- Hipertiroidsime atau tiroid terlalu aktif, menyebabkan tiroid anda memproses hormon tiroid secara berlebihan; melebihi daripada keperluan badan anda. Secara tidak langsung mempercepatkan banyak fungsi badan anda, seperti metabolisme dan kadar jantung anda.
- Hipotiroidisme: Ia adalah keadaan apabila kelenjar tiriod tidak mempunyai hormon tiroid yang mencukupi. Ia juga dikenali sebagai tiroid yang tidak aktif. Ini melambatkan banyak fungsi tubuh anda, seperti metabolisme anda.
- Goiter: kelenjar tiroid yang membesar secara luar biasa. Ia mungkin berlaku hanya pada masa yang singkat dan boleh hilang dengan sendirinya tanpa rawatan. Namun begitu ia juga boleh menjadi gejala penyakit tiroid lain yang memerlukan rawatan. Goiter selalunya lebih banyak terjadi kepada wanita daripada lelaki dan terutamanya wanita sebelum menopaus.
- Nodul tiroid: Pembengkakan dalam satu bahagian kelenjar tiroid. Nodul mungkin dalam keadaan pepejal atau penuh dengan cecair ataupun darah.Pembengkakan mungkin terjadi kepada hanya satu nodul tiroid atau banyak. Nodul tiroid adalah perkara biasa dan empat kali lebih biasa dalam kalangan wanita berbanding lelaki.
- Kanser tiroid: Kanser tiroid berlaku apabila sel kanser terbentuk dari tisu kelenjar tiroid yang tidak normal. Kebanyakan individu yang menghadapi kanser tiroid mempunyai nodul tiroid serta tidak mempunyai sebarang gejala. Sekiranya terdapat gejala, ia mungkin disebabkan kebengkakan kelenjar atau benjolan di leher anda sekaligus boleh menyebabkan masalah menelan dan suara serak. Untuk mengetahui sama ada benjolan atau nodul adalah kanser, doktor anda akan melakukan beberapa ujian tertentu. Sebilangan besar nodul tiroid adalah bukan kanser.
Penyakit Tiroid (Thyroid Disease) - Apakah penyebab dan bagaimana untuk merawatinya
Saya mulanya suspek ibu saya sedang mengalami kanser tetapi apabila kami pergi ke klinik, doktor disitu tidak memberi jawapan yang pasti. Dia ada perasan juga di bahagian depan leher nampak seperti benjolan size besar sikit. Doktor di situ ada minta ibu saya buat blood test untuk tiroid dan datang ke klinik selepas 2 hari untuk mendapat keputusan blood test tersebut. Saya pun rasa pelik kenapa tiroid, bukankah sepatutnya ia kanser. Saya tidaklah bertanya lebih, mungkin saya rasa doktor itu tahu lebih. Keesokan hari, ibu saya mengadu kesesakan nafas dan debaran jantung yang kuat. Terus saya bawa ibu pergi ke hospital dan disitulah kami mendapat tahu ibu memang sedang mengalami penyakit tiroid. Doktor sudah memberi rawatan dan menyarankan kami untuk meneruskan mengambil ubat pil di rumah.
Jenis-Jenis Penyakit Tiroid?
Penyebab Penyakit Tiroid?
1. Hipotiroidisme:
- Kehilangan tisu tiroid: Rawatan hipertiroidisme oleh pemusnahan radioaktif tisu tiroid atau pembuangan tisu tiroid boleh mengakibatkan hipotiroidisme.
- Antibodi antithyroid: Ini mungkin terdapat pada orang yang menghidap penyakit diabetes jenis 1, lupus, arthritis rheumatoid, hepatitis kronik, atau sindrom Sjogren. Antibodi ini boleh menyebabkan penurunan pengeluaran hormon tiroid kerana kemusnahan tiroid. Thyroiditis Hashimoto, salah satu punca yang sering berlaku dalam kalangan orang dewasa,terjadi kerana pemusnahan autoimun tiroid mengakibatkan penurunan pengeluaran hormon tiroid dan peningkatan jumlah TSH.
