dua lelaki dan wanita. Mimpi bas... See More

Apakah mimpi basah

    • Mimpi basah adalah ejakulasi air mani yang berlaku semasa tidur. Kajian menunjukkan bahawa ramai lelaki mengalami ejakulasi malam pada satu ketika dalam kehidupan mereka. Terdapat perbezaan antara orgasma malam dan ejakulasi malam kerana para lelaki boleh mempunyai orgasma malam (klimaks seks) tanpa ejakulasi (pelepasan mani cecair).
    • Ejalukasi malam kali pertama dalam kalangan lelaki boleh menyebabkan kekeliruan dan kebimbangan sekiranya perkara ini berlaku semasa zaman remaja kerana ramai remaja lelaki mungkin tidak mengetahui konsep ejakulasi malam.
    • Sebagai seorang remaja yang mengalami baligh, mimpi basah adalah perkara yang selalu dialami. Semakin kita berusia, tahap hormon kita akan menurun dan menjejaskan kekerapan mimpi basah. 

Apakah penyebab mimpi basah

Bagi lelaki yang berumur 15-40 tahun, mereka akan mengalami mimpi basah sekali setiap 3-5 minggu, sementara bagi lelaki yang sudah bernikah antara usia 19-50 tahun, mereka pula akan mengalami mimpi basah sekali setiap 4-8 minggu. Semakin usia meningkat, kekerapan mimpi basah akan menjadi semakin jarang.

  • Aktiviti seks yang minimal dalam kalangan lelaki yang belum berkahwin juga merupakan penyebab mimpi basah. Sering kali, mimpi basah banyak dialami oleh golongan lelaki yang jarang melakukan onani
  • Pada fasa awal remaja, penghasilan hormon testosteron akan menghasilkan sperma. Tubuh remaja akan mengalami beberapa perubahan seperti testikel akan berkembang, pertumbuhan rambut kemaluan yang tebal dan turut tumbuh di sekitar organ kelamin serta perubahan suara dan pertumbuhan massa otot. Tinggi dan berat badan juga akan meningkat.
  • Semasa tidur, anda akan mengalami pergerakan mata yang sangat cepat atau dikenali sebagai “rapid eye movement (REM)”. Tidur tahap REM berkaitan dengan keadaan bermimpi. Semasa REM terjadi, otak akan menjadi lebih aktif dan pengaliran darah menuju alat kelamin akan meningkat. Situasi ini menyebabkan anda gairah dan mimpi basah terjadi. 
  • Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ubat sedatif boleh menyebabkan relaksasi saraf atau ubat anti-hipertensi boleh menyebabkan saraf yang lemah untuk berfungsi.
  • Pengambilan minuman alkohol dan kuat merokok boleh menghalang pengaliran darah dan menyebabkan kelemahan saraf dan rembesan hormon yang terganggu.
  • Gangguan kesihatan mental juga boleh mengakibatkan mimpi basah kerana gangguan rembesan hormon terjadi.
  • Obesiti dan kurang aktiviti fizikal mengurangkan pengaliran darah ke organ pelvis. 

Keadaan ejakulasi bukan normal

Ada sesetengah keadaan yang boleh menyebabkan ejakulasi yang bukan normal. Penyakit-penyakit seperti keradangan organ kelamin, kanser organ kelamin, penyakit sistem saraf, dan gangguan neurotik boleh menyebabkan ejakulasi di kalangan lelaki semasa tidur.

Gejala-gejalanya adalah ejakulasi spontan yang kerap (beberapa kali sehari) walaupun kehidupan seks biasa, campuran purulen dan darah dalam sperma, perubahan bau, warna dan konsistensi sperma, disfungsi seksual (keinginan seksual yang rendah tetapi ejakulasi yang kerap), dan kelemahan, keletihan dan sakit kepala. Tanda penting adalah gangguan ejakulasi patologi disebabkan oleh faktor psikologi. Stres dan tekanan emosi boleh menyebabkan ejakulasi yang kerap. 

Adakah mimpi basah selalunya berakhir dengan orgasma

Tidak semestinya mimpi basah selalunya berakhir dengan orgasma. Anda mungkin mempunyai impian untuk melakukan sesuatu yang seksual, tetapi tidak bermakna anda akan mengalami orgasma, walaupun mimpi anda membangkitkan anda. Sebaliknya, anda mungkin mempunyai mimpi basah yang membuat anda klimaks, tetapi tidak menyebabkan anda mempunyai ejakulasi atau menjadi basah.

Bolehkah mimpi basah dielakkan

Mimpi basah tidak dapat dielakkan, walaubagaimanapun dikatakan boleh dikawal. Menurut kajian, anda mungkin dapat mempengaruhi naratif impian anda dengan memikirkan tentang sesuatu subjek atau menggunakan rangsangan luar ketika anda tidur. Tetapi mencuba taktik ini tidak bermakna anda sebenarnya akan mengawal impian anda dengan jayanya. Ini bermakna tidak ada jaminan bahawa anda boleh menghalang impian basah.

Apakah nasihat kepada orang mengalami mimpi basah

Mimpi basah merupakan respons normal dan alami tubuh terhadap perubahan hormon, seperti yang golongan wanita mengalami semasa haid pertama kali. Mimpi basah yang menyebabkan ejakulasi tidak berbahaya dan tidak mempunyai risiko kesihatan atau gangguan kesuburan. Kebersihan bahagian kemaluan selepas mimpi basah haruslah dijaga.

Remaja lelaki yang mengalami mimpi basah tidak perlu rasa malu atau bimbang kerana ini adalah proses pematangan yang biasa. Jika keadaan ini membawa kebimbangan, remaja tersebut boleh berbincang dengan ahli keluarga yang tua, kaunselor atau rakan-rakan yang tahu tentang keadaan ini. Sekiranya anda mengalami ejakulasi bermasalah berdasarkan ciri-ciri yang dinyatakan, sila rujuk kepada doktor anda dengan segera untuk mendapatkan rawatan yang tepat.

Adakah wanita mengalami mimpi basah juga

Golongan wanita juga mengalami mimpi basah, tetapi tidak sekerap golongan lelaki. Penyebab mimpi basah di kalangan wanita adalah mimpi erotik. Wanita yang mengalami orgasme dapat mengalami lendiran dari faraj oleh tubuh akibat rangsangan seksual. Peratus golongan wanita yang mengalami mimpi basah adalah sangat kurang berbanding golongan lelaki. 

Mimpi basah adalah satu perkara yang biasa dan respons tubuh terhadap perubahan hormon. Golongan remaja lelaki akan kerap mengalami mimpi basah, sementara golongan remaja wanita juga boleh mengalami mimpi basah tetapi tidak kerap. Ejakulasi semasa mimpi basah adalah biasa dan kebersihan sekitar bahagian kelamin harus dijaga. Sekiranya anda rasa ejakulasi tersebut tidak normal, sila dapatkan nasihat daripada doktor anda atau para doktor kami di laman www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.

References