Apakah Penyebab Dan Gejala Sakit Payudara Sebelah Kiri (Left Breast Pain)?

Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang guru yang berumur 28 tahun. Saya masih belum berkahwin dan tinggal bersama ibu saya. Saya anak bongsu kepada tiga beradik. Ibu saya dahulunya mempunyai barah payudara dan sekarang beliau tidak lagi mempunyai payudara sebelah kiri kerana keadaan beliau telah bertambah teruk dan payudara tersebut tidak dapat diselamatkan lagi. Sejak baru-baru ini, saya mengalami sakit payudara sebelah kiri. Sakit ini berlarutan untuk 2 minggu dan saya mengabaikannya dengan mengambil ubat penahan sakit. Pada suatu hari, sewaktu saya sedang mandi saya mendapati terdapat sebuah ketulan pada payudara sebelah kiri yang berasa sakit apabila ditekan. 

Saya memberitahu ibu saya dan beliau berasa sangat bimbang kerana takut saya akan mempunyai masalah dan nasib yang sama seperti beliau. Saya berasa sangat takut untuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana bimbang mereka akan memotong payudara saya ini. Saya masih muda dan sekiranya ini berlaku kepada saya maka kehidupan saya yang akan datang akan menjadi gelap. Bolehkah doktor menerangkan masalah yang saya hadapi ? Mengapakah masalah ini berlaku kepada saya? Apa yang harus dilakukan oleh saya untuk menyelesaikan masalah saya ini? Adakah ahli keluarga saya yang lain juga akan mempunyai masalah yang sama dengan saya?
Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang guru yang berumur 28 tahun. Saya masih belum berkahwin dan tinggal bersama ibu s... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA

Terima kasih atas soalan tersebut. Untuk pengetahuan cik, terdapat beberapa kemungkinan anda mengalami sakit payudara sebelah kiri. Cik tidak perlu risau kerana masalah ini boleh diselesaikan dan diubati kerana cik telah menjumpai ketulan tersebut pada tahap yang awal. Masalah ini boleh dibendung pada tahap awal dan jika berlarutan sahaja ia boleh membawa pelbagai masalah. Perkara ini bermula apabila cik mempunyai sakit payudara sebelah kiri. Oleh sebab ini berlarutan telah menyebabkan menjadinya masalah yang tidak diingini. Untuk mencapai diagnosis barah payudara, sejarah perubatan dan pemeriksaan tubuh yang penuh adalah wajib.

Terdapat beberapa faktor risiko seseorang menghidapi barah payudara. Antaranya ialah sejarah perubatan keluarga. Jika ibu anda menghidapi barah pada umur kurang daripada 40 tahun dan di kedua-dua belah payudara maka risiko anda sebagai anak untuk mendapat barah payudara adalah tinggi. Kemungkinan besar ahli keluarga lain juga mempunyai masalah yang sama. Untuk mengelakkan keadaan yang tidak diingini, cik haruslah menasihati ahli keluarga yang lain untuk mendapatkan pemeriksaan doktor dengan segera. Bagi situasi cik pula, cik memang harus segera menjumpai seorang doktor dan membuat pemeriksaan. Ia mungkin hanya akan melibatkan pembedahan kecil untuk mengeluarkan ketulan tersebut sahaja dan mungkin tidak akan mengakibatkan pembuangan seluruh payudara.


Terima kasih atas soalan tersebut. Untuk pengetahuan cik, terdapat beberapa kemungkinan anda mengalami sakit pay... See More

APAKAH PENYEBAB SAKIT PAYUDARA SEBELAH KIRI?

Sakit payudara sebelah kiri boleh diakibatkan oleh beberapa penyebab. Penyebabnya tidak selalunya bergantung kepada payudara sahaja. Hal ini kerana terdapat juga struktur lain selain payudara pada sebelah kiri dada seperti jantung, otot pada bahagian dada dan tulang rusuk. Manakala bawah daripada payudara kiri mempunyai limpah. Kesemua struktur ini juga boleh mendatangkan sakit yang kemungkinan disalah anggap oleh pesakit sebagai sakit yang datang dari payudara.