- Kecacatan kongenital dalam penghasilan hormon tiroid: Hipotiroidisme boleh terjadi sejak lahir. Ini biasanya dikenal pasti dengan pemeriksaan bayi yang baru lahir. Apabila salah satu pengeluaran hormon tiroid rosak, penghasilan hormon tiroid berkurang, dan terjadi peningkatan TSH. Apabila hormo TSH menigkat terjadilah masalah goiter (pembesaran kelenjar tiroid itu sendiri yang dapat dilihat sebagai pembengkakan jelas di bahagian depan leher)
2. Hipertiroidsime:
- Penyakit Graves: Keadaan tiroid autoimun ini disebabkan oleh rangsangan tidak normal kelenjar tiroid oleh hormon dalam darah yang disebut thyroid stimulating immunoglobulin (TSI). TSI akan berlebihan akan merangsang pengeluaran tiroid menyebabkan terjadinya goiter.
- Goiter multinodular toksik: Ini berlaku apabila nodul dalam kelenjar tiroid menghasilkan hormon tiroid secara automatik, tanpa mengambil kira tahap rangsangan TSH. Ia biasanya berlaku dalam kalangan individu yang sudah lama menghidap goiter, biasanya dalam kalangan orang tua. Goiter multinodular toksik berbeza dengan penyakit Graves kerana dari segi komplikasi mata dan tanda-tanda hipertiroidisme.
- Thyroiditis subacute: Ini ialah keadaan di mana kelenjar tiroid mengalami radangan yang sementara. Keadaan ini terjadi mungkin disebabkan oleh pembebasan hormon tiroid yang berlebihan disebabkan keradangan, sekali gus mengeluarkan hormon tiroid yang berlebihan. Tempoh hipotiroid akan bermula dan mungkin berlangsung sehingga 2-4 bulan. Biasanya 90% individu yang menghidap penyakit ini tidak memerlukan rawatan susulan dan akan kembali kepada fungsi tiroid normal
- Adenoma pituitari: Tumor kelenjar pituitari ini menyebabkan pengeluaran TSH yang bebas dan berlebihan dan menghasilkan kelenjar tiroid.
3. Goiter:
Kebiasaanya, nodul tiroid dan goiter tiroid tidak menyebabkan sebarang gejala. Namun demikian, beberapa goiter dijumpai kerana hormon tiroid yang berlebihan atau kurang produktif dari kelenjar tiroid. Jika goiter menjadi sangat besar, pesakit mungkin merasa tekanan di bahagian depan leher dan sukar menelan makanan namun keadaan ini sangat jarang. Tekanan ini juga boleh menyebabkan batuk kronik kering yang kurang serius.
4. Nodul goiter (Goiter nodular atau multinodular): Ini adalah keadaan di mana pelbagai saiz nodul terbentuk dalam kelenjar tiroid. Terdapat dua sebab pembesaran nodul tiroid, iaitu terdedah kepada radiasi luar atau kekurangan iodin. Selalunya penyakit ini merupakan penyakit genetik dan boleh terjadi dalam kalangan keluarga pesakit.
5. Kanser tiroid: Terdapat beberapa jenis kanser tiroid. Jenis yang paling biasa ialah karsinoma tiroid papillari dan berlaku lebih daripada 85% kes. Jenis kanser ini boleh disebabkan oleh pendedahan radiasi termasuk radiasi terapeutik yang digunakan dalam rawatan kanser atau dalam bencana seperti nuklear Chernobyl.
Diagnosis Penyakit Tiroid?
- UJIAN TSH: Cara terbaik untuk diagnosis awal penyakit tiroid ialah mengetahui fungsi tiroid dengan mengukur tahap TSH dalam sampel darah. Tahap TSH yang tinggi menunjukkan tahap kegagalan kelenjar tiroid. Tahap TSH yang rendah menunjukkan pesakit mempunyai tiroid yang terlalu aktif yang menyebabkan penghasilan hormon tiroid terlalu banyak (hipertiroidisme). Kadang kala, TSH yang rendah mungkin disebabkan oleh kelenjar pituitari yang tidak normal sehingga menghalang penghasilan hormon tiriod yang mencukupi (Hipotiroidisme sekunder).
