Rumpai laut merupakan nama yang sering kali digunakan untuk pelbagai spesies tumbuhan akuatik serta sesetengah jenis ‘algae’ yang tumbuh di dasar laut, tasik serta sungai. Rumpai laut berbentuk makroskopik dan mengandungi pelbagai jenis sel yang berfaedah untuk kesihatan. Ia boleh didapati dalam beberapa warna seperti merah, ungu, kuning, perang dan hijau.
Rumpai laut merupakan bahan yang mempunyai khasiat tersendiri. Ianya sangat digemari oleh masyarakat kita terutamanya wanita. Hal ini demikian kerana rumpai laut yang diekstrak dapat menghasilkan pelbagai jenis produk kolagen rumpai laut yang sangat popular di pasaran.
Di Malaysia, penghasilan kolagen rumpai laut lebih terkenal di negeri Sabah kerana negeri itu mempunyai laut yang masih tidak dicemari dan pengusahaan hidupan akuatik yang efektif. Sehubungan dengan itu, negeri Sabah merupakan pengeluar utama produk kolagen rumpai laut ini.