Mengapakah mata saya merah (Red Eye) dan bolehkah doktor menjelaskan penyebabnya ?

Anonymous

Selamat pagi doktor. Saya berusia 26 tahun, seorang kontraktor bangunan. Saya tidak mempunyai sebarang penyakit melainkan asma yang pernah dihidapi sewaktu kecil. Sejak dua hari yang lepas, saya mula mengalami masalah mata merah di sebelah kanan. Sebelum ini, gejala yang sama pernah berlaku tetapi ia tidak mengganggu aktiviti harian saya.Kali ini, ianya turut disertai dengan kegatalan yang kuat selain mata yang berair sehingga menyukarkan saya membuat kerja. Saya menyedari masalah ini bermula selepas mata saya dimasuki habuk di kawasan pembinaan. Apakah penyakit yang sedang saya alami? Saya berpendapat ianya tidak merbahaya kerana tiada rasa sakit pada mata. Mohon penerangan doktor.

Anonymous
Selamat pagi doktor. Saya berusia 26 tahun, seorang kontraktor bangunan. Saya tidak mempunyai sebarang penyakit melai... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih atas soalan. Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala mata merah (Red Eye) yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik. Sekiranya simptom yang dialami agak teruk sehingga menimbulkan ketidakselesaan pesakit, doktor boleh memberikan ubat titis mata untuk membantu mengurangkan rasa kegatalan dan mata berair. Sekiranya simptom lain turut muncul seperti sakit pada mata ataupun penghasilan tahi mata yang terlalu banyak, pertemuan dengan doktor adalah disarankan bagi mencari punca ianya berlaku serta membuat rawatan yang berkesan.
Terima kasih atas soalan. Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. ... See More

References