  • Penyebab utama sakit payudara sebelah kiri kerana kemungkinan payudara anda telah kena jangkitan kuman. Hal ini akan berlaku apabila saluran susu dalam payudara menjadi tersumbat lalu mengakibatkan sebuah penyakit payudara yang bernama ‘Ductal Ectasia’. Masalah ini sekiranya tidak dibawa ke perhatian doktor akan menyebabkan pesakit mengalami sakit yang tidak boleh ditahan berikutan demam.
  • Selain itu, penyebab lain sakit payudara sebelah kiri ialah sekiranya bahagian puting payudara tersebut mengalami jangkitan kuman. Kemungkinan besar hal ini akan mengakibatkan nanah keluar dari putting payudara tersebut yang berwarna kuning, hijau, atau cecair jernih. Pesakit haruslah segera ke hospital untuk mendapat rawatan dan antibiotik yang bersesuaian untuk meredakan jangkitan kuman tersebut.
  • Di samping itu, penyebab lain sakit payudara sebelah kiri ialah sekiranya anda mempunyai barah payudara. Hai ini akan menyebabkan payu dara tersebut mempunyai ketulan kecil. Pada mulanya, ketulan tersebut kecil sahaja dan dalam beberapa minggu sahaja ia boleh membesar dengan cepat. Ini bermaksud barah tersebut sangatlah serius dan dengan segera ketulan tersebut haruslah dikeluarkan.
  • Terdapat juga punca lain yang boleh mengkibatkan sakit payudara sebelah kiri yang melibatkan struktur lain. Salah satunya yang utama ialah sakit jantung. Hal ini kerana jantung terletak dibelakang payudara sebelah kiri sahaja. Jadi, sekiranya seseorang itu mempunyai sakit jantung maka mereka boleh juga keliru dengan sakit payudara sebelah kiri.
  • Sehubungan dengan itu, punca lain sakit payudara sebelah kiri adalah seperti tulang rusuk bahagian kiri yang patah. Hal ini kerana tulang rusuk berada di belakang payudara sebelah kiri. Sekiranya seseorang itu terlibat dalam kemalangan sehingga mengakibatkan tulang rusuknya patah maka ianya akan mengundang sakit kepada pesakit tersebut yang mungkin boleh dikelirukan dengan sakit payudara sebelah kiri.
  • Seterusnya, pemakaian bra yang sesuai dengan saiz payudara juga memainkan peranan penting dalam hal ini. Ini disebabkan sekiranya bra yang dipakai kecil daripada saiz payudara maka ianya akan mengakibatkan sakit dan ketidakselesaan kepada pemakai.
  • Selain itu, bra yang dikeluarkan sekarang kebanyakannya mempunyai besi untuk memegang payudara dengan lebih kukuh. Jadi, sekiranya saiz bra kecil maka besi yang terdapat dalam bra tersebut akan mencangkum payudara dengan lebih ketat lalu mengakibatkan sakit pada pemakai.
  • Tambahan pula, seseorang wanita boleh mendapat sakit payudara sebelah kiri apabila berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan. Hal ini boleh berlaku apabila wanita tersebut datang haid, mengandung, mengambil pil perancang atau terapi pembaik pulih hormon. Kesemua sebab ini boleh mengakibatkan sakit payudara kiri, kanan atau kedua-duanya.

APAKAH GEJALA SAKIT PAYUDARA SEBELAH KIRI?

Gejala sakit payudara sebelah kiri boleh difokuskan kepada masalah yang timbul dari payudara tersebut ataupun struktur lain yang dikelirukan sebagai sakit payudara. Sekiranya, sakit tersebut timbul daripada payudara maka ia boleh mengakibatkan beberapa masalah seperti:

Perubahan pada saiz payudara

  • Hal ini kerana kemungkinan ianya disebabkan oleh sebuah ketulan. Ketulan tersebut mungkin terlekat kepada otot payudara. Inilah yang akan menyebabkan otot tersebut tertarik lalu mengubah saiz payudara.

