Apakah penyakit boleh jadi penyebab sakit perut sebelah kiri (Left Abdominal Pain)?

Anonymous

Salam, doktor. Saya lelaki 30 berusia tahun. Saya telah mengalami sakit perut sebelah kiri selama dua minggu yang datang dan pergi tidak mengira masa. Tahap sakitnya berbeza mengikut masa. Kadang-kadang saya juga rasa ingin muntah dan mual. Saya perasan saya tidak membuang air besar sekerap yang biasa dan tidak berasa puas selepas membuang air besar. Saya telah cuba memakan lebih buah-buahan bagi memudahkan penghadaman dan buang air tetapi tidak berkesan.

Saya tidak demam dan tidak berasa lesu tetapi rasa tak senang hati. Saya pernah menjalani pembedahan lima tahun yang lalu untuk membuang ""appendix’ kerana sakit perut di sebelah kanan. Saya juga mempunyai penyakit lelah. Saya bimbang kerana mempunyai ahli keluarga iaitu mak cik dan nenek saya yang meninggal dunia kerana barah perut pada usia yang agak muda, semasa mereka berumur 40-an. Saya ingin mengetahui jika ini mungkin berkaitan dengan pembedahan tersebut atau berkaitan dengan penyakit barah yang dihadapi ahli keluarga saya. Saya ingin tanya apakah penyebab sakit perut sebelah kiri ini dan jika ada ubat yang boleh melegakan sakit ini dan jika saya perlu menjalani apa-apa pemeriksaan. Terima kasih.

Anonymous
Salam, doktor. Saya lelaki 30 berusia tahun. Saya telah mengalami sakit perut sebelah kiri selama dua minggu yang dat... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih atas soalan anda. Sakit perut seperti yang anda alami adalah perkara yang biasa dan mempunyai banyak penyebab yang berbeza. Cara mengatasi sakit perut sebelah kiri bergantung kepada puncanya.Terdapat banyak punca penyakit sakit perut sebelah kiri dan doktor memerlukan maklumat kesihatan anda dengan lebih lanjut untuk menentukan diagnosis yang sesuai. Ia boleh berpunca dari punca yang tidak merbahaya seperti sembelit kerana pemakanan yang tidak seimbang atau berpunca dari masalah yang lebih serius seperti barah perut. Menambahkan buah-buahan dalam pemakanan seharian adalah langkah pertama yang betul untuk mengatasi sakit perut belah kiri kerana sembelit. Walaubagaimanapun, kadang-kadang hanya memakan buah sahaja tidak berkesan mengatasi masalah sembelit. Anda boleh mencuba sejenis ubat laksatif atau pelawas bagi memudahkan anda membuang air besar. Jika langkah ini tidak memberi penyelesaian kepada masalah anda, sila rujuk kepada doktor bagi pemeriksaan lebih lanjut. Bagi menjelaskan lagi tentang sakit perut sebelah kiri, di bawah telah saya senaraikan antara punca-puncanya dan seterusnya saya senaraikan beberapa kategori rawatan secara amnya.
Terima kasih atas soalan anda. Sakit perut seperti yang anda alami adalah perkara yang biasa dan mempunyai banyak penyeb... See More

Kenapa Sakit Perut Sebelah Kiri?

Doktor akan bertanya beberapa soalan tambahan seperti lokasi tepat sakit perut kerana maklumat tersebut dapat membantu doktor untuk membuat andaian diagnosis penyakit yang mungkin sebelum melakukan sebarang pemeriksaan atau ujian. Dengan ini, diagnosis yang tepat boleh dibuat dan rawatan yang sepatutnya boleh diberikan. Antara punca yang doktor akan pertimbangkan termasuklah:

  • Jangkitan kuman

  • Trauma

  • Penyakit radang

  • Penyakit saluran darah

  • Kanser

  • Penyakit metabolik

Selain itu, dengan memikirkan organ yang terdapat di lokasi sakit tersebut, doktor boleh merumuskan andaian diagnosis yang lebih berkemungkinan. Antara organ yang berada di bahagian abdomen sebelah kiri adalah:

  • Buah pinggang

  • Otot perut

  • Usus kecil

  • Usus besar

  • Tulang rusuk sebelah kiri

  • Rahim

  • Ovari

  • Tiub Falopian

Organ-organ ini boleh dijangkiti kuman, cedera kerana trauma, masalah peredaran darah ataupun ketumbuhan. Langkah yang seterusnya ialah mendapatkan lebih banyak maklumat kesihatan seperti sejarah perubatan, sejarah keluarga, simptom lain yang berkaitan dan sebagainya. Dari situ, pemeriksaan dan ujian klinikal boleh dilakukan untuk menentukan punca sakit perut sebelah kiri.

Gejala Sakit Perut Sebelah Kiri?

