Rawatan diberi berdasarkan jenis batu karang. Air kencing dijadikan sampel untuk membuat ujian makmal untuk penilaian diagnosis.
Nasihat pertama yang diberikan oleh pakar perubatan adalah untuk minum enam hingga lapan gelas air setiap hari untuk meningkatkan aliran air kencing. Orang yang mengalami dehidrasi atau mengalami loya dan muntah yang teruk mungkin memerlukan cecair intravena (intravenous fluids).
Pilihan rawatan lain termasuklah:
Ubat - ubatan
Ubat tahan sakit seperti Ibuprofen (Advil), Acetaminophen (Tylenol). Jika pesakit batu karang mendapat jangkitan, rawatan tambahan dengan antibiotik diperlukan. Ubat lain termasuklah:
- Allopurinol (Zyloprim) untuk batu asid urik
- Diuretik
- Natrium bikarbonat atau natrium sitrat
- Cecair fosforus
- Naproxen sodium (Aleve)
“Lithotripsy”
Rawatan ini menggunakan gelombang bunyi untuk memecahkan batu-batu besar supaya ia dapat disingkirkan dari tubuh badan.. Prosedur ini boleh mengakibatkan ketidakselesaan dan mungkin memerlukan anesthesia ringan. Kesan-kesan sampingan sementara adalah lebam pada bahagian abdomen atau belakang badan, pendarahan di sekitar buah pinggang dan organ-organ berhampiran.
“Percutaneous nephrolithotomy”
Batu-batu dikeluarkan melalui potongan surgikal kecil di bahagian belakang badan anda. Prosedur ini diberi pertimbangan apabila:
- Saiz batu yang besar menyebabkan halangan saluran air kencing sehingga komplikasi jangkitan atau kerosakan buah pinggang.
- Saiz batu terlalu besar untuk melepasi saluran kencing.
- Kesakitan tidak boleh dikawal.
Ureteroskopi
Apabila batu tersekat di bahagian ureter atau pundi kencing, pakar perubatan akan menggunakan instrumen surgikal yang dipanggil ureteroskop untuk mengeluarkan batu tersebut.Prosedur tersebut melibatkan alat wayar kecil dengan kamera yang dimasukkan melalui bahagian uretra hingga ke pundi kencing. Kemudian sangkar kecil pada alat tersebut akan memecahkan batu karang, mengumpul dan mengeluarkannya. Batu tersebut akan dihantar ke makmal untuk analisis.
Untuk sebarang kemusykilan, sila rujuk nasihat doktor yang boleh dijumpai di klinik atau hospital. Jika tiada sebarang kecemasan, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor kami di laman web www.doctoroncall.com.my.Terima kasih.