Saya tidak mengetahui punca kekejangan otot (Muscle Cramp) dan bagaimana cara mengatasinya?

Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya berusia 22 tahun dan merupakan seorang atlet. Saya telah berlatih sejak kecil lagi dan aktif dalam kegiatan sukan sejak di bangku sekolah lagi. Saya sentiasa gigih berlatih untuk acara-acara yang bakal saya hadapi. Jurulatih saya yang sentiasa melatih saya dan memberitahu saya aktiviti yang harus dilakukan untuk bersedia secara fizikal dan mental untuk menghadapi setiap acara yang bakal saya harungi. 

Beberapa hari lepas saya menjalani latihan sendiri. Dalam beberapa saat sahaja, saya berasa sangat sakit pada bahagian betis saya. Ianya sangat sakit sampai saya tidak boleh berjalan. Saya baring sahaja di bawah sana dan meraung kesakitan. Orang yang mendengar jeritan saya berlari ke arah saya dan membantu saya. Mereka memegang kaki saya lalu memanjangkannya serta melipatkan jari kaki ke arah badan saya. Saya mula berasa sakit yang terlampau dan dalam beberapa saat mula rasa lega dan boleh menggerakkan kaki saya semula. 

Mereka yang menolong saya memberitahu saya mempunyai kekejangan otot dan harus berehat dan memastikan ianya tidak berlaku lagi. Saya langsung tidak tahu apa yang telah berlaku dan mengangguk sahaja. Bolehkah doktor menerangkan kepada saya apa itu kekejangan otot dan apakah punca ia berlaku?
Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya berusia 22 tahun dan merupakan seorang atlet. Saya telah berlatih sejak kecil lagi dan a... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih encik atas soalan tersebut. Encik kemungkinan besar mendapat masalah kekejangan otot (Muscle Cramps) ini kerana tidak melakukan aktiviti memanaskan badan/”warm-up” sebelum aktiviti sukan yang dilakukan. Aktiviti memanaskan badan sememangnya sangat penting dan perlu dilakukan sebelum setiap acara sukan kerana ianya membantu melonggarkan otot dan memberikan ruang kepadanya untuk berkembang dan mengecut. Oleh itu, saya menasihati encik untuk sentiasa melakukan aktiviti memanaskan badan sekurang-kurangnya untuk 5 minit sebelum acara sukan.
Terima kasih encik atas soalan tersebut. Encik kemungkinan besar mendapat masalah<strong> kekejangan otot </strong>... See More

Proses kekejangan otot

  • Kebanyakkan masyarakat sekarang terlebih gigih melibatkan diri dalam aktiviti bersukan dan ini sememangnya merupakan sebuah gejala yang baik dan sihat. Namun demikian, terdapat juga masalah yang boleh diundang berikutan kegigihan ini seperti kekejangan otot. 
  • Kekejangan otot merupakan sebuah fenomena di mana otot pada tubuh badan kita mengalami pengecutan (“contractions”) secara tidak terkawal dan langsung tidak relaks. 
  • Apabila berlaku kekejangan otot, individu yang terlibat akan berasa otot mereka kecut lalu berasa sakit yang terlampau. 
  • Otot yang selalunya mengalami masalah kekejangan ini ialah otot pada betis, paha, punggung, dada serta tangan. Ini kerana otot-otot inilah yang sering kali digunakan secara berlebihan oleh orang tetapi gagal melakukan sedikit aktiviti renggangan/”stretching” otot sebelum digunakan.

Punca kekejangan otot

Tidak "warm-up"

