Sakit Tulang Belakang(Back Pain) - Apakah penyebab dan punca sakit tulang belakang

Anonymous
Doktor saya ingin bertanya tentang sakit belakang yang saya merasai selama dua hari. Saya rasa ia mula-mula dirasai selepas saya mengangkat berat di gym. Sakit itu amat ketara pada hari kemudiannya. Saya telah cuba mengambil ubat tahan sakit seperti panadol tetapi tidak berkesan. Sakitnya berdenyut-denyut di bahagian tulang belakang, lebih kepada bahagian bawah. Saya sudah tidak bekerja selama dua hari kerana kerja saya juga membabitkan mengangkat barangan yang berat. Saya menganggap saya seorang yang sihat dan cergas selalu bersenam. Tidak pernah lagi saya merasa sakit sebegini selepas mengangkat berat di gym. Saya bimbang sakit ini adalah sakit tulang seperti retakan di tulang. Walaubagaimanapun, saya tidak cedera atau menghadapi apa-apa trauma. Rakan-rakan saya mengatakan ia mungkin sakit otot. 
Saya ingin bertanya dengan doktor samada saya perlu risau dengan sakit ini dan adakah ia akan pulih dengan sendirinya? Jika ia sakit tulang belakang, perlukah saya ke hospital untuk menjalani pemeriksaan seperti imbasan x-ray. Jika tidak perlu berjumpa doktor, adakah cara untuk mengubatinya secara sendiri di rumah dan apa yang saya perlu buat untuk mengelak terjadinya perkara ini sekali lagi.

Anonymous
<!--block-->Doktor saya ingin bertanya tentang sakit belakang yang saya merasai selama dua hari. Saya rasa ia mula-... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih kerana bertanya dan terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk menjawab segala persoalan anda. Pertama sekali, saya perlu menjelaskan bahawa istilah sakit tulang belakang (Back Pain) sering sekali disalah tafsir dan digunakan untuk merujuk kepada sakit belakang. Terdapat perbezaan kecil antara kedua-dua istilah itu. Sebab terjadinya kekeliruan ini adalah kerana sakit tulang belakang termasuk dalam kategori sakit belakang. Sakit belakang mempunyai pelbagai punca samada ia berpunca dari tulang atau yang lebih biasa terjadi adalah sakit pada otot di bahagian belakang.Bagi kes anda dan berdasarkan keterangan yang telah diberikan saya berpendapat bahawa mungkin sakit belakang yang anda alami disebabkan oleh masalah otot.
Ini kerana anda merasa sakit tersebut sejurus selepas mengangkat berat. Tetapi jika anda merasa sakit belakang dan ia merebak ke bahagian kaki atau jika anda merasai kebas di kaki, ia adalah tanda bahawa saraf dalam tulang belakang terlibat. Jika anda demam bersama dengan sakit belakang tersebut, ia mungkin tanda anda menghidapi jangkitan.
Kebanyakan kes sakit belakang selalunya tidak serius dan tidak memerlukan rawatan. Nasihat saya adalah untuk anda berjumpa doktor jika anda risau atau ada tanda-tanda kecemasan di bawah yang saya akan senaraikan kerana doktor anda akan menjalankan pemeriksaan yang lebih teliti.

Bilakah anda harus jumpa doktor?

    Kebanyakan penyebab sakit belakang tidak memerlukan anda untuk berjumpa dengan doktor kerana ia akan hilang dengan rehat yang secukupnya. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa simptom yang memerlukan anda untuk merujuk nasihat doktor. Antara gejala tersebut adalah:

    • Masalah dengan usus atau pundi kencing. Jika anda tidak dapat mengawal perbuatan membuang air kecil dan air besar seperti biasa, ia mungkin tanda bahawa terdapat masalah yang membabitkan saraf di tulang belakang.

        • Jika anda rasa sakit belakang terjadi kerana kecederaan atau kemalangan yang membabitkan bahagian belakang

            • Jika sakit belakang tersebut datang bersama demam

                • Jika rasa kebas di punggung

                  Apakah penyebab sakit tulang belakang?

                  Sakit belakang khususnya di bahagian bawah merupakan perkara yang kerap terjadi. Kadang-kala penyebab sakit belakang tidak dapat dikenalpasti. Walaubagaimanapun, sakit belakang yang puncanya tidak dikenal pastii merupakan perkara yang tidak serius. Punca lain bagi sakit belakang boleh dikaitkan dengan masalah tulang, otot atau tisu di bahagian belakang.