Selain dari sakit sebelah kiri, gejala lain akan ditanya oleh doktor. Antaranya ialah:

  • Jenis sakit, adakah ia tajam seperti dicucuk pisau atau seperti ditumbuk oleh objek besar

  • Bentuk dan jenis najis - cair, normal atau berbiji, berdarah atau tidak

  • Adakah berat badan turun secara mendadak tanpa sebarang niat

  • Sebarang ketulan yang boleh dirasakan oleh pesakit apabila perut ditekan

  • Sebarang simptom lain yang mungkin berkaitan seperti demam, batuk, susah bernafas, susah kencing dan sebagainya

Soalan-soalan ini penting bagi doktor untuk mendapat gambaran pertama sejauh mana keseriusan penyakit yang menyebabkan sakit perut sebelah kiri.

Apakah Penyebab Sakit Perut Sebelah Kiri?

Sembelit:

  • Kebanyakannya disebabkan oleh pemakanan yang tidak seimbang iaitu diet yang tidak mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan yang mempunyai kandungan serat yang tinggi memudahkan pergerakan usus dalam sistem penghadaman dan membantu dalam proses membuang air besar.

“Bowel obstruction”/usus tersumbat:

  • Perkara ini terjadi apabila usus anda tidak dapat bergerak atau sesuatu menghalang usus dari dalam atau menekan usus dari luar. Tanda utama ialah pesakit tidak dapat membuang air besar. Selain sakit perut sebelah kiri atau sakit perut di bahagian lain, pesakit juga akan mengalami rasa mual, muntah dan mungkin demam jika terdapat jangkitan kuman akibat halangan di usus. Antara perkara yang boleh menyebabkan ini berlaku ialah barah usus, masalah saraf, komplikasi pembedahan pada masa lepas, angin pasang dan banyak lagi. Sesetengah perkara ini adalah kecemasan yang perlu dirawat oleh pakar pembedahan dengan kadar segera. Pemeriksaan seperti X-ray digunakan untuk mendapat diagnosis ini.

Batu karang:

  • Batu karang di buah pinggang boleh menyebabkan rasa sakit yang terasa seperti tikaman di pinggang kerana batu tersebut tersekat di saluran antara buah pinggang dan pundi kencing. Sakit ini seperti berdenyut-denyut. Air kencing anda juga mungkin mempunyai kesan darah. Cara mengatasi sakit perut ini adalah dengan ubat yang boleh mengendurkan saluran di buah pinggang. Jika batu karang tersebut kecil, ia boleh terkeluar dengan sendirinya melalui saluran kencing. Jika batu karang tersebut besar, anda mungkin perlu menjalani pembedahan kecil untuk memudahkan batu karang tersebut keluar.

Jangkitan buah pinggang/jangkitan air kencing:

  • Selain sakit perut sebelah kiri, jangkitan ini akan membuat pesakit rasa penat, demam dan menggigil. Pesakit juga mungkin lebih kerap ke bilik air atau rasa sakit semasa membuang air kecil. Air kencing juga mungkin berbuih dan mungkin mempunyai kesan pendarahan. Pesakit memerlukan ubat demam dan antibiotik bagi membunuh jangkitan. Jangkitan air kencing boleh dikesan dengan memeriksa air kencing.

Sakit otot:

  • Perut dan pinggang mengandungi banyak jenis otot. Otot-otot tersebut berkemungkinan untuk sakit selepas bersenam atau mengangkat berat yang berlebihan. Sakit otot boleh diuji dengan cara memicit otot yang sakit tersebut. Sakit otot boleh dilegakan dengan ubat tahan sakit dan menyapu minyak angin di kawasan tersebut. Rehat juga penting dalam proses pemulihan.

Barah/kanser buah pinggang:

  • Selain sakit perut sebelah kiri, seorang yang menghidapi kanser buah pinggang juga akan mengalami pendarahan air kencing, turun berat badan secara mendadak. Jika doktor mengesyaki kanser, pesakit akan dirujukkan kepada doktor pakar bagi menjalani pemeriksaan seperti imbasan CT, ultrasound dan lain-lain. Rawatan kanser berbeza mengikut tahap kanser tersebut. Antara rawatan kanser adalah pembedahan, terapi radio, kemoterapi dan rawatan melegakan sakit.

Jangkitan selepas pembedahan:

  • Antara risiko pembedahan adalah jangkitan kuman di bahagian pembedahan. Pesakit akan demam dan sakit di bahagian jangkitan tersebut. Jika jangkitan ini berlaku, pesakit akan diberi antibiotik untuk membunuh kuman. Jika terdapat nanah di bahagian jangkitan, jangkitan tersebut mungkin perlu dibuang dengan cara pembedahan minima.

Angin pasang:

  • Angin pasang atau “hernia” adalah keadaan di mana organ dalaman terkeluar dari kandungan di dalam perut. Antara faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku adalah pembedahan kerana ia melemahkan lapisan dalam perut yang mengandungi organ-organ tersebut. Kaum lelaki juga menghadapi risiko lebih tinggi berbanding dengan kaum perempuan. Mengangkat berat yang keterlaluan juga boleh menyebabkan masalah ini.

Sakit tulang rusuk:

  • Anda mempunyai 12 pasang tulang rusuk dan tulang rusuk kesebelas dan kedua belas berada di dalam kawasan abdomen(perut). Sakit yang berpunca dari tulang rusuk boleh menyebabkan anda rasa sakit perut sebelah kiri atau kanan. Tulang ini boleh mengalami kesakitan jika mempunyai retakan atau terlanggar. Ubat tahan sakit boleh melegakan rasa sakit tersebut. Jika sakit tidak reda walaupun sudah mengambil ubat, pemeriksaan lebih teliti oleh doktor diperlukan.

