Apakah Simptom dan Penyebab Sakit Pinggang Kanan (Pain At Right Waist) ?

Anonymous
Salam, doktor. Saya berumur 40 tahun dan bekerja sebagai buruh binaan, sudah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak. Saya ingin bertanya mengenai sakit pinggang kanan. 4 hari yang lepas, saya mengalami sakit pinggang yang datang tiba-tiba di bahagian kanan. Sakitnya terasa seperti mencengkam dan berterusan sepanjang hari. Sakit tersebut akan menjadi lagi teruk ketika saya melakukan kerja-kerja yang berat dan saya cuba untuk mengambil ubat tahan sakit seperti Paracetamol untuk melegakan kesakitan tersebut. Kadang-kadang, sakit itu merebak di bahagian pangkal paha dan bahagian kemaluan.

Di samping itu, saya juga mengalami kencing berdarah baru-baru ini. Darah tersebut berwarna merah terang dan ia bercampur dengan air kencing. Setiap kali hendak membuang air kecil, saya akan berasa sakit ketika air kencing keluar dan rasa susah untuk mengeluarkan air kencing. Selain itu, saya juga kerap membuang air kecil terutamanya pada waktu malam dan semua gejala yang saya hadapi ini membuatkan saya risau mengenai kesihatan saya.
Pada pendapat doktor, adakah punca sakit pinggang di sebelah kanan ini datang daripada masalah buah pinggang dan apakah penyebab lain selain daripada masalah buah pinggang ini? Perlukah saya berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang lebih terperinci?
Anonymous
Salam, doktor. Saya berumur 40 tahun dan bekerja sebagai buruh binaan, sudah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak. ... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih atas soalan anda. Berdasarkan butiran-butiran yang anda berikan, kemungkinan besar gejala-gejala yang anda hadapi, iaitu sakit pinggang di sebelah kanan, kencing berdarah dan masalah ketika membuang air kecil, berkaitan dengan masalah buah pinggang tetapi ia juga boleh disebabkan oleh penyakit yang lain jadi saya menyarankan anda perlulah berjumpa dengan doktor supaya ujian boleh dilakukan untuk mengenal pasti punca kepada penyakit anda dan seterusnya menjalani rawatan dengan baik. Kesakitan di bahagian pinggang mungkin disebabkan oleh fungsi tidak normal bagi mana-mana organ di bahagian pelvis. Bergantung kepada punca masalah yang anda hadapi, sakit pinggang mungkin ringan atau teruk, sakit atau berdenyut-denyut. Duduk dan tidur dalam kedudukan yang tidak betul juga boleh menyebabkan kesakitan di sebelah kanan pinggang. Kesakitan jenis ini adalah lebih sakit dan ia tidak mengambil masa yang lama untuk sembuh dalam kebanyakan kes. Kadang-kadang, sakit pinggang di sebelah kanan disebabkan oleh sakit otot terutamanya untuk kes seperti anda yang mungkin banyak melibatkan kerja-kerja yang berat. Penyebab lain yang lebih serius selain daripada masalah buah pinggang adalah sindrom usus yang tidak selesa atau ‘irritable bowel syndrome’, penyakit radang pelvis atau dalam sesetengah kes, sista ovari atau ‘ovarian cyst’, kehamilan ektopik atau apendisitis. Jika kesakitan yang anda alami berterusan selama beberapa jam atau beberapa hari, anda perlu berjumpa doktor dengan segera.
Terima kasih atas soalan anda. Berdasarkan butiran-butiran yang anda berikan, kemungkinan besar gejala-gejala yang anda ... See More

APAKAH PENYEBAB SAKIT PINGGANG KANAN

1) Masalah berkaitan dengan tulang belakang dan otot di bahagian belakang badan

Kebanyakan kesakitan itu disebabkan oleh masalah mekanikal, seperti:

  • Ligamen terkoyak akibat daripada mengangkat sesuatu yang berat

  • Degenerasi cakera tulang belakang yang berfungsi menyerap kejutan disebabkan oleh penuaan atau terkoyak

  • Ketegangan otot kerana postur yang tidak betul

2) Penyakit berkaitan buah pinggang atau ginjal

Kedua-dua buah pinggang dalam badan manusia terletak dalam ruang pinggul atau pelvis. Jika terdapat kecederaan, trauma atau fungsi tidak normal dalam satu atau kedua-dua buah pinggang, anda boleh mengalami sakit di bahagian abdomen dan termasuklah bahagian pinggang. Batu karang, jangkitan dan penyakit buah pinggang yang lain akan menyebabkan kesakitan yang bermula di bahagian bawah abdomen dan bergerak ke arah pinggang.

3) Sindrom usus tidak selesa atau ‘irritable bowel syndrome’(IBS)

Ia adalah gangguan usus dan puncanya tidak diketahui. Walau bagaimanapun, faktor risiko yang terlibat termasuklah tabiat makan, diet dan tekanan. Gejala IBS termasuklah kembung perut, sembelit, cirit-birit, dan rasa sakit di bawah abdomen. Penyakit ini biasanya berlaku dalam kalangan wanita berbanding lelaki.

4) Apendisitis

  • Sekiranya anda mengalami kesakitan pada pinggang sebelah kanan yang berlanjutan selama beberapa hari dan anda juga mengalami kehilangan selera makan, loya, muntah dan demam, anda mungkin mengalami apendisitis

  • Keadaan ini biasanya berlaku dalam lingkungan umur 30 tahun ke atas. Dalam kebanyakan kes, kesakitan yang dikaitkan dengan apendisitis bermula di bahagian yang lebih tinggi di sekitar pusat, dan kemudian merebak ke bahagian bawah abdomen di bahagian pinggang sebelah kanan dalam masa satu hingga dua hari. Bagi sesetengah pesakit, rasa sakit bermula dan kekal di sebelah kanan di mana ia menjadi lebih teruk apabila pergerakan berlaku.

5) Penyakit keradangan pelvis / ‘pelvic inflammatory disease’(PID)

Penyakit keradangan pelvik atau PID, merujuk kepada keadaan keradangan yang menjejaskan sistem pembiakan wanita dan sistem saluran kencing, termasuk rahim, ovari, tiub fallopian dan uretra. PID adalah penyebab kepada kesakitan di sebelah kanan pinggang dan abdomen pada wanita. Ia disebabkan oleh bakteria yang juga boleh menyebabkan penyakit kelamin (STI). Sakit disebabkan oleh PID mempunyai permulaan yang beransur-ansur. Seseorang pesakit PID mungkin menyedari cecair vagina yang tidak normal dan menderita kesakitan yang mendalam di bahagian pelvis apabila melakukan hubungan seks. Dia juga mungkin mengalami rasa seperti terbakar atau kesakitan apabila membuang air kecil.

6) Kolitis Ulseratif

Penyakit usus keradangan ini melibatkan keradangan berterusan dalam usus besar, juga dikenali sebagai kolon. Kerengsaan perut kerap dari kolitis ulseratif boleh menyebabkan sakit belakang di bahagian pinggang sebelah kanan. Gejala lain termasuklah masalah pencernaan yang kronik seperti cirit-birit, kesakitan rektum, penurunan berat badan, dan keletihan.

7) Gangguan ginekologi

Bagi kalangan wanita, pelbagai organ pembiakan yang terletak di pinggul boleh membawa kepada kesakitan di bahagian pinggang sebelah kanan . Sebagai contoh, endometriosis boleh menyebabkan kesakitan yang tajam di kawasan pinggul yang mungkin merebak ke bahagian belakang sebelah kanan. Fibroid, atau jisim tisu yang tumbuh di dalam dan sekitar rahim, boleh menyebabkan sakit di belakang pinggang sebelah kanan serta gejala lain seperti haid yang tidak normal, kencing yang kerap, dan / atau sakit dengan hubungan seksual.

