Secara umumnya, terdapat banyak penyakit yang datang dengan gejala sakit kepala. Penyakit-penyakit ini tidak boleh didiagnos dengan betul melainkan setelah mendapat sejarah penyakit yang lengkap. Sesetengah penyakit juga memerlukan sokongan daripada keputusan ujian makmal dan pengimejan sebelum disahkan. Sakit kepala lebih kerap dialami oleh wanita berbanding lelaki dan gejala ini boleh dibahagikan kepada dua kelompok utama, iaitu:
- Sakit kepala primari
- Sakit kepala sekunder
Berbeza dengan sakit kepala sekunder, dimana sakit kepala yang berada dibawah kelompok ini mempunyai punca atau patologi yang jelas, sakit kepala primari pula adalah sebaliknya kerana tiada faktor atau patofisiologi spesifik yang mampu memjelaskan kesakitan yang dialami. Patofisiologi adalah proses atau cara bagaimana sesuatu penyakit berlaku. Dalam sakit kepala primari, proses ini belum boleh difahami sepenuhnya.
Sakit Kepala Primari
Terdapat beberapa penyebab atau penyakit yang telah disenaraikan dibawah sakit kepala primari. Antara yang paling biasa ialah:
- Sakit kepala tegang (Tension headache)
- Sakit kepala kluster (Cluster headache)
- Migrain
Sakit kepala dibawah kelompok ini biasanya akan hilang dengan sendiri dan ada yang tidak boleh disembuhkan seperti migrain. Rawatan adalah berupa jaminan daripada para doktor untuk mengendali penyakit ini dalam kehidupan. Ubatan boleh diberikan untuk mengurangkan gejala tersebut. Nasihat juga akan diberikan bagi mengubah gaya hidup seperti mengurangkan stress dan makanan yang boleh mengundang sakit kepala.
Sakit Kepala Tegang (Tension Headache)
- Sakit kedua-dua belah sisi kepala
- Intensiti tidak terlalu kuat
- Sakit kepala menekan
- Tiada rasa loya
- Aktiviti fizikal tidak mempengaruhi tahap kesakitan
- Sensitif kepada bunyi dan cahaya
Sakit Kepala Kluster (Cluster Headache)
- Lelaki
- Perokok
- Orang berusia 20 tahun keatas
Migrain
- Sakit kepala di satu sisi kepala
- Sakit kepala mencucuk dan berdenyut
- Aura (gangguan sensori)
- Masalah untuk fokus
- Loya
Sakit kepala ini adalah yang paling biasa berlaku dan ianya mempunyai dua corak sama ada berlaku secara berepisod atau secara kronik (berterusan tanpa henti). Sakit kepala tegang mempunyai karakter seperti berikut, dan tidak semestinya semua akan terjadi, iaitu:
Walaupun sakit kepala dalam penyakit ini melibatkan kedua-dua belah sisi kepala, namun begitu gejalanya masih bergantung kepada pesakit yang menyampaikan secara subjektif. Menjadi tugas doktor untuk mengenalpasti karakter sebenar sakit kepala yang sedang dialami.
Sakit kepala sebelah kiri juga boleh terjadi dalam penyakit ini. Sakit kepala kluster dicirikan sebagai serangan yang teruk pada satu sisi kepala sahaja, dan ianya berlaku dengan kerap dalam suatu tempoh masa, sebelum menghilang selama berbulan-bulan dan kembali menyerang. Karakter ini dipanggil sebagai kluster.
Selain itu, sakit kepala kluster juga sering datang sewaktu tidur, selain dikaitkan dengan mata kemerahan dan berair, berhingus, hidung tersumbat, serta ptosis (kelopak mata jatuh). Golongan yang berisiko untuk mendapat sakit ini ialah:
Penyakit ini mempunyai ciri-ciri gejala tersendiri yang dapat membantu para doktor membuat diagnosis. Ciri-ciri tersebut ialah:
Aura kerap berlaku sebelum sakit kepala migrain menyerang. Aura yang paling biasa didengar ialah aura visual, dimana seseorang akan mendapat gangguan dalam penglihatan, seperti percikan cahaya, garisan zig-zag, ataupun titik buta.
Sakit Kepala Sekunder
Sebanyak 90% komplain tentang sakit kepala sebenarnya merujuk kepada sakit kepala primari, dan selebihnya merupakan sakit kepala sekunder. Walaupun peratusan kes dalam kumpulan sekunder ini lebih rendah, namun risikonya dalam membahayakan nyawa pesakit adalah lebih tinggi dan perlu didiagnos dengan tepat.
Selain itu, sakit kepala dibawah kumpulan ini juga mempunyai penyebab atau punca yang jelas. Penyakit ini juga perlu disisihkan sebelum membuat diagnosis sakit kepala primari. Pembahagian boleh dilakukan dalam dua cara iaitu:
- Tidak mengancam nyawa dalam masa yang singkat
- Mengancam nyawa dalam masa yang singkat jika tiada tindakan
Penyakit yang tidak mengancam nyawa dalam masa yang singkat
- Disebabkan reaksi pembuangan ubat atau bahan merbahaya daripada badan (withdrawal effect) seperti gas karbon monoksida dan alkohol.
- Disebabkan masalah yang mengganggu struktur kepala manusia seperti sinsitis, glaukoma, dan sakit gigi.
- Disebabkan gangguan dalam sistem tubuh badan seperti kelaparan, kekurangan oksigen, dan dialisis
- Disebabkan gangguan mental seperti psikosis
Penyakit yang mengancam nyawa dalam masa yang singkat
Sekiranya diagnosis lambat dibuat serta tindakan tidak diambil, penyakit-penyakit yang tersenarai ini boleh mengancam nyawa pesakit atau menyebabkan kecacatan kekal pada pesakit. Antaranya ialah:
- Pendarahan subaraknoid (Subarachnoid haemorrhage, SAH)
- Pendarahan subdural (Subdural haemorrhage)
- Ketumbuhan dalam otak
- Temporal arteritis
- Meningitis