Minyak zaitun diekstrak daripada buah zaitun. Selain digunakan sebagai bahan masakan, ia turut dijadikan bahan yang digunakan untuk menghasilkan beberapa jenis kosmetik dan ia semestinya mempunyai banyak khasiat yang baik untuk kesihatan badan. Berikut adalah beberapa jenis minyak zaitun yang ada:
Minyak Zaitun Dara - Variasi yang paling popular, ia adalah minyak masak yang terkenal dengan kandungan asid yang rendah. Ia sesuai untuk orang yang ingin menikmati khasiat minyak zaitun tanpa perlu berbelanja tinggi.
Minyak Zaitun “Extra Virgin” -Diperbuat daripada buah zaitun yang diproses ketika masih sejuk, minyak ini dianggap sebagai yang terbaik untuk badan kita. Tetapi tidak semua orang mampu menggunakan minyak ini kerana kos yang tinggi.
Minyak Zaitun Asli - Minyak zaitun ini sebenarnya penyatuan minyak zaitun yang telah diproses dan minyak zaitun dara. Ia mempunyai kandungan asid yang tinggi, dan oleh itu tidak sesuai digunakan.
Minyak “Lampante” - Jenis yang digunakan hanya sebagai bahan bakar dan tidak sesuai untuk digunakan sebagai bahan masakan.