                  Sakit belakang yang punca tidak dapat dikenalpasti: 

                  • Sakit belakang ini selalunya lebih teruk apabila melakukan pergerakan tertentu, ia boleh datang dengan secara tiba-tiba atau secara beransur-ansur. Ia mungkin disebabkan tarikan otot atau ligamen di belakang.
                  •  truktur tulang belakang terdiri daripada tulang vertebra yang tersusun secara vertikal dan antara tulang vertebra ini terdapatnya disk. Disk ini fungsinya adalah untuk meresap tekanan dialami oleh tulang belakang. Walaupun istilahnya memberi gambaran seolah-olah disk tersebut tergelincir, namun sebenarnya disk tersebut membonjol dan menekan bahagian saraf tunjang. Ini mungkin menyebabkan seseorang yang menghidap sakit belakang akan merasa kebas di sebahagian kaki

                  Osteoartritis tulang belakang:

                  •  Ini adalah sakit tulang yang disebabkan radang sendi tulang belakang. Keadaan ini lebih biasa terjadi kepada golongan tua. Sendi-sendi lain yang boleh mengalami masalah osteoartirits adalah lutut, pinggang, bahu dan jari  

                  Otot kejang/’muscle spasm’:

                  • Terdapat banyak jenis otot di bahagian belakang. Otot yang mengalami lebih tekanan atau ditarik dalam arah yang tidak sesuai boleh membawa kepada kekejangan otot tersebut.

                  ‘Ankylosing spondylitis’: 

                  • Penyakit ini adalah radang sendi yang dalam jangka masa panjang akan membawa kepada pencantuman tulang vertebra. Ini menyebabkan tulang belakang kurang fleksibel. Sakit ini akan lebih teruk pada waktu pagi. Seseorang yang menghidap penyakit ini akan kelihatan bongkok.

                  ‘Spondylolisthesis’: 

                  • Ini adalah keadaan di mana terdapat tulang vertebra yang berganjak dari posisi asalnya dalam struktur tulang belakang. Tulang ini mungkin memberi tekanan kepada saraf tunjang dan menyebabkan sakit belakang.

                  Jangkitan kuman: 

                  • Jangkitan kuman boleh berlaku di struktur seperti disk antara verterbra. Jangkitan kuman di bahagian tulang belakang bukan sahaja menyebabkan rasa sakit tetapi juga boleh membawa kepada demam. Jangkitan sebegini memerlukan antibiotik yang kuat.

                  Trauma/Kemalangan/Kecederaan:

                  • Patah tulang belakang atau retakan tulang belakang mungkin terjadi selepas trauma.

                  Sindrom ‘cauda equina’:

                  • Ini adalah sindrom di mana saraf tunjang di bahagian bawah yang dipanggil ‘cauda equina’ dihimpit. Ini adalah keadaan kecemasan.

                  Apakah cara mengatasi sakit tulang belakang?

                  Kebanyakan sakit belakang yang puncanya tidak serius boleh dielak dengan cara di bawah:

                  Senaman:
                   
                  • Badan anda mempunyai sekumpulan otot yang berfungsi untuk menstabilkan badan anda atau dipanggil otot utama. Otot bahagian abdomen merupakan salah satu contoh otot utama ini. Senaman yang menguatkan otot utama anda akan mengurangkan kemungkinan terjadinya sakit belakang.

                  Postur:

                  • Pastikan cara anda duduk di meja adalah betul. Terlalu bongkok dan kerusi yang tidak mengikut alur tulang belakang akan menyebabkan sakit belakang. Jika anda selalu duduk di meja disebabkan pekerjaan anda, selalu berdiri atau berjalan sekali-sekala,seelok-eloknya setiap satu jam.

                  • Mengangkat barang berat dengan cara yang betul. Sering sekali kita membengkokkan tulang belakang apabila ingin mengangkat barang. Ini menyebabkan tekanan kepada tulang belakang. Cara yang betul adalah untuk bercangkung dan memastikan tulang belakang anda tegak. Kemudian, angkat barang tersebut menggunakan otot kaki dengan berdiri tegak dari posisi bercangkung.

                  Menjaga berat badan:

                  • Berat badan berlebihan memberi tekanan yang berlebihan kepada semua sendi di badan termasuk tulang belakang. 

                  Apakah produk untuk merawat sakit tulang belakang?