Cecair dari puting payudara

  • Selalunya masalah ini diakibatkan oleh jangkitan kuman dalam payudara tersebut. Cecair yang keluar mungkin cecair jernih, berwarna kuning, hijau ataupun darah. Semestinya kerana jangkitan kuman ini, pesakit juga akan mempunyai demam.

Ketulan pada payudara atau ketiak

  • Hal ini perlu diambil serius kerana ini merupakan tanda utama barah payudara. Ketulan ini selalunya wujud di payudara terlebih dahulu dan sekiranya berlarutan akan mengakibatkan wujudnya ketulan di bahagian ketiak. Ketulan ini wujud kerana sel-sel barah telah menjangkit sistem limpah dalam badan.

Bengkak pada payudara

  • Ini boleh berlaku berikutan jangkitan kuman pada payudara. Apabila payudara dijangkiti kuman, wanita tersebut akan mengalami kesakitan dan juga bengkak serta kemerah-merahan.

Sakit dada

  • Sesetengah orang yang mengalami sakit jantung akan ada sakit dada yang teruk. Hal ini boleh dikelirukan dengan sakit payudara sebelah kiri.

APAKAH RAWATAN SAKIT PAYUDARA SEBELAH KIRI?

Rawatan yang perlu dilakukan kesemuanya terpulang kepada keputusan mammogram yang dikeluarkan.

  • Mammogram merupakan ujian diagnostik utama untuk sebarang kes yang melibatkan payudara. Ia sangatlah berkualiti dan keputusannya sememangnya boleh diharap 100%. Sekiranya anda mempunyai sebarang ketulan yang mengakibatkan sakit, anda akan dinasihatkan untuk menjalani mammogram. Apabila mammogram telah dilakukan, doktor akan memberitahu bahawa ketulan yang dijumpai berbahaya atau tidak.
  • Sekiranya ketulan tersebut bahaya, maka anda harus menjalani pembedahan untuk mengeluarkan ketulan tersebut sebelum ia merebak ke tempat lain. Ketulan tersebut jika diabaikan akan mengakibatkan barah bertambah teruk dan akan membawa kepada pemotongan keseluruhan payudara tersebut.
  • Di samping itu, sekiranya wanita mengalami sakit pada payudara, maka mereka haruslah mendapatkan rawatan daripada doktor. Yang pertamanya doktor harus memastikan asal-usul sakit tersebut. Jika sakit datang daripada payudara maka doktor akan memberika ubat penahan sakit sekiranya hanya kekejangan otot. Jika ia merupakan jangkitan kuman, maka doktor akan memberikan antibiotik yang bersesuaian. Sekiranya ia merupakan sakit yang berasal daripada jantung maka rawatan yang harus diberikan kesemuanya melibatkan jantung dan bukan payudara.
  • Selain itu, setiap wanita juga harus mengambil inisiatif untuk melakukan pemeriksaan payudara dengan tesendiri. Terdapat banyak poster yang menerangkan cara-cara membuat pemeriksaan tersebut dengan sendiri yang boleh didapati dengan melayari internet. Langkah berjaga-jaga harus diamalkan untuk mengesyorkan kesihatan tersendiri.

BILA ANDA HARUS JUMPA DOKTOR?

Anda dinasihati berjumpa dengan doktor sejurus selepas mendapati sebarang ketulan pada bahagian payudara. Selain itu, sekiranya anda mempunyai sakit yang berlarutan selama seminggu maka anda juga haruslah mendapatkan seorang doktor untuk memeriksa keadaan anda. Di samping itu, jika mendapati terdapat cecair yang keluar dari puting payudara maka ianya tanda jangkitan kuman dan haruslah mendapatkan pemerhatian seorang doktor yang berkelayakan.

Secara kesimpulannya, masalah yang melibatkan payudara perlu diambil serius dan segera mendapatkan rawatan dari hospital. Selain itu, golongan wanita juga harus mempelajari cara-cara memeriksa payudara dengan sendiri. Hal ini akan dapat mengatasi masalah ini pada tahap yang lebih awal dan menjamin kehidupan yang sihat.Layari laman web www.doctoroncall.com.my 

References