- UJIAN T4: T4 mengalir dalam darah dalam dua bentuk:
a. T4 yang terikat kepada protein yang menghalang T4 memasuki pelbagai tisu yang memerlukan hormon tiroid.
b. T4 bebas yang memasuki pelbagai tisu untuk mengeluarkan kesannya. Fraksi T4 bebas adalah yang paling penting untuk menentukan bagaimana tiroid berfungsi. Individu yang mempunyai hipertiroidisme akan mempunyai FT4 yang tinggi, sedangkan pesakit dengan hypothyroidism akan mempunyai tahap FT4 yang rendah.
Kedua-dua ujian ini iaitu ujian TSH dan FT4 memberi keputusan yang tepat tentang bagaimana kelenjar tiroid berfungsi.
Penemuan TSH yang tinggi dan FT4 yang rendah menunjukkan hipotiroidisme disebabkan oleh penyakit dalam kelenjar tiroid. TSH yang rendah dan FT4 rendah menunjukkan hipotiroidisme disebabkan masalah yang melibatkan kelenjar pituitari. TSH yang rendah dengan kenaikan FT4 selalunya terjadi kepada individu yang mempunyai masalah hipertiroidisme.
- UJIAN T3: Selalunya digunakan untuk diagnosis hipertiroidisme atau untuk menentukan tahap serius penyakit hipertiroidisme.Penyakit hipertiroid akan mempunyai paras T3 yang tinggi.
- UJIAN ANTIBODY THYROID: Sistem imun tubuh kita berfungsi untuk melindungi badan dengan memusnahkan bakteria dan virus oleh antibodi yang dihasilkan oleh sel darah yang dikenali sebagai limfosit. Kebanyakan pesakit yang menghidapi penyakit hypothyroidism atau hyperthyroidism, limfosit mengeluarkan antibodi terhadap tiroid. Dan antibodi ini akan bertindak sama ada untuk merangsang atau merosakkan kelenjar. Mengukur tahap antibodi tiroid boleh membantu dalam diagnosis masalah tiroid. Sebagai contoh, peroksida anti-thyroid positif dan / atau antibodi anti-thyroglobulin dalam pesakit hipotiroidisme membawa kepada diagnosis tiroiditis Hashimoto. Jika antibodi positif dalam pesakit hipertiroid, diagnosis yang paling tepat adalah penyakit tiroid autoimun.
- THYROGLOBULIN (Tg): adalah protein yang dihasilkan oleh sel tiroid biasa dan juga sel-sel kanser tiroid. Ia bukan ukuran fungsi tiroid . Tahap Tg digunakan dalam pesakit yang telah menjalani pembedahan untuk kanser tiroid bagi memantau keadaan mereka selepas rawatan.
- PENGAMBILAN IODIN RADIOAKTIF :Disebabkan T4 mengandungi banyak iodin, kelenjar tiroid akan menarik sejumlah besar iodin keluar dari aliran darah supaya kelenjar itu menghasilkan jumlah T4 yang sesuai. Tahap ini dapat diukur apabila pesakit meminum sedikit iodine, yang merupakan radioaktif. Radioaktiviti ini membolehkan doktor mengesan kemana molekul iodin pergi. Dengan mengukur jumlah radioaktif yang diambil oleh kelenjar tiroid (pengambilan iodin radioaktif, RAIU), doktor boleh menentukan sama ada kelenjar berfungsi normal ataupun tidak. RAIU yang sangat tinggi dilihat pada individu yang kelenjar tiroidnya terlalu aktif (hyperthyroidism), sementara RAIU rendah dilihat apabila kelenjar tiroid tidak aktif (hypothyroidism).
Rawatan Penyakit Tiroid?