                  Selain dari mengamalkan habit yang dicadangkan, alternatif lain juga boleh digunakan. Antaranya :

                  Ubat tahan sakit:

                  • Jenis ubat tahan sakit yang sesuai adalah paracetamol atau jenis NSAID. Hati-hati jika anda mengambil ubat NSAID. Ia tidak sesuai bagi orang yang menghidap penyakit asma dan ulser perut. Terdapat juga ubat yang boleh menyembuh otot kejang(muscle spasm) tapi jarang digunakan oleh kerana kesan sampingannya.

                  Minyak angin/kain panas/botol air panas:

                  • Sesetengah orang merasa sakit di belakang berkurangan apabila terdapat haba di bahagian belakang.

                  Ais:

                  •  Meletak mampatan ais di bahagian belakang juga boleh melegakan sakit pada tahap awal sakit tersebut terjadi.

                  Secara kesimpulannya, sakit belakang merupakan perkara yang sangat biasa terjadi. Kebanyakan sakit belakang tidak memerlukan rawatan doktor tetapi jika terdapat tanda-tanda yang membimbangkan seperti yang disenaraikan di atas sila berjumpa dengan doktor.Layari laman web www.doctoroncall.com.my .

                  <!--block-->Terima kasih kerana bertanya dan terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Saya akan berusaha ... See More

                  Bilakah anda harus jumpa doktor?

                  Kebanyakan penyebab sakit belakang tidak memerlukan anda untuk berjumpa doktor kerana ia akan terlerai dengan sendiri dengan cara penjagaan diri yang dinyatakan di bahagian atas. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa simptom yang memerlukan anda untuk merujuk nasihat doktor di khidmat kecemasan jika anda mengalaminya dengan sakit belakang. Antara gejala tersebut adalah:

                  • Menyebabkan masalah dengan usus atau pundi kencing. Jika anda tidak dapat mengawal perbuatan membuang air kecil dan air besar seperti biasa, ia mungkin tanda bahawa terdapat masalah yang membabitkan saraf di tulang belakang.

                  • Jika anda rasa sakit belakang terjadi kerana kecederaan atau kemalangan yang membabitkan bahagian belakang

                  • Jika sakit belakang tersebut datang bersama demam

                  • Jika rasa kebas/semut-semut di bahagian anda duduk


                  Jika anda mengalami simptom-simptom tersebut, sila jumpa doktor di klinik:

                  • Jika sakit tersebut merebak dari tulang belakang ke sebelah kaki atau kedua-dua belah kaki, terutamanya jika melepasi bahagian lutut

                  • Rasa kebas/semut-semut dan kelemahan di sebelah atau kedua-dua belah kaki

                  • Jika anda turun berat badan tanpa sebab yang jelas

                  • Jika sakit terlalu lama dan tidak beransur pulih

                  Apakah penyebab sakit tulang belakang?

                  Sakit belakang bahagian bawah merupakan perkara yang sangat kerap terjadi. Kadang-kala penyebab sakit belakang tidak dapat dikenalpasti. Walaubagaimanapun, sakit belakang yang tidak dikenalpasti jarang sekali merupakan perkara yang serius. Punca sakit belakang lain boleh dikaitkan dengan masalah tulang, otot atau tisu di bahagian belakang.

