Mari Ambil Tahu Perkembangan Bayi Yang Sihat Dari Lahir Hingga 12 Bulan!
Anonymous
Salam sejahtera doktor. Saya Puan Salmah dan baru sahaja melahirkan anak lelaki 2 bulan lepas. Sebagai ibu baru, saya dan suami tidak berapa tahu banyak mengenai bayi dan sebelum keluar dari hospital, saya ada menerima nasihat daripada jururawat dan doktor berkenaan perkembangan bayi. Saya juga dinasihatkan agar ke klinik jika merasakan perkembangan bayi tidak normal. Namun masalah yang saya alami sekarang adalah terlalu banyak input yang saya dengar dari kawan-kawan serta ahli keluarga mengenai apa yang mereka rasakan sebagai normal. Boleh doktor terangkan kepada saya mengenai perkembangan bayi 1 bulan hinggalah perkembangan bayi 10 bulan dan ke atas supaya saya tidak menerima fakta salah daripada orang lain. Sekian.
Anonymous
Salam sejahtera doktor. Saya Puan Salmah dan baru sahaja melahirkan anak lelaki 2 bulan lepas. Sebagai ibu baru, saya... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Salam sejahtera juga diucapkan kepada Puan Salmah dan tahniah atas kelahiran anak puan yang pertama. Sebagai seorang ibu, saya juga amat memahami kerisauan yang dialami oleh puan mengenai tahap kesihatan dan perkembangan anak-anak kita. Setiap bayi dan kanak-kanak kecil mempunyai kadar tumbesaran yang berbeza dari segi pergaulan, pergerakan, percakapan mahupun pembelajaran. Namun, perlu kita ketahui julat masa normal untuk setiap tahap tumbesaran bayi agar ibu bapa dapat membawa anak kepada doktor dengan segera sekiranya menunjukkan perkembangan yang sedikit lewat. Pada platform ini, saya akan menerangkan dan membuat ringkasan mengenai perkembangan bayi yang normal.
Akhir kata, setiap daripada ibu bapa pasti mahukan anak-anak mereka membangun secara sihat dan normal. Dengan adanya ringkasan-ringkasan perkembangan bayi, diharapkan ibu bapa boleh memantau tumbesaran anak mereka bukan sahaja secara fizikal bahkan juga dari segi emosi dan kemandirian sosial. Dengan mengetahui apa yang normal, sebarang isu yang merisaukan boleh segera dirujuk kepada pakar bagi pemeriksaan dan kemungkinan rawatan awal.
Salam sejahtera juga diucapkan kepada Puan Salmah dan tahniah atas kelahiran anak puan yang pertama. Sebagai seorang ... See More
Perkembangan Bayi Dari 0-6 Bulan
Disini saya akan menjelaskan secara turutan perkembangan bayi dari lahir hingga ke perkembangan bayi 3 bulan dan perkembangan bayi 6 bulan.
Pergerakan halus dan penglihatan:
Dari lahir kita akan mendapati anak kecil ini akan dapat respons kepada cahaya kerana mereka sudah berada lama dalam rahim yang gelap. Seterusnya, kita akan melihat mereka dapat bermain-main dengan tangan antara usia 6 minggu hingga 3 bulan disamping dapat bermain sedikit dengan mainan. Pada usia 6 bulan, tangan mereka akan lebih kuat untuk menggenggam objek.
Pergerakan kasar
Pergerakan kasar bermaksud pergerakan yang memerlukan tenaga yang signifikan dan pergerakan yang besar. Bayi yang lahir perlu mempunyai simetri badan serta mempunyai “head-lag”. Kekuatan leher dan belakang badan akan berkembang untuk menampung berat kepala dan berat bayi tersebut apabila usia anak kecil ini meningkat.
Pendengaran, Percakapan dan Bahasa
Domain ini sememangnya mengambil masa untuk anak-anak comel ini membangun dan ibu bapa perlu menggalakkannya secara semula jadi. Pada awal kelahiran hinggalah usia 3 bulan, pengeluaran suara dan responsif kepada suara ibu bapa adalah perkara yang normal. Pada usia 6 bulan, pertuturan satu suku kata merupakan tanda yang perlu dilihat bagi anak yang normal.
