- Jantung berdebar adalah degupan jantung yang disedari dan dapat dirasai oleh individu terlibat. Kebiasaanya kita tidak menyedari atau merasai jantung berdegup. Masalah kesihatan yang boleh dikaitkan dengan jantung berdebar adalah masalah gelisah dan tidak semestinya disebabkan oleh masalah dengan struktur atau fungsi jantung.
- Jantung berdebar mungkin berkaitan dengan penyakit jantung koronari, hipertiroidisme, penyakit yang melibatkan otot jantung seperti "hypertrophic cardiomyopathy", penyakit yang menyebabkan kandungan oksigen dalam darah rendah seperti asma dan emfisema, pernah menjalani pembedahan dada, masalah buah pinggang, paras serotonin dalam otak yang rendah, kehilangan darah, dan kesakitan. Ubat seperti antidepresan, statin, alkohol, nikotin, kafein, kokain, dan amphetamine serta ketidakseimbangan elektrolit magnesium, kalium dan kalsium antara punca-punca lain masalah jantung berdebar.
Adakah rasa berdebar (Palpitations) tanpa sebab puncanya dari jantung?
Anonymous
Selamat petang doktor. Saya seorang wanita berumur 50 tahun. Saya seorang suri rumah tangga. Saya ada 5 orang anak beranak berumur 20an. Suami saya sudah meninggal 3 tahun lepas. Saya mengharapkan pencen suami saya untuk menyara hidup. Semua anak - anak saya sudah berkahwin dan tinggal di luar negara. Sejak beberapa tahun lepas ini saya selalu merasa jantung saya berdebar. Saya tinggal seorang diri di rumah saya, saya tiada pembantu rumah. Setiap kali saya buat kerja rumah saya rasa seperti jantung saya berdebar dengan sangat laju. Saya boleh dengar denyutan jantung di telinga saya. Saya rasa takut kerana saya tinggal seorang dan jikalau apa - apa berlaku saya tiada sesiapa.
Saya ingin mengetahui lebih mengenai apa itu jantung berdebar? Apakah penyebab jantung berdebar? Adakah jantung berdebar mempunyai apa - apa gejala? Adakah rawatan untuk jantung berdebar? Adakah saya mempunyai sesuatu penyakit yang bahaya? Saya tidak dapat tidur setiap malam kerana saya risau mengenai keadaan saya begini. Sesetengah masa semasa saya tidur atas katil pun saya boleh rasa jantung saya berdebar. Denyutan jantung saya pada sesetengah masa sangat laju. Saya ingin mengetahui lebih mengenai keadaan ini sebelum saya pergi ke hospital. Terima kasih kerana mengambil masa menjawab soalan - soalan saya doktor.
Anonymous
Selamat petang doktor. Saya seorang wanita berumur 50 tahun. Saya seorang suri rumah tangga. Saya ada 5 orang anak ... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMASelamat petang puan, terima kasih atas soalan yang diutarakan. Jantung berdebar (palpitations) adalah satu gejala yang dialami oleh ramai orang. Ada masanya jantung berdebar bukanlah disebabkan oleh penyakit. Pada masa lain, jantung berdebar adalah gejala untuk penyakit jantung yang serius. Saya akan jelaskan dengan terperinci mengenai jantung berdebar dibawah.
Selamat petang puan, terima kasih atas soalan yang diutarakan. Jantung berdebar (palpitations) adalah satu gejala y... See More
Apakah jantung berdebar
Apakah penyebab jantung berdebar
Antara penyebab jantung berdebar adalah :
- Senaman berat
- Kafein
- Nikotin daripada produk tembakau seperti rokok dan cerut
- Tekanan
- Kebimbangan
- Ketakutan
- Panik
- Dehidrasi
- Perubahan hormon, termasuk kehamilan
- Keabnormalan elektrolit/”electrolyte abnomalities”
- Gula darah rendah
- Anemia
- Tiroid yang terlalu aktif, atau hyperthyroidism
- Tahap rendah oksigen atau karbon dioksida dalam darah
- Kehilangan darah
- Terkejut
- Demam
- Ubat-ubatan, suplemen herba, dan suplemen pemakanan
- Ubat-ubatan preskripsi seperti beta-blocker, inhaler asma, dan dekongestan
dadah haram, seperti amphetamines dan kokain - Penyakit jantung
- Aritmia (arrhythmia), atau irama jantung tidak teratur
- Injap jantung yang tidak normal
- Merokok
Jantung berdebar dan keadaan jantung
Selalunya keadaan jantung berdebar tidak berbahaya, tetapi ia mungkin disebabkan oleh penyakit jika turut disertai oleh faktor berikut:
- Aritmia
- Penyakit jantung
- Faktor risiko penyakit jantung
- Injap jantung yang rosak
Risiko untuk mengalami jantung berdebar?
