Cara Rawat Rabun Dekat Dan Penyebab

Anonymous
Selamat petang, doktor. Saya berusia 37 tahun dan bekerja sebagai seorang kerani untuk sebuah firma guaman. Saya sudah berkahwin dan suami saya seorang guru di sebuah sekolah menengah berhampiran tempat tinggal kami. Kami mempunyai dua orang anak yang masih kecil. Satu masih belajar d tadika manakala yang lagi satu belajar di sekolah rendah. Sejak beberapa minggu ini, saya menghadapi masalah dalam kerja seharian saya. Masalah yang saya hadapi ialah kesukaran melihat objek dekat dengan jelas. 
Pada awalnya, saya ingat saya sangat letih kerana menghadap komputer pada masa yang sangat lama, tetapi lama-kelamaan masalah ini tidak selesai. Saya juga telah membeli penitik mata dari farmasi untuk membantu menyegarkan mata tetapi langkah tersebut tidak efektif dan masalah saya masih berterusan. Hal ini telah menyebabkan saya menghadapi masalah menyelesaikan kerja saya di pejabat saya. Saya selalunya tidak akan membawa balik kerja ke rumah kerana sentiasa sempat menyiapkannya di pejabat sahaja. 
Oleh sebab masalah yang baru tercetus ini, saya terpaksa membawa balik kerja menaip saya ke rumah dan meminta bantuan suami saya untuk menaip kerja tersebut. Ini menyukarkan lagi keadaan kerana suami saya pun mempunyai banyak kerja beliau dari sekolah. Tambahan pula, saya mempunyai dua orang anak kecil yang saya perlu mengajar dan membantu dalam membuat kerja sekolah mereka. Bolehkah doktor menerangkan kepada saya apa yang terjadi? Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengatasi masalah saya ini?
Anonymous
Selamat petang, doktor. Saya berusia 37 tahun dan bekerja sebagai seorang kerani untuk sebuah firma guaman. Saya su... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih puan atas soalan tersebut. Berdasarkan butiran yang puan beri, saya rasa puan ada masalah rabun dekat. Rabun dekat bermaksud kesukaran melihat objek dekat dengan jelas tetapi objek jauh boleh dilihat dengan jelas. Puan mungkin mendapat masalah rabun dekat ini kerana usia puan yang semakin meningkat ataupun masalah genetik. Selain itu, puan juga harus berhati-hati dalam menggunakan komputer pada jangka masa yang lama. Hal ini kerana ia boleh mengakibatkan tekanan tinggi kepada mata yang akan mengundang sakit mata. Puan tidak perlu risau kerana masalah rabun dekat ini boleh diselesaikan dengan menggunakan beberapa kaedah yang mudah. 
Terima kasih puan atas soalan tersebut. Berdasarkan butiran yang puan beri, saya rasa puan ada masalah rabun dekat.... See More

Kaedah menyelesaikan masalah rabun dekat

  • Kaedah paling mudah dan cepat ialah dengan memakai kaca mata. Puan boleh membuat temu janji di optometris terdekat dan membiarkan mereka memeriksa mata puan. Selepas berbuat demikian, mereka akan membuatkan sepasang kaca mata yang sesuai dengan mata puan. Apabila melakukan kerja menaip ataupun melakukan apa-apa aktiviti yang memerlukan objek dekat untuk kelihatan jelas, puan bolehlah memakai kaca mata. Bagi rabun dekat ini, kaca mata bolehlah dipakai apabila diperlukan sahaja kerana objek jauh boleh dilihat dengan jelas tanpa sebarang masalah. 
  • Kaedah lain adalah dengan menggunakan ‘contact lens’.Sekiranya puan bimbang apabila memakai kaca mata, puan akan tidak kelihatan cantik ataupun puan bimbang kaca mata tersebut akan meninggalkan parut di muka, puan bolehlah menggunakan kaedah kedua ini. ‘Contact lens’ juga boleh didapati dari optometris dan mereka akan mengajar cara menggunakannya. Dengan ini, puan akan kelihatan sama sahaja dan tidak akan mengakibatkan perkara yang tidak diingini
  • Kaedah ketiga ialah dengan membuat pembedahan laser. Ianya kedengaran sangat menakutkan tetapi puan tidak perlu risau kerana ia sangat mudah dan cepat dilakukan. Satu-satunya perkara yang mungkin bermasalah sedikit ialah pembedahan laser ini adalah faktor harga. Sekiranya puan berminat, puan bolehlah berbincang dengan pakar sakit mata. Mereka akan memeriksa mata puan terlebih dahulu untuk memastikan puan sesuai melakukan pembedahan ini. Jadi, puan sememangya tidak perlu bimbang mengenai rabun dekat ini. Masalah ini boleh diselesaikan dengan mudah dan tidak akan mengambil masa yang lama. 

APAKAH PENYEBAB RABUN DEKAT

Penyebab utama berlakunya rabun dekat ialah apabila kebolehan mata untuk fokus cahaya pada retina terjejas. Hal ini akan mengakibatkan cahaya tersebut jatuh di belakang retina. Selain itu, penyebab lain adalah apabila bebola mata kita terlalu pendek. Ini akan menyebabkan cahaya jatuh di belakang retina dalam mata.

Seterusnya, penyebab lain adalah kornea dalam mata terlalu leper dan juga kegagalan lens mata untuk fokus dengan baik. Kedua-dua perkara ini juga akan mengakibatkan cahaya yang masuk ke mata difokuskan dan jatuh di belakang retina.