  • Punca utama berlakunya kekejangan otot ialah tidak melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum sesuatu aktiviti bersukan
  • Hal ini kerana aktiviti memanaskan badan ini akan membantu otot kita mengembang dan mengecut dengan sempurna supaya dapat menyediakan tubuh badan untuk kegiatan sukan tersebut. 
  • Namun apabila tidak melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum kegiatan bersukan ini, otot dalam badan akan mengalami kesukaran untuk berkembang dan mengecut dengan efisien lalu mengakibatkan kekejangan bersertakan sakit yang melampau.
Otot keletihan
  • Seseorang itu juga boleh mendapat masalah kekejangan otot ini apabila otot mereka mengalami keletihan. 
  • Hal ini kerana apabila otot tersebut berasa letih, ia mengalami kesukaran untuk membuangkan bahan-bahan toksik yang terkumpul di dalamnya sekali gus memberikan tindak balas yang negatif seperti otot mengecut dengan berterusan. 
  • Hal ini apabila berlarutan akan menyebabkan berlakunya masalah kekejangan otot yang serius.
Otot kekurangan oksigen
  • Di samping itu, keletihan otot yang berpanjangan akan juga menyebabkan masalah kekurangan oksigen pada otot tersebut. Hal ini apabila berterusan untuk tempoh masa yang lama akan menyebabkan otot yang terlibat mengecut serta mengakibatkan sakit. 
  • Ini akan membawa kepada kesukaran untuk menggerakkan anggota badan yang terlibat. 
  • Oleh itu, ianya sangat penting untuk otot yang terlibat untuk mendapatkan oksigen yang mencukupi supaya dapat mengecut dan mengembang dengan sempurna tanpa sebarang masalah.
Kekurangan air/”Dehydration”
Berikutan masalah ini, salah satu punca berlakunya masalah kekurangan oksigen yang membawa kepada kekejangan otot ialah kekurangan air dalam badanAir juga merupakan salah satu sumber oksigen kepada otot dalam tubuh badan kita. Oleh itu, jika kita mengalami masalah dehidrasi maka sememangnya masalah ini akan menyebabkan berlakunya kekejangan otot kerana kekurangan oksigen dalam badan.
Kekurangan mineral dalam badan
  • Kekejangan otot ini juga berpunca daripada masalah kekurangan mineral dalam badan. 
  • Apabila kita melakukan kegiatan bersukan pada cuaca yang panas, ianya akan menyebabkan kita berpeluh dengan lebih banyak. 
  • Peluh mengandungi bahan mineral seperti kalium, magnesium serta kalsium yang banyak dan sekiranya kita berpeluh secara berlebihan maka kesemua bahan mineral ini akan dibuangkan dan otot kita akan mengalami kekurangan bahan-bahan tersebut. 
  • Ini jika berlarutan akan menyebabkan otot kekurangan mineral tersebut untuk berfungsi dengan baik justeru mendatangkan kekejangan otot bersertakan sakit pada lokasi otot tersebut. 
  • Oleh itu, secara tidak langsung juga cuaca panas juga menjadi punca berlakunya masalah kekejangan otot.
Kelemahan otot yang kurang aktif
  • Seterusnya, terdapat satu lagi ekstrem yang menyebabkan berlakunya kekejangan otot iaitu kurang menggunakan otot tersebut
  • Hal ini lebih ketara boleh dilihat pada ibu-ibu yang mengandung atau orang yang sakit. Ini kerana mereka memikul beban kandungan yang berat dan berasa susah untuk sering bergerak apabila kandungan sudah semakin matang. Orang yang sakit dan sentiasa terlantar akan mengalami pengecutan dalam saiz otot.
  • Jadi, mereka sentiasa baring sahaja dan tidak mengerakkan otot mereka terutamanya otot di kaki. Justeru ini akan mengundang masalah kekejangan pada otot tersebut kerana tidak mempunyai pergerakan yang aktif dalam tempoh masa yang lama.

Gejala kekejangan otot

Kita haruslah peka mengenai masalah kekejangan otot ini kerana sekiranya berlaku kita akan dapat memahami sedikit sebanyak tentang apa yang sedang berlaku. Oleh itu, untuk mengetahui masalah kekejangan otot ini secara lebih mendalam kita bolehlah mengambil tahu gejala masalah kekejangan otot ini seperti:
  1. Otot yang terlibat berasa kejang
  2. Sakit yang terlampau pada otot yang terlibat
  3. Tidak dapat menggerakkan anggota badan yang terlibat
  4. Sekiranya berlaku di pada kaki, kemungkinan tidak dapat berjalan
  5. Sakit yang melampau boleh mengundang demam
  6. Anggota badan yang telibat berasa sejuk dan kelihatan pucat

Rawatan kekejangan otot

  • Rawatan utama yang boleh diberikan untuk atasi masalah ini ialah merenggangkan otot yang terlibat. Contohnya, sekiranya masalah ini berlaku pada bahagian betis, maka ianya dapat disembuhkan dengan memanjangkan kaki kita serta membengkokkan jari ke arah badan dan menekannya. Prinsip utama adalah untuk melawan arah tarikan otot tersebut.
  • Ini sememangnya akan mendatangkan sakit pada awalnya tetapi dalam beberapa saat sahaja akan boleh berasa lega dan kurang sakit. Ini semestinya tidak boleh dilakukan oleh orang yang mengalami kekejangan tersebut dan haruslah dibantu oleh seseorang untuk menghilangkan rasa kekejangan tersebut. 
  • Oleh itu, otot pada bahagian mana pun sekiranya direnggangkan boleh disembuhkan.

Mencegah terjadinya otot kejang

  1. Masalah ini boleh dielak dengan memastikan badan kita mendapat air yang mencukupi. Hal ini kerana air merupakan sumber utama oksigen bagi otot-otot dalam badan. Dengan pengambilan air yang mencukupi, otot pada badan kita akan mendapat air yang mencukupi serta dapat berkembang dan mengecut dengan sempurna. 
  2. Selain itu juga, kita juga perlu memastikan bahan mineral dalam badan kita sentiasa dalam kuantiti yang mencukupi supaya dapat digunakan oleh otot dan mencegah berlakunya kekejangan otot. Ini dapat dilakukan dengan mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan yang banyak kerana inilah yang akan membantu meningkatkan kuantiti bahan mineral dalam badan.
Kesimpulannya, kita haruslah mengetahui mengenai kepentingan mengelakkan kekejangan otot ini kerana ianya akan mengganggu kehidupan seharian kita dengan mengundang pelbagai masalah yang tidak diingini. Oleh itu, sama-samalah kita mengamalkan gaya hidup sihat untuk memastikan keadaan seperti ini tidak mengancam kesihatan kita. Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor kami di laman www.doctoroncall.com.my

References