1. Hipotiroidisme: Pesakit menghidap hipotiroidisme memerlukan rejimen sepanjang hayat sebagai pengganti tiroid. Tiada teknik bedah, ubat alternatif, atau ubat konvensional yang boleh meningkatkan pengeluaran hormon tiroid. Doktor biasanya memberi sintetik hormon tiroid, seperti levothyroxine. Kesan sampingan jarang berlaku, tetapi sesetengah individu akan mengalami kesakitan atau sakit dada ketika mengambil ubat ini. Biasanya, penyesuaian dos ubat akan mengurangkan kesan yang tidak menyenangkan. Beritahu doktor anda jika anda juga mengambil antidepresan trisiklik, estrogen, warfarin ubat penipisan darah, ubat digitalis jantung, atau jika anda menghidap diabetes untuk memastikan ubat tidak mengganggu rawatan tiroid. Magnesium, aluminium, zinc dan juga soya boleh mengganggu kesan ubat tiroid
2. Hipertiroidisme: Pengeluaran hormon tiroid berlebihan boleh dikurangkan atau dihentikan sepenuhnya dengan cara ini:
A. Rawatan radioaktif iodin
B. Ubat anti-tiroid
C. Pembedahan
Jika doktor mengesyorkan bahawa rawatan radioaktif adalah yang terbaik, anda akan diminta untuk mengambil tablet atau cecair yang mengandungi iodide radioaktif dalam jumlah yang besar untuk merosakkan sel-sel kelenjar tiroid anda dan mengehadkan atau memusnahkan keupayaannya menghasilkan hormon berlebihan. Kadangkala, lebih daripada satu rawatan diperlukan untuk memulihkan penghasilan hormon yang normal, dan ramai pesakit sebenarnya mengalami hipotiroidisme akibat dari prosedur ini.
Jika anda mula menggunakan ubat anti-tiroid, gejala hipertiroid anda akan mula hilang dalam masa enam hingga lapan minggu. Walau bagaimanapun, anda perlu terus mengambil ubat selama setahun. Pada masa itu, doktor anda akan menyemak sama ada ubat itu boleh dihentikan.
3. Goiter: Rawatan goiter bergantung pada saiz goiter, tanda dan gejala, dan punca-punca.
Doktor anda mungkin mengesyorkan:
A. Pemerhatian: Sekiranya saiz goiter anda kecil dan tidak bermasalah, dan tiroid anda masih berfungsi normal
B. Ubat-ubatan: Jika anda mempunyai hipotiroidisme, penggantian hormon tiroid dengan levothyroxine akan mengurangkan simptom hipotiroidisme, melambatkan penghasilan hormon perangsang tiroid (Thyroid Stimulating Hormone) dari kelenjar pituitari dan juga boleh menurunkan saiz goiter.
Untuk keradangan pada kelenjar tiroid, kebiasaannya doktor akan mencadangkan aspirin atau ubat kortikosteroid sebagai rawatan. Bagi pesakit hipertiroidisme, anda mungkin memerlukan ubat untuk menormalkan tahap hormon.
C. Pembedahan. Mengeluarkan semua atau sebahagian daripada kelenjar tiroid anda (tiroidektomi total atau sebahagian) adalah pilihan jika anda mempunyai goiter besar yang tidak selesa sehingga menyebabkan kesukaran bernafas atau menelan. Selain itu, pembedahan diperlukan jika anda mempunyai goiter nodular yang menyebabkan hipertiroidisme. Pembedahan juga merupakan rawatan untuk kanser tiroid.
D. Iodin radioaktif. Dalam beberapa kes, iodin radioaktif digunakan untuk merawat kelenjar tiroid yang terlalu aktif. Rawatan ini mengurangkan saiz pembesaran goiter, namun boleh menyebabkan kelenjar tiroid menjadi tidak aktif.
Saya berharap penerangan yang telah diberikan boleh menyelesaikan sedikit sebanyak keraguan puan. Jika puan masih mempunyai soalan tentang masalah ini, puan boleh berbincang dengan lebih lanjut dengan doktor kami. Terima Kasih.
Layari laman web www.doctoroncall.com.my untuk maklumat lanjut.
References