                  • Sakit belakang yang punca tidak dapat dikenalpasti: Sakit belakang ini selalunya lebih teruk apabila melakukan pergerakan tertentu, boleh datang dengan secara tiba-tiba atau secara beransur-ansur. Ia mungkin disebabkan tertarik atau terkehel otot atau ligamen di belakang.
                  • ‘Slipped disc’/disk tergelincir: Struktur tulang belakang terdiri daripada tulang vertebra yang tersusun secara vertikal dan antara tulang vertebra ini terdapat disk. Disk ini fungsinya adalah untuk meresap tekanan yang dialami tulang belakang. Walaupun istilahnya memberi gambaran seolah-olah disk tersebut tergelincir, sebenarnya disk tersebut membonjol dan menekan bahagian saraf tunjang. Ini akan membawa kepada sakit belakang yang juga mungkin merebak ke bahagian kaki atau rasa kebas.
                  • Osteoartritis tulang belakang: Ini adalah sakit tulang yang disebabkan radang sendi tulang belakang. Kondisi ini lebih biasa terjadi kepada golongan tua. Sendi-sendi lain yang boleh mengalami osteoartirits adalah lutut, pinggang, bahu dan jejari. 
                  • Otot kejang/’muscle spasm’:Terdapat banyak jenis otot di bahagian belakang. Otot yang terlebih beban atau ditarik dalam arah yang tidak sesuai boleh membawa kepada kekejangan otot tersebut.
                  • ‘Ankylosing spondylitis’: Penyakit ini adalah radang sendi yang dalam jangka masa panjang akan membawa kepada pencantuman tulang vertebra. Ini menyebabkan tulang belakang kurang fleksibel. Sakit lebih teruk pada waktu pagi. Seseorang yang mengalami penyakit ini akan kelihatan bongkok.
                  • 'Spondylolisthesis’: Ini adalah keadaan di mana terdapat tulang vertebra yang berganjak dari posisi asalnya dalam struktur tulang belakang. Tulang ini mungkin memberi tekanan kepada saraf tunjang dan menyebabkan sakit belakang.
                  • Jangkitan kuman: Jangkitan kuman boleh berlaku di struktur seperti disk antara verterbra. Jangkitan kuman di bahagian tulang belakang bukan sahaja menyebabkan rasa sakit tetapi juga boleh membawa kepada demam. Jangkitan sebegini memerlukan antibiotik yang kuat.
                  • Trauma/Kemalangan/Kecederaan: Patah tulang belakang atau retakan tulang belakang mungkin terjadi selepas trauma. Jika tulang dipicit ia membuat sakit lebih dahsyat.
                  • Sindrom ‘cauda equina’: Ini adalah sindrom di mana saraf tunjang di bahagian bawah yang dipanggil ‘cauda equina’ dihimpit. Ini adalah kecemasan.

                  Apakah cara mengatasi sakit tulang belakang?

                  Kebanyakan sakit belakang yang puncanya tidak serius boleh dielak dengan cara di bawah:

                  • Senaman: Badan anda mempunyai sekumpulan otot yang berfungsi untuk menstabilkan badan anda atau ‘core muscles’. Otot bahagian abdomen merupakan antara otot golongan ini. Senaman yang menguatkan ‘core’ anda akan mengurangkan kemungkinan terjadinya sakit belakang. Walaupun sakit, mengelak pergerakan akan menyebabkan sakit lebih teruk. Membuat senaman setakat yang boleh ditahan adalah cara yang terbaik.

                  • Postur: Pastikan cara anda duduk di meja adalah betul. Terlalu bongkok dan kerusi yang tidak mengikut alur tulang belakang yang asli akan menyebabkan sakit belakang. Jika anda selalu duduk di meja disebabkan pekerjaan anda, sila ingat untuk berdiri dan berjalan sekali-sekala,seelok-eloknya setiap satu jam.

                  • Mengangkat barang berat dengan cara yang betul. Sering sekali kita membengkokkan tulang belakang apabila ingin mengangkat barang. Ini membawa tekanan kepada tulang belakang. Cara yang betul adalah untuk bercangkung dan memastikan tulang belakang anda tegak. Kemudian, angkat barang tersebut mengguna otot kaki dengan berdiri tegak dari posisi bercangkung. Teknik ini memindahkan tekanan ke arah yang sesuai untuk badan.

                  • Menjaga berat badan: Berat badan berlebihan memberi tekanan yang berlebihan kepada semua sendi di badan termasuk tulang belakang. 

                  Apakah produk untuk rawati sakit tulang belakang?

                  Selain dari mengamalkan tabiat yang dicadangkan di bahagian atas, tidak banyak ubat-ubatan yang boleh diberi untuk mengatasi sakit belakang yang dihadapi orang ramai.

                  • Ubat tahan sakit: ubat yang digunakan untuk melegakan kesakitan.

                  • Minyak angin/kain panas/botol air panas: Sesetengah orang mendapat kelegaan apabila terdapat haba di bahagian belakang.

                  • Ais: Meletak ais di bahagian belakang juga boleh melegakan sakit pada tahap awal sakit tersebut terjadi. Walaubagaimanapun, sila letak lapisan kain di antara kulit dan ais dan hanya letak ais selama sepuluh minit setiap jam.

                  Secara rumusannya, sakit belakang merupakan perkara yang sangat biasa terjadi. Kebanyakan sakit belakang tidak memerlukan pembabitan doktor tetapi jika terdapat tanda-tanda yang membimbangkan seperti yang disenaraikan di atas sila berjumpa dengan doktor.


                  References