APAKAH GEJALA RABUN DEKAT

  • Rabun dekat ini boleh menjejaskan pandangan mata indivdu tersebut dalam pelbagai cara. Gejala rabun dekat yang paling umum ialah objek yang dekat kelihatan tidak jelas manakala objek jauh kelihatan jelas. Inilah aduan yang selalunya kita terima dari pesakit yang mengalami masalah ini.
  • Selain itu, seseorang itu juga mungkin harus menjulingkan matanya untuk boleh melihat objek dekat dengan lebih jelas. Golongan ini juga mungkin mengalami kepenatan mata apabila melakukan aktiviti seperti membaca surat khabar atau buku ataupun melakukan kerja menaip di komputer. Hal ini kerana mereka mempunyai kesukaran melihat objek dekat. Maka, mata mereka harus bekerja lebih keras supaya dapat melaksanakan kerja tersebut.
  • Tambahan pula, ada juga kemungkinan besar seseorang individu tersebut akan mengalami sakit kepala. Ini mungkin kerana tekanan pada mata untuk melihat objek dekat akan bertambah dan ini menyukarkan keadaan lalu megakibatkan sakit kepala. Sekiranya tidak cepat mendapatkan rawatan maka masalah ini akan berlarutan dan menjejaskan kegiatan seharian.
  • Kanak-kanak kecil yang mempunyai gejala rabun dekat haruslah segera menerima rawatan untuk baik pulihkan keadaan tersebut. Sekiranya tidak maka kanak-kanak tersebut mungkin akan mempunyai mata yang juling.

APAKAH RAWATAN RABUN DEKAT

  • Sekiranya anda syak bahawa anda mempunyai rabun dekat, anda bolehlah berjumpa dengan doktor mata untuk membuktikan bahawa anda memang rabun dekat. Seterusnya, rawatan yang boleh diambil ialah dengan memakai cermin mata khas untuk pesakit rabun dekat. Ini bolehlah dilakukan di mana-mana kedai optometris. Mereka boleh menyediakan cermin mata untuk sebarang masalah mata seperti rabun dekat atau rabun jauh.
  • Selain itu, rawatan lain adalah dengan memakai ‘contact lenses’. ‘Contact lenses’ berfungsi sama sahaja dengan kaca mata tetapi ‘contact lenses’ dimasukkan ke dalam mata. Penglihatan akan sama sahaja dengan kaca mata. Kedua-duanya boleh membantu pesakit rabun dekat untuk melihat dengan lebih jelas.
  • Rawatan lain yang boleh dibuat ialah pembedahan laser. Pembedahan ini akan membantu mengubah bentuk kornea dalam mata sekaligus memberikan pandangan yang lebih jelas kepada setiap individu. Sememangnya pembedahan ini sangat mahal dan perlulah dipantau selalu supaya tidak mengalami sebarang kejadian yang tidak diingini.

APAKAH UJIAN YANG AKAN DILAKUKAN ATAS MATA SAYA

Apabila anda pergi ke klinik mata ataupun optometris, mereka akan menggunakan carta Snellen untuk mengenal pasti tahap kerabunan mata. Carta Snellen merupakan sebuah carta yang mengandungi abjad dan kita harus membaca abjad yang tertera di carta tersebut. Dengan ini, mereka akan dapat mengetahui masalah yang dialami oleh seseorang itu.

APAKAH BEZANYA RABUN DEKAT DAN RABUN JAUH

Rabun dekat seperti yang diberitahu ia adalah kesukaran seseorang individu untuk melihat objek dekat tetapi objek jauh boleh dilihat dengan jelas. Rabun jauh pula ialah kesukaran melihat objek jauh manakala objek dekat boleh dilihat dengan jelas dan tanpa sebarang masalah.

BOLEHKAH RABUN DEKAT MENGAKIBATKAN SEBARANG KOMPLIKASI

Terdapat beberapa komplikasi yang boleh didapati sekiranya mempunya rabun dekat. Rabun dekat boleh mengakibatkan komplikasi seperti mata malas atau ‘amblyopia’. Keadaan ini terjadi apabila satu mata menjadi dominan lebih daripada yang lagi satu.

Selain itu, seseorang itu juga boleh mendapat komplikasi seperti mata juling atau dikenali sebagai ‘strabismus’. Hal ini berlaku kerana kedua-dua mata fokus kepada objek yang berbeza dan menyebabkan otot mata tertarik mengakibatkan juling.

APAKAH RISIKO RABUN DEKAT

Rabun dekat juga mempunyai risikonya yang tersendiri. Sekiranya individu tersebut tidak mengambil langkah-langkah efektif untuk menangani masalah rabun dekat maka ia boleh mengundang banyak kejadian yang tidak diingini. Risiko utama ialah pesakit rabun dekat tidak boleh mengendalikan mesin atau jentera berat. Hal ini kerana mereka mengalami kesukaran melihat objek dekat dan tidak upaya untuk membuat kerja berat seperti ini kerana ianya membahayakan bukan sahaja diri sendiri malah orang di sekitar mereka juga.

Kesimpulannya, sekiranya seseorang mengalami masalah rabun dekat maka mereka haruslah segera mendapatkan pemeriksaan doktor mata dan megambil rawatan yang sesuai untuk menyelesaikan masalah ini. Hal ini kerana masalah rabun dekat ini jika berlarutan akan mengakibatkan sakit kepala dan aktiviti seharian akan tertangguh.Layari laman web www.doctoroncall.com.my untuk maklumat lanjut.


References