Pada zaman moden ini, kita tidak lagi melihat orang menggunakan rumusan seperti di atas atau juga menggunakan roda dan menggerakkan jejarinya untuk mengetahui tarikh akhir bersalin. Kesemuanya telah dimudahkan dengan bantuan internet. Kita hanya perlu melayari internet dan mencari kalkulator kehamilan secara online. Berikutan itu, kita perlu menaip masuk informasi yang dinyatakan seperti tarikh hari pertama bagi kitaran haid terakhir. Ini dengan segera akan di hitung oleh komputer tersebut dengan sendirinya dan mencapai kepada tarikh hari bersalin. Ini lebih memudahkan para wanita hamil dan tidak perlu bergantung kepada doktor untuk menghitungkan hari bersalin bagi mereka.
Selain itu, kalkulator kehamilan juga telah mempunyai aplikasi yang tersendiri supaya boleh dimuat turun ke dalam telefon bimbit dan digunakan pada bila-bila masa anda mengandung. Ia juga akan menunjukkan usia kehamilan pada setiap masa untuk pengetahuan para ibu mengandung dan ianya lebih mudah untuk memberitahu doktor mereka. Dengan mengetahui apa hari dan tarikh bersalin, pasangan suami isteri akan dapat bersiap sedia untuk ke hospital dan menyediakan keperluan bayi di rumah mereka.
Kesimpulannya, ia memang merupakan sebuah perkara yang sangat penting bagi para ibu hamil untuk mengetahui tarikh hari bersalin mereka. Berikutan itu, mereka haruslah peka dan mengingat tarikh hari pertama kitaran haid terakhir kerana ia sangat mustahak bagi para doktor untuk menghitung tarikh bersalin. Oleh itu, para ibu hamil tidak perlu risau lagi mengenai masalah ini kerana jalan penyelesaian sudah pun ditemui.