Emosi dan Kemandirian Sosial
Ini adalah domain yang paling lambat untuk bayi membangun kerana otak bayi banyak memfokuskan kepada perkembangan otot dan deria asas sebelum emosi dan kemandirian sosial. Oleh yang demikian, tidak banyak yang boleh dikatakan mengenai perkembangan sosial dan emosi bayi melainkan sehingga mereka berumur 3-6 bulan di mana ketika itu ekspresi muka boleh dibuat dan juga sedikit-sebanyak boleh bermain olok-olok.
Jadual di bawah merupakan ringkasan perkembangan bayi antara 0-6 bulan.
Umur
Pergerakan halus dan penglihatan
Pergerakan kasar
Pendengaran, Percakapan dan Bahasa
Emosi dan Kemandirian Sosial
0-6 Minggu
Bayi baru lahir akan dapat mengecam cahaya dan pergerakan muka jika berada di tengah muka bayi
Pada umur 6 minggu - bayi dapat melihat dan menggerakkan kepala kiri dan kanan
Badan simetri dan kepala ke belakang apabila badan ditarik
Boleh menahan kepala hingga 45 darjah apabila merangkak
Bayi baru lahir selalunya akan menangis untuk memberi signal untuk makan atau buang air
Mudah terkejut apabila mendengar suara
Pada 6 minggu - boleh mengecam suara ibu/bapa
Bayi akan selalu memandang muka yang dikenali
Boleh senyum pada 6 minggu
3 Bulan
Bayi akan bermain-main dengan tangan sendiri
Bayi mula hendak mencapai objek seperti tangan ibu/bapa atau mainan
Boleh menahan kepala tanpa jatuh apabila duduk
Boleh menolak badan sedikit menggunakan tangan apabila meniarap
Boleh mengeluarkan suara, ketawa dan respon kepada ajakan
Senyum dan boleh membuat expresi muka
Boleh berinteraksi dengan lebih baik dengan orang yang dikenali
6 bulan
Boleh memegang dengan keseluruhan tapak tangan (“Palmar grasp”)
Memindahkan mainan dari satu tangan ke tangan yang lain
Dapat duduk dengan stabil dan badan tidak jatuh tanpa memerlukan sokongan tambahan
Mengeluarkan suara untuk bercakap
Menggunakan perkataan mudah seperti “ba”, “da” atau “ma”
Suka makan makanan “jejari”
Boleh bermain olok-olok
Perkembangan Bayi Dari 7-12 Bulan
Pergerakan halus dan penglihatan:
Seterusnya bayi akan dapat bermain dengan elok objek yang dipegang pada usia 9 bulan dan seterusnya mempunyai pegangan halus antara ibu jari dan jari telunjuk pada usia 12 bulan.
Pergerakan kasar
Ini adalah domain yang lebih ketara perkembangannya dimana anak kecil ini akan mula boleh merangkak sehinggalah berdiri dan berjalan pada usia mencecah 12 bulan.
Pendengaran, Percakapan dan Bahasa
Ibu bapa pasti berasa seronok dalam fasa ini kerana anak mereka sudah boleh menutur perkataan mudah dan pada lewat usia setahun, kebanyakkan mereka boleh bercakap dengan membuat permintaan mudah.
Emosi dan Kemandirian Sosial
Disini perkembangan drastik emosi dan kemahiran sosial bayi mula menampakkan hasilnya dengan kebanyakkan mereka boleh melambai, bermain dengan lebih lama serta minum menggunakan cawan.
Di bawah ini juga disertakan sekali jadual ringkasan perkembangan bayi 9 bulan dan keatas.
Umur
Pergerakan halus dan penglihatan
Pergerakan kasar
Pendengaran, Percakapan dan Bahasa
Emosi dan Kemandirian Sosial
9 Bulan
Bayi dapat memegang objek kecil menggunakan ibu jari dan jari telunjuk
Dapat membaling objek
Boleh merangkak atau mengesot
Boleh bertutur dengan bahasa mudah seperti “mama’ atau “papa”
Mudah terkejut apabila mendengar suara
Cubaan bertutur secara berterusan seperti meminta mainan
Mula mengenali orang asing
Boleh bermain dengan permainan mudah
Boleh melambai-lambai seperti “bye-bye”
12 Bulan
Genggaman kuat antara ibu jari dan jari telunjuk
Bayi menggunakan jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu
Boleh berdiri dengan atau tanpa sokongan
Sesetengah bayi juga boleh berjalan dengan atau tanpa sokongan
Boleh bercakap hingga 2-4 patah perkataan
Boleh membentuk permintaan mudah atau respon kepada arahan
Boleh minum menggunakan cawan menggunakan dua tangan