Anda mungkin berisiko untuk mengalami jantung berdebar jika:
- Sangat tertekan
- Cemas dan panik
- Hamil
- Mengambil ubat yang merangsang jantung
- Penyakit hipertiroidisme
- Mempunyai masalah jantung yang lain seperti "arrhythmia", kecacatan jantung, serangan jantung ataupernah melaui pembedahan jantung.
Apakah gejala jantung berdebar
- Jantung berdebar yang disertai dengan sakit dada berkemungkinan disebabkan oleh penyakit arteri koronari, atau jika sakit dada berkurang dengan mencondongkan badan ke hadapan, maka pesakit disyaki menghidap penyakit perikardia (pericarditis).
- Jantung berdebar yang disertai dengan sakit kepala, pengsan atau pitam berkemungkinan besar disebabkan oleh masalah tekanan darah rendah atau masalah ritma jantung.
- Jantung berdebar yang berlaku secara kerap selepas aktiviti fizikal selalunya disebabkan oleh masalah sistem elektrik jantung atau penyakit "hypertrophic cardiomyopathy".
- Jika punca untuk gejala ini tidak dapat dikesan pada lawatan pertama pesakit ke klinik atau hospital, maka pemantauan jantung yang berpanjangan di hospital mungkin diperlukan.
- Gejala "noncardiac" juga harus difikirkan kerana penderitaan mungkin disebabkan oleh jantung yang normal bertindak balas kepada keadaan metabolik atau radang. Penurunan berat badan secara mendadak pula berkemungkinan disebabkan oleh penyakit hipertiroidisme. Jantung berdebar juga boleh disebabkan oleh muntah atau cirit-birit yang mengakibatkan gangguan elektrolit dan "hypovolemia".
- Nafas laju, kesedihan dan kegelisahan adalah antara gejala lain jika seseorang itu diserang rasa cemas, panik atau "anxiety".
Apakah rawatan jantung berdebar
Langkah utama untuk mengatasi masalah jantung berdebar adalah untuk mengelakkan pencetusnya. Anda boleh melakukan teknik dibawah:
- Kurangkan tekanan. Cuba teknik menenangkan diri seperti meditasi, yoga, tai chi atau bernafas secara dalam. Ini dapat membantu mencegah rasa cemas, panik dan kan membantu anda mengawalnya dengan lebih baik pada masa hadapan.
- Elakkan bahan perangsang jantung. Kafein/”caffeine”, nikotin, dan minuman tenaga boleh merangsang jantung anda untuk berdenyut dengan cepat atau tidak teratur.
- Elakkan dadah. Dadah seperti kokain/”cocaine” dan amphetamine, boleh menyebabkan masalah jantung berdebar.
- Jangan merokok
Rawatan bergantung kepada penyebab jantung berdebar. Doktor akan cuba menangani masalah perubatan yang menyebabkan jantung berdebar terlebih dahulu. Selalunya doktor tidak dapat menemui penyebab dan mereka tidak dapat memberi rawatan yang sesuai. Sebaliknya mereka akan memberi rawatan bagi mengelak kesan bahaya akibat jantung berdebar. Jika ia disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok atau pengambilan kafein secara berlebihan, maka dengan mengamalkan gaya hidup sihat dapat membantu. Anda haruslah rujuk nasihat doktor.
Bila anda perlu berjumpa dengan doktor
Sekiranya anda tidak pernah mengalami jantung berdebar sebelum ini, sila buat temu janji dengan doktor anda untuk membincang tentang perkara ini. Dial 911 atau nombor kecemasan setempat anda:
- Pitam akibat jantung berdebar
- Sakit dada
- Sesak nafas
- Berpeluh luar biasa
Jumpa doktor anda sekiranya:
- Anda sering merasakan degupan jantung (lebih dari 6 minit) dan berulang (3 kali atau lebih)
- Anda mempunyai faktor risiko seperti penyakit jantung, kolesterol tinggi, diabetes, atau tekanan darah tinggi.
- Nadi anda melebihi 100 denyutan seminit (tanpa senaman, kebimbangan, atau demam).
References