8) Sista ovary yang pecah / ‘ovarian cyst rupture’ dan ovari kilasan / ‘ovarian torsion’

Kedua-dua penyakit ini adalah masalah ovari yang boleh menyebabkan sakit pinggang pada wanita.

9) Kehamilan ektopik

Kehamilan ektopik berlaku apabila telur yang disenyawakan ditanam di luar rahim. Kira-kira 98 peratus daripada kes berlaku dalam tiub fallopian. Sekiranya kehamilan ektopik berlaku di sebelah kanan, pesakit akan mengalami kesakitan di sebelah kanan pinggang.


APAKAH GEJALA SAKIT PINGGANG KANAN

Sakit pinggang boleh menyebabkan pelbagai gejala. Ia boleh menjadi sakit yang ringan atau ia boleh menjadi teruk dan melemahkan. Ia juga mungkin bermula dengan tiba-tiba, atau ia boleh mula perlahan-lahan-mungkin datang dan pergi-dan beransur-ansur menjadi lebih teruk dari masa ke masa.

Bergantung kepada penyebab kesakitan, gejala boleh dialami dalam pelbagai cara. Sebagai contoh:

  •  Kesakitan yang tidak terlalu teruk /’dull’

  •  Kesakitan yang menyengat atau terbakar merebak dari belakang pinggang ke belakang paha, kadang-kadang ke bahagian kaki atau jari kaki ; termasuklah rasa kebas atau kesemutan (sciatica)

  • Kekejangan otot di belakang pinggang, tulang pinggul, dan punggung

  •  Kesakitan yang bertambah teruk selepas duduk atau berdiri yang lama

  • Kesukaran berdiri lurus, berjalan kaki, atau dari berdiri dan hendak duduk

APAKAH RAWATAN SAKIT PINGGANG SEBELAH KANAN

Ujian fizikal, X ray dan imbasan MRI mungkin diperlukan untuk menentukan punca kesakitan di sebelah kanan pinggang. Kursus rawatan akan ditentukan mengikut punca masalah.

Penyakit berkaitan buah pinggang mungkin memerlukan ubat-ubatan atau pembedahan. Batu karang buah pinggang yang lebih kecil mungkin tidak memerlukan bantuan perubatan tetapi yang lebih besar mungkin perlu dibuang melalui pembedahan.

IBS biasanya dirawat dengan ubat-ubatan, tetapi pesakit perlu mengenal pasti faktor risiko untuk keadaan ini.

  • Ubat-ubatan antibiotik adalah pilihan rawatan untuk pesakit yang menderita PID, kerana ini adalah jangkitan bakteria dan pesakit biasanya bertindak balas dengan baik terhadap ubat-ubatan ini.

  • Dalam banyak kes, sakit pinggang di sebelah kanan boleh diuruskan dengan rawatan sederhana di rumah termasuklah:
    Sapukan ais atau pad panas selama 20-30 minit, setiap 2-3 jam untuk mengurangkan kesakitan dan keradangan.

  • Ambil ubat penahan sakit, seperti ibuprofen atau acetaminophen, dengan nasihat doktor anda.

  • Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari, dan hadkan pengambilan protein dan garam untuk mengurangkan risiko batu karang.

  • Selepas menggunakan bilik mandi, lap dari depan ke belakang untuk menghalang bakteria dari kolon memasuki saluran kencing dan menyebabkan jangkitan.

  • Amalkan teknik mengangkat yang betul. Angkatlah barang dengan membengkokkan lutut dan dalam keadaan mencangkung, dan pegang barang dekat ke dada anda.

  • Luangkan masa beberapa minit setiap hari untuk meregangkan otot yang ketat.

Jika terdapat apa-apa kemusykilan, sila rujuk nasihat doktor di klinik atau hospital. Jika ia bukan kecemasan, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor di laman web www.doctoroncall.com.my.Terima kasih.


References