“Diverticulitis”:

  • Usus besar di dalam perut berbentuk paip di mana dindingnya adalah sejenis otot. Kadang-kala, dinding usus ini akan membentuk saku atau kantung yang dipanggil “diverticula”. Apabila saku ini menghadapi jangkitan, anda akan rasa sakit perut dan mungkin juga demam. Cara mengatasi sakit perut ini adalah dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang dan cukup minum air.

Punca Sakit Perut Sebelah Kiri Bagi Wanita

Bagi wanita, soalan yang sering ditanya adalah berkenaan dengan hamil. Terdapat dua kondisi bagi wanita yang perlu diketahui:

Kandungan di luar rahim:

  • Jika hamil, haid akan terhenti. Kandungan di luar rahim terjadi apabila persenyawaan terjadi di luar rahim, kebiasaannya tiub fallopian. Kandungan ini tidak boleh diselamatkan dan perlu dibuang kerana ia boleh membahayakan si ibu. Pesakit juga mungkin mengalami pendarahan dan sakit bahu. Perkara ini merupakan kecemasan kerana boleh menyebabkan pendarahan yang tidak terkawal dan boleh membawa maut. Kebiasaanya sakit ini sangat parah dan pesakit tidak boleh menahan sakit tanpa ubat penahan sakit. Pesakit akan diberi ubat atau melalui pembedahan kecil untuk mengeluarkan kandungan tersebut.

Penyakit radang pelvis:

  • Penyakit ini merupakan jangkitan organ wanita seperti rahim, ovari dan tiub Falopian. Penyakit ini disebabkan oleh bakteria termasuk jangkitan secara seksual seperti gonorrhae dan chlamydia. Antara tanda-tanda penyakit ini adalah sakit perut, demam, sakit apabila membuang air kecil, keputihan dan berasa penat. Antibiotik boleh diberi untuk menangani jangkitan ini.

Punca Sakit Perut Sebelah Kiri Bagi Lelaki

Kebanyakan telah pun disimpulkan di bahagian atas.
  • Jangkitan buah zakar: Walaupun ia berada di luar kawasan perut, kadang-kala jangkitan di bahagian tersebut boleh dirasa di bahagian perut.

Rawatan Untuk Sakit Perut Sebelah Kiri

Di bawah adalah senarai cara mengatasi sakit perut sebelah kiri secara :

Ubat tahan sakit: 
  • Ubat tahan sakit seperti paracetamol dapat melegakan simptom sakit. Jika sakit anda terlalu dahsyat, anda mungkin menerima rawatan di hospital untuk diberi ubat tahan sakit yang lagi berkesan. Kebanyakan ubat tahan sakit juga mampu berfungsi sebagai ubat meredekan demam apabila seseorang itu menghidapi jangkitan.

Tabiat pemakanan yang seimbang:
  • Langkah ini sesuai bagi mengatasi sakit perut jika ia disebabkan oleh sembelit. Pemakanan yang seimbang bermaksud dalam sehari, anda perlu memastikan terdapat makanan yang mengandungi serat kerana ia memudahkan pergerakan makanan dalam usus. Serat terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Pastikan juga anda minum air dengan cukupnya. Pemakanan yang seimbang juga boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit “diverticulitis” atau barah usus.

Antibiotik: 
  • Antibiotik adalah sejenis ubat yang fungsinya adalah membunuh bakteria. Antara jangkitan bakteria yang biasa membuatkan sakit perut adalah jangkitan air kencing, jangkitan buah pinggang, jangkitan usus buntu dan “diverticulitis”. Penyakit ini boleh dikesan melalui ujian darah dan doktor akan memberi rawatan yang sesuai mengikut keputusan ujian tersebut.

Pembedahan: 

  • Anda hanya akan melalui pembedahan hanya selepas kes anda telah dipertimbangkan dengan telitinya. Pembedahan yang dijalankan berbeza mengikut penyakit. Secara amnya, pembedahan hanya akan dijalankan jika ubat tidak berkesan atau kes melibatkan kecemasan yang hanya boleh diselesaikan dengan pembedahan.

Rawatan bagi barah/kanser: 
  • Terdapat banyak jenis kanser yang melibatkan perut anda termasuk kanser usus, kanser hati dan kanser buah pinggang. Rawatan kanser terlalu banyak dan kerana itu memerlukan nasihat pakar kanser. Ia termasuk kemoterapi, radioterapi dan pembedahan.
Secara kesimpulannya, seperti yang ternyata di atas, sakit perut sebelah kiri merangkumi banyak penyakit. Nasihat yang paling penting yang boleh saya beri adalah jangan bersegan untuk bertanya doktor jika terdapat soalan kerana setiap orang berbeza. Anda boleh bercakap dengan doktor atas talian melalui laman www.doctoroncall.com.my
Terima kasih.

Try the free CSS tidy up which lets you beautify stylesheets for your websites.

References